Friday, July 12, 2013



KERAJAAN akan memperkenalkan program 'rumah transit' untuk pasangan muda baharu berkahwin dan berpendapatan bulanan bawah RM3000 dalam usaha mengurangkan beban mereka.

Menteri kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, program dijangka dilaksanakan tahun depan.

Kerajaan akan memperuntukan 10 peratus daripada rumah kos rendahnya untuk disewa pasang ini selama dua (2) tahun dan tumpuan program adalah di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, katanya.

"pada pandangan kerajaan, dalam tempoh dua tahun mereka mampu berdiri sendiri untuk mencari jalan membeli rumah pertama kerana mereka tidak boleh tinggal di rumah transit selama-lamanya," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Abdul Rahman berkata rumah transit itu akan disewa pada kadar RM124 sebulan sama seperti kadar yang dikenakan kepada penyewa di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Ketika ditemui pemberita kemudia, Abdul Rahman berkata kementerian itu menyasarkan untuk melancarkan projek rumah transit itu di Kuala Lumpur tahun depan.

Sebagai permulaan katanya, kerajaan bercadang mengkhususkan 10 peratus daripada setiap projek PPR sedia ada dan yang bakal dibina untuk dijadikan rumah transit itu.

"Kalau boleh say mahu seluruh blok bangunan itu dijadikan rumah transit. Kita mungkin menjadikan rumah PPR sebagai rumah transit," katanya menambah dalam jangka panjang kerajaan berharap dapat menyediakan 5,000 unit rumah transit di seluruh negara.

Katanya beliau juga mencadangkan untuk berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengambil alih Flat San PEng di Pudu untuk dijadikan projek rumah transit bagi pasangan muda.

Abdul Rahman berkata, selain berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, kriteria lain yang melayakkan pasangan muda memohon rumah transit ialah berusia bawah 30 tahun. - Bernama
Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.