BANJIR 2015 SABAH: 1,493 MANGSA BANJIR DI 4 DAERAH DIPINDAH KE PUSAT PEMINDAHAN




Sehingga pukul 4.00 petang 21.01.2015, seramai 1,493 orang daripada 476 keluarga di empat (4) daerah terjejas banjir telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan. Daripada jumlah tersebut, Beaufort mencatatkan jumlah mangsa banjir teramai iaitu 706 orang dipindahkan melibatkan 243 orang keluarga. Dua (2) pusat pemindahan dibuka di Beaufort iaitu di Dewan Baru Beaufort dan Dewan Sri Panglima Mohd Dun.

Manakala di Daerah Kecil Kimanis, seramai 324 orang mangsa banjir daripada 109 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan Dewan Serbaguna Membakut. YB Datuk Arifin Arif yang berada du pusat pemindahan Dewan Serbaguna Membakut sejak semalam turut terlibat menyertai pasukan penyelamat memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan.

Sementara di Sipitang, seramai 100 orang daripada 22 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Sipitang. Jumlah mangsa yang dipindahkan di Tenom turut meningkat dengan terbaharu satu (1) lagi pusat pemindahan di buka iaitu di Rumah Kebudayaan Paguokon Laut. Sehingga pukul 4.00 petang, seramai 242 orang mangsa daripada 65 keluarga telah dipindahkan di enam (6) pusat pemindahan dengan dua (2) daripadanya telah ditutup. 

Banjir di Tawau telah beransur pulih namun berlaku peningkatan paras air di daerah Kunak (Silam). Tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di Kunak






     

No comments:

Post a Comment