<title>RAKYAT MALAYSIA BANTAH TPPA? | DKM SABAH

TERKINI

Home Top Ad

Sitegiant E-Commerce

Post Top Ad

Monday, July 22, 2013

RAKYAT MALAYSIA BANTAH TPPA?


Aku ingatkan akan ramai masyarakat akan hadir pada perhimpunan sia-sia anjuran PAS dan badan yang kononnya NGO (Ngo apa kalau ada ceramah politik budak-budak ni yang terpekik-pekik macam orang gila  yang baru dapat RM30 dekat bahagian belakang tempat duduk penonton).

Kalau bercakap, macam dorang semua ni la yang paling warak, paling alim, paling petah.... seolah-olah sudah pernah memimpin Malaysia mencipta kejayaan gemilang. Asal nak buat demo pasti akan kata seluruh rakyat "Sabah dan Malaysia menolak dan menentang kezaliman kerajaan" tapi bila demo, kalau muka tu yang datang ceramah dan terpekik-pekik macam orang gila, orang tu jugalah yang datang demo. Asal kalah hujah dekat FB mesti perkataan terakhir yang kedengaran adalah "PENCACAI", itu memang sah tiada point dan habis idea. Itulah mentaliti kelas ketiga barisan kepimpinan muda pembangkang Sabah.

Kalau dulu sebelum PRU13, bukan main lagi dorang laungkan yang anak muda tolak UMNO/BN tapi lepas selasai PRU13 dan keputusan sudah diketahui, semua senyap. Kenapa senyap berkaitan pengundi muda, situasi yang diharapkan oleh pembangkang berkaitan pengundi muda menolak BN tidak berlaku seperti yang diharapkan. Itu hakikat yang pahit untuk ditelan oleh Pembangkang Sabah, dan modal mereka kini hanyalah (Pembangkang 52% dan BN 48%, SPR tidak telus dan dakwat tidak kekal, pengundi hantu yang tidak menjadi hantu dan isu IC Projek).

Inilah antara isu yang kerap dimainkan, kata negara kita negara demokrasi. Tapi kenapa keputusan PRU13 sukar untuk diterima? Julat kemenangan kerusi juga jauh berbeza. Bulan Ramadhan sepatutnya banyakkan amalan, ini tidak! bagi RM50 terus setuju buat demo. Kata dorang ni mahasiswa, aku rasa dorang ni lah mahasiswa pointer lemah.

Akhirnya form TPPA Batal. Padan muka!

Pages