Anak bekas tahanan ISA perlu bantuan kewangan


Assalamualaikum,

Adakalanya dalam kita sibuk berpolitik, soal kemanusiaan juga perlu diberi perhatian. Jika sahabat kita ini selayaknya mendapat bantuan yang sepatutnya, bantulah seikhlasnya tanpa melihat ideologi yang dinaungi. Semoga Sahabat kita ini dipermudahkan dan menjadi manusia berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara hendaknya..... InsyaAllah.


Dipetik: Harakah Daily

SANDAKAN: Anak bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohidin Shari, memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di sebuah universiti di Rusia.
Hummayroh Mohidin, 19, (gambar) bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, telah menamatkan kursus asasi di sebuah akademi perubatan, di Kuala Lumpur dan perlu menjelaskan yuran pengajian untuk tahun pertama, sekitar RM60,000 dalam waktu terdekat.
Ibu Hummayroh, Kontesa Ahadi, yang ditemui di kediaman mentuanya, di perkampungan atas air, Sim-Sim, dekat sini, berkata, suaminya yang bekerja sebagai tukang gunting selepas dibebaskan daripada tahanan, telah berusaha sedaya upaya mencari bantuan tetapi belum berjaya.
“Sepatutnya Hummayroh sudah berangkat ke Moscow tahun lepas, tetapi disebabkan masalah kewangan ia tertunda dan beliau diberi tempoh lebih kurang dua bulan lagi untuk melangsaikan,” kata Kontesa.
“Kami terpaksa menjual rumah untuk membiayai kursus asasi dan kini terpaksa menumpang dengan keluarga di sini,” katanya sambil mengharapkan impian Hummayroh terkabul.
Hummayroh yang bertugas sebagai guru tuisyen pada setiap hujung minggu, ketika dihubungi Harakah, mendahulukan ucapan terima kasih kepada penderma.
Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang menziarahi keluarga Hummayroh di Sandakan baru-baru ini turut mengharapkan sumbangan orang ramai: “Moga-moga Hummayroh dapat membantu membina penghidupan baru buat keluarga dan tiga adik-adiknya yang lain.”
Sumbangan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB Islamic Bank, no 10090003372208, atas nama Mohidin Shari. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kontesa Ahadi, 014-5572157.

No comments:

Post a Comment