Tuesday, January 13, 2015


 


Astaghfirullahal 'Azim, program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing.

Bapa & suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula.

Tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh dari DILIHAT, nampaknya hanya sekadar hiasan & fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium.

Video ini telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib pelakunya. TAUBAT wajib bagi mereka yang terlibat namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud youtube.

Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pihak media, ulama, tokoh dan pihak berkuasa agama wajar beri liputan hangat mengutuk seperti dilakukan ketika mengecam program-program menyentuh anjing kerana DOSA pelukan sepeti dalam video ini DAN pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat.

Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan mengenal dosa dan pahala serta mampu menjauhi kemurkaanMu.

TIDAK PERLU maki hamun di ruangan komen kerana tiada banyak nilainya, berfikir dan bertindaklah menasihati gadis-gadis peminat kpop di sekeliling kalian.

Link videonya >>>> DKM Sabah Remove sebagai usaha kecil menutup aib pihak terlibat

Moga kita semua terhindar dari dosa :)

Kredit: Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.