BANJIR SABAH 2015: MANGSA BANJIR DIPINDAH DI KIMANIS, BEAUFORT DAN SIPITANG TERUS MENINGKAT




Kemaskini sehingga pukul 11.00 pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tiga (3) kawasan terus mencatatkan peningkatan. Beaufort antara kawasan terjejas teruk dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke empat (4) pusat penempatan mangsa banjir terus mencatatkan peningkatan. Sehingga kini, seramai 1029 orang mangsa banjir daripada 343 keluarga telah ditempatkan diempat pusat pemindahan iaitu di Dewan DSP Mohd Dun, Dewan Kg. Kukut, Dewan Sk Pekan Beaufort dan Dewan Kg. Suasa. Sebanyak 18 buah sekolah terjejas banjir turut ditutup. Selain itu, 14 jalan sekitar Beaufort ditutup kerana ditenggelami air banjir.

Pemindahan mangsa banjir di Kimanis turut mencatatkan peningkatan. Seramai 523 orang daripada 125 keluarga telah dipindahkan ke lima (5) pusat pemindahan sejak semalam. Pusat pemindahan sekitar Kimanis yang dibuka termasuklah, Dewan Pekan Membakut, Serambi Wawasan Membakut, Sekolah St. Patrik Membakut, SMK Saga 2 Membakut dan Dewan Kg. Pimping Membakut. Kawasan tinggi yang jarang dinaiki air seperti Kg. Brunei Membakut turut dinaiki air (Sumber: Roy A).

Sementara itu, seramai 131 orang mangsa banjir dari 36 keluarga di Sipitang masih berada di pusat pemindahan Dewan Serbaguna Sipitang. 

1 comment: