Program kesedaran Kepenggunaan Dan GST (Kota Belud)




Aktiviti Pusat Khidmat Ahli Parlimen kota Belud.

YBM Dato Abdul Rahman Datuk Haji Dahlan Menteri KPKT Malaysia merangkap MP Kota Belud merasmikan Program kesedaran Kepenggunaan Dan GST anjuran Wanita Umno Bahagian Kota Belud dengan kerjasama MPWK dan KPNKK di Dewan Mini Pencarian Bersama Pekan Kota Belud.

Bersama menyempurnakan majlis Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Belud Puan Eyung Latun bersama ajk-ajk wanita dan ahli-ahli, Pegawai Perhubungan Parlimen P169 Tuan Idris Nanti, rombongan YBM dan peserta program.

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.

Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;
Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita.

Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.

Kredit:

No comments:

Post a Comment