SEKITAR PROGRAM UMNO P191 KALABAKAN



Persatuan Ibubapa Insan Istimewa Tawau (PIIIST) telah menganjurkan Program “Walk For PlllST”. Program yang bermula sekitar pukul 4.00 petang itu telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Abdul Muis Hj. Picho (Adun N60 Sebatik). Program bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat di samping mengeratkan perpaduan peserta yang hadir dan terlibat pada program tersebut.

Program bertempat di Padang Perbandaran Tawau itu turut diselitkan dengan aktiviti gotong-royong dan Solat Asar berjemaah di Masjid Bandar.
  


Bertempat di Dewan Kompleks Sukan Tawau telah berlangsung Kejohanan Badminton Terbuka Piala YB DSP Hj Abdul Ghapur Hj Salleh. Kejohanan badminton tersebut telah dirasmikan oleh YB DSP Hj Abdul Ghapur Hj Salleh (Ahli Parlimen P191 Kalabakan).

Turut hadir memeriahkan kejohanan tersebut adalah, Yb Datuk Hj. Abd Muis Hj. Picho (Adun N60 Sebatik), En Ismail Ait (Niab Ketua UMNO Bahagian) Puan Cahaya Hj Sulaiman (Ketua Wanita UMNO Bahagian P191 Kalabakan)


Kredit; Amir

No comments:

Post a Comment