BANJIR SABAH 2015: LAPORAN KESELURUHAN SUASANA BANJIR NEGERI SABAH SETAKAT JAM 10.00 MLM




Kemaskini laporan banjir negeri Sabah setakat 9.00 malam. Sehingga kini terdapat 14 pusat pemindahan dibuka dengan masing-masing empat (4) di Kimanis (Dewan Masyarakat Membakut, Serambi Wawasan, Surau Serambi dan SMK St. Patrick), empat (4) di Beaufort (Dewan DSP Mohd Dun, Dewan Kg. Kulut, Dewan SMK Beaufort, SK Pekan Beaufort), satu (1) di Sipitang (Dewan Serbaguna Pekan Sipitang) dan lima (5) di Tenom (Kg. Pantungon Sapong, Kg. Kalang Kanar, Kg. Pantungon Saga, Kg. Ponontomon dan Kg. Labut).

Hujan lebat sejak petang didua kawasan (Penampang dan Papar) menyebabkan paras air naik. Terkini, sebanyak lima (5) perkampungan di Penampang (Kg. Penampang Proper, Kg. Tuavon, Kg. Hubah, Kg. Nambazan, Kg. Kibabaig) dan satu (1) di Papar (Kg. Sapat) telah dinaiki air namun belum ada mangsa-mangsa banjir dipindahkan.


Perincian laporan banjir bagi negeri Sabah adalah seperti berikut:


JUMLAH MANGSA BANJIR: (1,832 orang/ 545 keluarga)
  1. P174 PENAMPANG: TIADA
  2. P175 PAPAR: TIADA
  3. P176 KIMANIS: 494 orang (121 keluarga)
  4. P177 BEAUFORT: 959 orang (315 keluarga)
  5. P178 SIPITANG: 117 orang (34 keluarga)
  6. P181 TENOM: 262 orang (75 keluarga)
  7. P188 SILAM (KUNAK): Paras air sungai Kg. Sungai Atas dan Kg Sungai Langgas telah surut. Dua (2) rumah mengalami kerosakan iaitu masing-masing sebuah di Kg. Sg Langgas dan Kg. Sungai Atas.
  8. P190 Tawau: Banjir surut sepenuhnya.


JUMLAH KG. TERJEJAS BANJIR: (46 kampung)
  1. P174 PENAMPANG: 5 kampung 
  2. P175 PAPAR: 1 Kampung 
  3. P176 KIMANIS: 11 kampung
  4. P177 BEAUFORT: 20 kampung
  5. P178 SIPITANG: 4 kampung
  6. P181 TENOM: 5 kampung
  7. P188 SILAM: Surut sepenuhnya
  8. P190 TAWAU: Surut sepenuhnya


Maklumat terkini, Siren amaran telah dibunyikan di Kg Sapat Papar berikutan air sungai Papar telah melimpah dan mencecah tahap berbahaya. Lebih kurang 10 buah rumah mengalami banjir. Tiada keluarga yang dipindahkan sehingga kini.

No comments:

Post a Comment