KEBERSIHAN DAN PENJAGAAN HARTA KEMUDAHAN AWAM IALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA





Pagi ini, saya dengan barisan pengawai-pengawai dari Pusat Khidmat Parlimen P.170 Tuaran serta Penolong Pegawai Daerah Tamparuli serta ahli-ahli Majlis Daerah Tuaran telah melawat kawasan Pasar Ikan Pekan Tamparuli.

Ketika menjejak kaki sahaja di bahagian depan pasar ikan, bau busuk yang sangat kuat menusuk di hidung kami rupanya keadaan sampah sarap serta cecair dari tong sampah berada betul-betul di hadapan Pasar ikan.

Untuk makluman, di sebelah pasar ikan ialah Gerai-gerai makan dan berhampiran juga terdapat Gerai peniaga kuih-muih. Dengan keadaan sampah-sarap yang sudah begitu lama tidak dikutip di sekeliling pasar dan gerai makan, ia memberi kesan buruk kepada perniagaan mereka.

Setelah meneliti dan berbincang dengan peniaga-peniaga Pasar ikan, dan Pihak Majlis Daerah, terdapat budaya yang perlu diamalkan untuk menyelesaikan masalah ini;
PERTAMA IALAH BUDAYA KEBERSIHAN, kebersihan ialah kunci utama kepada kesihatan dan berkait rapat dengan prinsip alam sekitar. Sampah yang busuk itu harus dikutip terus pada hari tertentu agar ia tidak terus menjejaskan perniagaan yang berada di tempat berdekatan.

KEDUA IALAH PERANCANGAN BANGUNAN, Kumbahan dari Pasar Ikan dan gerai makanan disalurkan terus ke dalam longkang hingga ke Sungai Tuaran menyebabkan bau busuk di sekeliling melibatkan Klinik Kesihatan yang berada di sebelah Pasar. Kumbahan itu harus melalui paip pembentungan khas agar ia lebih terancang dan bersih untuk alam sekitar.

KETIGA IALAH KEMUDAHAN ASAS, kita menerima aduan dari peniaga sendiri bahawa bekalan elektrik sudah begitu lama ditunggu menyebabkan kesukaran mereka berniaga seperti lampu dan kipas. Begitu juga dengan tandas awam Tamparuli, pak cik yang saya jumpa memberi tahu bahawa keadaan tandas sangat tidak berkualiti padahal baru siap, ketiadaan bekalan elektrik menyukarkan perkhidmatan tandas awam di situ. Bau busuk juga sangat menganggu kedatangan pengunjung.

KEEMPAT IALAH BUDAYA PENYELENGARAAN, Pasar ikan dan Tandas Awam perlu diselenggara secara konsisten, jika satu kerosakan terjadi tindakan terus diambil, begitu juga dapat dilihat pagar Klinik Kesihatan dan 'tiles' di Pasar Ikan. Budaya ini harus diamalkan secara berterusan untuk memastikan kemudahan awam terus terjaga sehingga masa panjang.

KELIMA IALAH PENIAGA IKAN AKAN MENJADI RAKAN ALAM SEKITAR, kita harus ada penyelesaian masalah oleh itu tindakan serta-merta menyarankan kumpulan peniaga ikan menubuhkan Satu Jawatankuasa agar mereka dapat berbincang tentang misi mereka supaya berkerjasama agar Keadaan di sana bertukar menjadi BERSIH DAN HARUM, menggalakan perniagaan di sana lebih rancak.

Selain itu, lawatan kali ini lebih bermakna bila petang tadi juga tindakan telah dibuat oleh Majlis Daerah Tamparuli dengan kerjasama Majlis Daerah Tuaran.

"DENYUTAN NADI RAKYAT"

Konsikou!

MADIUS TANGAU

Kredit: MP Tuaran

No comments:

Post a Comment