DSAI AKUI KEHEBATAN DAN KEBIJAKSANAAN MUSA AMAN TANDBIR SABAH


 


Lawatan pertama DSAI ke Sabah untuk tahun 2015. Buat pertama kalinya dalam sejarah lawatan DSAI, beliau tidak mengadakan ceramah politik. Lawatan bermula 12-13 Januari 2015 berakhir petang tadi, DSAI hanya sempat mengadakan mesyuarat tertutup bersama Ketua-ketua Cabang PKR Sabah dan mengadakan program penyampaian sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kota Belud yang melibatkan sekitar 50 orang mangsa yang terpilih (menurut sumber, mangsa-mangsa yang menerima sumbangan tersebut merupakan penyokong tegar PKR).

Buat julung-julung kalinya selama DSAI sering mengadakan lawatan ke Sabah dengan harapan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen pada PRU13 lepas, beliau yang sering melabel Ketua Menteri Sabah (DSP Musa Aman) dengan pelbagai gelaran dan tuduhan kini telah mengakui sendiri kehebatan beliau.

Menurut sumber dalaman PKR, pada mesyuarat yang diadakan di Sutera Harbour Resort, DSAI telah mengakui sendiri kehebatan DSP Musa Aman yang menurutnya, beliau (Musa Aman) telah berjaya memimpin Sabah sehingga berjaya mengecapi kestabilan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat di samping keupayaan beliau mengekalkan kestabilan dan perpaduan dalam Barisan Nasional (BN). 

Oleh yang demikian, dalam mesyuarat tersebut juga DSAI telah mencadangkan agar PKR Sabah merangka pelan dan strategi untuk menjatuhkan REPUTASI BAIK Ketua Menteri Sabah itu dengan cara mengeksploitasi sepenuhnya perpecahan dalaman UMNO Sabah (menurut dapatan DSAI: 18 Ketua Bahagian UMNO tidak berpihak kepada Ketua Menteri Sabah). 

Dalam mesyuarat tersebut juga beliau turut membuat pengakuan yang Pakatan Pembangkang Sabah menghadapi tugas sukar untuk menumbangkan BN Sabah yang menurutnya kukuh dan utuh berbanding dengan BN di Selangor dan Penang yang saling bercakaran. Beliau menyifatkan reputasi BN di negeri-negeri yang kini telah dikuasai oleh Pembangkang telah jatuh merundum sekaligus sukar untuk bangkit lagi berbanding di Sabah. Beliau mengingatkan agar Pembangkang Sabah melakukan sesuatu untuk menjatuhkan reputasi Ketua Menteri Sabah dan BN di Sabah.


Kredit: Ahli PKR

No comments:

Post a Comment