VIDEO MENGHINA ISLAM: HARI RAYA RAIKAN BERSAMA (MANUSIA DAN ANJING)?





Terima kasih kepada Saudari Carmelita Carneza yang sudi berkongsi dan menyebarkan video (Allahuakbar..Apakah Motif semua ni?penghinaan terhadap perayaan yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia setelah sebulan berpuasa. Video yang dimuat naik menerusi Page Serbaserbiz sekitar pukul 1 petang (30.07.2013) telah mengundang pelbagai reaksi daripada mereka yang telah menonton video tersebut. Ramai daripada pengunjung Page tersebut mendesak agar individu yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan. Cuma tidak diketahui bila video tersebut dibuat/ hasilkan.

Satu persoalan yang bermain di benak fikiran, apakah tujuan dan motif sebenar yang cuba disampaikan oleh mereka yang terlibat dengan penerbitan video ini?. Belumpun reda kes penghinaan terhadap kesucian bulan Ramadhan oleh Alvin dan pasangannya Vivian, kini muncul pula video Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Video berdurasi 1:45saat memaparkan dengan jelas seorang lelaki bersama dengan tiga (3) ekor anjing balik ke rumah dengan laungan takbir raya berkumandang. lelaki tersebut membasuh kaki anjing tersebut sebelum membasuh kaki sendiri.

Apa yang menjadi kontroversi adalah, ungkapan kata-kata di penghujung video yang menyatakan, 

Hari Raya Perlu Diraikan Bersama Tanpa Mengira Spesis (Manusia/Anjing)


Adakah hari raya yang disambut oleh seluruh umat Islam hanya layak diraikan bersama dengan anjing?... kenapa perlu anjing?

Apa sudah jadi dengan negara kita. Sesiapa sahaja boleh dengan sesedap rasa menghina kesucian agama Islam tanpa mengira sensitiviti penganut majoriti agama Islam di Malaysia.

Mohon agensi kerajaan yang terbabit mengambil tindakan terhadap individu yang terbabit dalam pembikinan video tersebut.

No comments:

Post a Comment