Thursday, January 22, 2015





Hujan sejak petang tadi menyebabkan paras air sungai di Penampang dan Papar telah naik. Sekitar 12.00 pagi tadi, berlaku banjir kilat di beberapa kawansan di Penampang. Kawasan teruk dinaiki banjir termasuklah Penampang Proper, Kasigui, Kibabaig, Nambazan dan Roundabout Siga. Jalan raya utama menghubungkan Jalan Papar Lama menuju ke Pekan Dogonggongan tidak dapat dilalui kenderaan.

Sementara itu, Kg. Sungai Sapat dan Kg. Sungai Padang di Papar turut dinaiki air. Paras air Sungai Papar telah melimpah dan mencecah tahap berbahaya ekoran hujan yang turun sejak petang tadi dan diburukkan lagi dengan fenomena air pasang. Sehingga kini sebanyak 30 buah rumah telah ditenggelami air. Jalan raya utama Papar masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan namun, jalan masuk ke kampung-kampung tidak dapat dilalui ekoran telah ditenggelami air sungai.

Sehingga kini, tiada mangsa terlibat banjir dari kedua-dua kawasan (Penampang dan Papar) dipindahkan ke pusat penempatan.
Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.