Friday, January 2, 2015





Kenyataan Media
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia

Mangsa Banjir Warga Kementerian Pertahanan Terima Wang Ehsan RM500

Kuala Lumpur, 1 Januari 2015

Kementerian Pertahanan Malaysia akan mula membuat pembayaran wang ehsan sebanyak RM500 kepada mangsa-mangsa banjir warga Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kakitangan awam dan veteran ATM, pada pertengahan bulan Januari 2015.

Mangsa-mangsa berkenaan adalah terdiri daripada mereka yang dipindahkan ke Pusat Perpindahan Banjir baru-baru ini. Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan syarat-syarat yang akan ditetapkan.

Mereka yang layak hendaklah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera dan Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan.

Permohonan wang ehsan ini boleh dibuat mulai esok (2 Januari 2015) dan dikemukakan kepada:

1) Veteran ATM​​:​Jabatan Hal Ehwal Veteren
      ​En Bakhtiar Effendi b. Khalid
      Pengarah Bahagian Kebajikan                          
      ​Tel : 03-20508014 / 012-7202008

2) Anggota ATM​: ​Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera
     ​ ​Brig Jen Abdul Halim Salleh – 0196403120
    ​  ​Lt Kol Abdul Halim bin Md Nor – 0193537094

3) Kakitangan Awam​: ​Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan
      ​En. Pathmanathan a/l Periasamy
      ​Tel : 03-2071 5170 / 017-5623853


Wang ehsan secara one-off ini bertujuan meringankan beban mangsa banjir dan sekali gus menunjukkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan kakitangan yang berkhidmat di bawahnya serta veteran ATM.

- tamat -
Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.