JABATAN KEBAJIKAN DI SARAN ADAKAN PEJABAT BERGERAK



Sumber: Daily Express

MENGGATAL: Ibu tunggal di kawasan ini mengalami kesukaran untuk berulang-alik ke pejabat Jabatan Kebajikan bagi menguruskan permohonan mendapatkan bantuan.

Ia adalah salah satu aduan diterima ketika program Pejabat Perkhidmatan Bergerak yang dilaksanakan di sini oleh ADUN Inanam Dr. Roland Chia.

Salah satu ibu tunggal yang tidak mahu namanya dikenali, memberitahu bahawa, beliau terpaksa menyewa kereta atau tekso untuk datang ke pejabat tersebut. "Masalah ini menyebabkan kesukaran kepada saya dan juga ibu tunggal yang lain seperti saya," katanya.

Kesukaran tersebut bukan sahaja disuarakan oleh ibu tunggal tetapi juga warga emas. Sehubungan itu, Dr. Chia menyeru pihak jabatan tersebut untuk membuat pertimbangan untuk mengadakan pejabat bergerak atau 'booth' di setiap daerah di kawasannya sebulan sekali untuk memudahkan pergerakan para ibu tunggal dan warga emas.

"Ibu tunggal mengalami masalah itu kerana kebanyakan mereka yang tinggal di kawasan ini, tidak mempunyai kenderaan sendiri dan jauh dari bandar"."Manakala bagi warga tua mereka tidak mempunyai tenaga yang kuat untuk datang ke jabatan tersebut," katanya.

Beliau juga memberi tahu bahawa para ibu tungga dan warga emas juga mengadu elaun bantuan yang diberikan kepada mereka tidak mencukupi dengan keadaan perbelanjaan pada masa kini.

Antara lain aduan yang diterima sepanjang program tersebut adalah tentang keadaan pasar yang tidak diselenggara dengan baik, seperti kebanyakan lampu dan kipas tidak berfungsi dan keadaan tandas awam yang kurang baik.

Menurut Dr Chia, penduduk di kawasan ini juga memberitahu bahawa mereka dikenakan bayaran RM0.30 sekali masuk ke dalam tandas awam tersebut. "Kanak-kanan juga dikenakan bayaran yang sama dan selain itu tisu tandas juga dikenakan bayaran.

Walaupun bayaran ini adalah kecil bagi mereka yang kaya, tapi bagi penduduk yang tidak mempunyai pendapatan yang stabil ia merupakan satu bebanan.

"Oleh itu saya berharap pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dapat melakukan serta mengkaji masalah bayaran masuk tandas awam demi kebaikan orang ramai di kawasan ini dan juga di kawasan lain," katanya.

No comments:

Post a Comment