RED ALERT: JATUHKAN REPUTASI BAIK MUSA DAN BN SABAH!







Mesyuarat tertutup DSAI bersama semua Ketua-ketua Cabang PKR Sabah pada 13 Januari 2015 bertempat di Sutera Harbour Resort telah dihadiri oleh kesemua Ketua-ketua Cabang kecuali empat (4) orang, salah seorang daripadanya YB Darel Leiking (MP Penampang) yang dilabel sebagai bukan Timbalan Lajim.

Dalam mesyuarat tersebut DSAI telah menggariskan beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh PKR Sabah untuk menjatuhkan Ketua Menteri (DSP Musa Aman);
  1. Mengeksploitasi sepenuhnya perpecahan dalaman yang kini melanda UMNO Sabah. Menurut sumber DSAI, seramai 18 Ketua Bahagian UMNO kini tidak berpihak kepada Ketua Menteri Sabah. 18 Bahagian tersebut tidak disebutkan.
  2. Mengarahkan PKR Sabah membuat kajian terperinci berhubung dengan 18 kawasan Ketua Bahagian UMNO yang tidak menyokong Ketua Menteri Sabah agar kawasan tersebut boleh dimenangi oleh Pembangkang.
  3. Mendakwa kelantangan YB Datuk Jumat Idris (MP P171 Sepanggar) mendapat sokongan kuat daripada seseorang (tidak dimaklumkan), PKR Sabah perlu melihat situasi ini sebagai satu peluang keemasan dan perlu digunakan sepenuhnya.
  4. Jatuhkan Reputasi Ketua Menteri Sabah dan BN Sabah yang terlalu kukuh berbanding dengan reputasi BN di negeri-negeri dikuasai pembangkang yang menurutnya terlalu rapuh dan sukar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.
  5. Mengarahkan PKR Sabah membuat kajian mendalam berkaitan dengan kawasan-kawasan yang terlibat dengan persempadanan semula. Tujuh (7) kawasan DUN kawasan baharu dicadangkan SPR dalam persempadan semula (Darau, Mengkabong, Pandasan, Bukit Garam, Sepagaya, Langkon dan Limbahau). DSAI mengarahkan agar PKR Sabah memastikan kemenangan mampu dicapai terutama di kawasan-kawasan Bumiputra Bukan Islam (BBI), manakala Kawasan Bumiputra Islam (BI) PKR Sabah perlu berusaha untuk mendapatkan kekuatan dan kelemahan BN Sabah.

Dalam mesyuarat petang tadi, DSAI turut mengingatkan PKR Sabah agar meneruskan perjuangannya walaupun beliau berada di penjara. DSAI melihat bahawa YB Azmin Ali merupakan individu sesuai dalam memimpin PKR sekiranya beliau dimasukkan ke dalam penjara kelak.

Kredit: PKR Sabah

No comments:

Post a Comment