SENARAI BANTUAN KERAJAAN YANG TELAH DINIKMATI OLEH RAKYAT





Berikut DKM senaraikan antara bantuan yang diterima oleh rakyat menerusi kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dato' Sri Najib bin Tun Razak. Pengarang yakin dan percaya bahawa, hampir keseluruhan rakyat di peringkat akar umbi baik yang menyokong kerajaan mahupun yang sebaliknya telah menerima dan menikmati bantuan yang disediakan oleh kerajaan tanpa ada sebarang unsur prejudis. Mungkin apa yg DKM bentangkan ini, tidak lengkap atau tidak meliputi keseluruhan bantuan yang telah diagihkan oleh kerajaan yang peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat.

Sebelum kita terus kepada jenis-jenis bantuan tersebut, di sini DKM berminat untuk berkongsi sedikit info yang pengarang dengar sendiri daripada mulut rakyat berkaitan kerajaan kini;

"kita sebagai rakyat tidak mintak banyak daripada kerajaan.... apa guna projek dengan peruntukan berbilion ringgit jika kita tidak dapat apa-apa daripada projek tersebut. Sekurang-kurangnya kita dapat juga merasa pemberian BR1M yang diberi oleh kerajaan berbanding dengan projek berbilion-bilion yang diumum kerajaan"....  

BR1M


Belanjawan 2013 – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) Kali Kedua | Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Datuk Seri
Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang. Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

“Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat.

BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.


Berita Baik: Terbaru, memetik ucapan TPM.... BR1M akan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang. Pastinya hasrat ini hanya akan menjadi nyata jika BN masih diberi kuasa dan amanah untuk mentadbir negara.





BL1M

MENGENAI BL1M
 
BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.
Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.
Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.

FAKTA BL1M
•Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
•Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
•Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
•Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
• Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas. • Akan berjalan serentak setelah dirasmikan • Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali

SYARAT PENYERTAAN
1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
4. Sihat tubuh badan
5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk
MyEG 03-7801 8888
10. Tiada cara pintas


 
SYARAT KELAYAKAN

Murid warganegara Malaysia

Bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi   

  sesi persekolahan 2012 (1), 2013 (2)



Kerajaan Perkenal Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan didalam Pembentangan Bajet 2012 tahun lalu, satu skim akan diwujudkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah bawah antara RM500 hingga RM3000 iaitu Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia atau SARA 1Malaysia.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia merupakan gabungan produk pelaburan unit amanah dan produk pinjaman yang mana Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini mampu memberikan aliran tunai atau insentif bulanan yang konsisten kepada satu-satu isi rumah.

Perdana Menteri
Najib Tun Razak yang melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini pada 12 Januari 2012 yang lalu mengatakan skim ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menggalakkan golongan-golongan atau isi rumah yang berpendapatan rendah antara RM500 hingga RM3000 ini menabung dan   melabur sekaligus membantu golongan ini mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini.

Melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini, satu-satu isi rumah boleh
membuat pelaburan samada melalui pinjaman bank atau simpanan sendiri berjumlah RM5000. Sekiranya melalui pinjaman bank, peminjam boleh membuat pinjaman RM5000 untuk tempoh 5 tahun dengan pembayaran balik hanya sebanyak RM84 daripada RM134, RM50 merupakan keuntungan daripada pelaburan. Manakala yang membuat pelaburan melalui simpanan sendiri, keuntungan bersih RM134 akan diperolehi. Untuk tempoh 5 tahun, pelabur akan memperoleh keuntungan sehingga RM5000 bagi yang membuat pinjaman dan RM13000 yang menggunakan simpanan sendiri.

 KELAYAKAN

1.  Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun

2.  Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar antara 500 – RM3,000

3.  Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman

4.  Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank

5.  Pemohon / pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diluluskan oleh ASNB:

i.Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)

ii.ASB Sejahtera

iii.ASW 2020 Bandar

6.  Pemohon/ pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB atau sekiranya ada, pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000

7.  Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah

8.  Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) seperti mana yang telah ditetapkan sekiranya masih ada;

        i.Bumiputera - 50%

ii.Cina - 30%

iii.India – 15%

iv.Lain-lain – 5%

9  Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperoleh pembiayaan pinjaman

10  Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja








Kerajaan perkenal Klinik 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan perkhidmatan kesihatan klinik komuniti yang akan dinamakan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar seperti mana klinik desa di luar bandar, kata Datuk Seri
Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, klinik itu akan ditempatkan di kawasan perumahan dengan menyewa rumah kedai untuk memudahkan masyarakat setempat mendapat rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selesema.

Beliau juga Menteri Kewangan berkata, klinik itu akan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
"Sebagai permulaan, 50 klinik akan dibuka di kawasan terpilih dengan peruntukan sebanyak RM10 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2010 di Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan menaikkan kadar elaun kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) di sekolah pendidikan khas kelolaan badan bukan kerajaan (NGO) daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap seorang mulai 1 Januari 2010.

Beliau berkata, peruntukan RM3.3 juta yang disediakan itu akan memberi manfaat kepada hampir 4,000 kanak-kanak OKU. - Bernama
 





1.      PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

 2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

KRITERIA KELAYAKAN 
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

 TRIMA

Program bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) adalah dilahirkan dari cetusan buah fikiran Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri atas keperihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi pemandu teksi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri faham akan keluhan pemandu teksi yang menghadapi kos penyelenggaraan yang kian meningkat yang turut mengugat keselamatan serta keselesaan penumpang teksi.

Bertitik tolak daripada permasalahan itu, TR1Ma dilahirkan sebagai satu inisiatif menyeluruh bagi membantu pemandu teksi dan
sekaligus menaikkan taraf perkhidmatan teksi di Malaysia. Program Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi (BT1M) merupakan program pertama yang dilancarkan di bawah TR1Ma. Antara program lain yang bakal dilancarkan di bawah TR1Ma termasuk insurans berkelompok serta khairat, duta teksi dan lain-lain lagi.
Secara ringkasnya program TR1Ma diharapkan bukan sahaja membaiki mutu perkhidmatan teksi, ia mampu meningkatkan persepsi dan keyakinan Rakyat terhadap perkhidmatan teksi.

Terma & syarat-syarat dan proses permohonan

Terma & syarat-syarat kelayakan:
Teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.
Memiliki Kad Pemandu yang sah (pemandu pertama sahaja yang layak)
Warganegara

Bagaimana memohon baucar:
Isikan Borang Permohonan TR1Ma yang boleh dimuat turun di bahagian Kandungan muat turun atau didapati dari akhbar-akbar utama atau pusat-pusat pengedaran baucer seperti pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi. Salinan semula borang (fotostat) diterima;
Pastikan borang lengkap diisi dengan maklumat peribadi pemandu, pilihan jenis dan saiz tayar serta kod peniaga tayar.
Nyatakan pilihan samada mengambil baucar secara serta-merta atau pada tarikh lain; atau melalui pos;
Kepilkan bersama salinan fotostat Kad Pemandu dan salinan Kad Pengenalan;
Borang tersebut mestilah diserahkan kepada pusat-pusat pengedaran baucar atau diposkan kepada alamat SPAD yang tertera pada borang;
Anda akan menerima dua (2) keping baucar TR1Ma bernilai RM260 setiap satu.





Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00

YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

KELAYAKAN
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500. Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Nota:
Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut
turutan cabutan undian.
Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan
dimana rumah PR1MA
tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA. Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.
 


'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.  Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak  diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah
didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa. Perbezaan Kedai Rakyat  1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”.  Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka.  Antara barangan yang telah
dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.

Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran  Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah,  ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

Lokasi  Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama ini terletak di stesen LRT Kelana Jaya dan beroperasi bermula dari jam 7pagi sehingga 11malam.
Manakala, MYDIN pula diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur  barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem ‘Point of Sales’ (POS). Kedai Rakyat 1 Malaysia ini berjaya disiapkan dalam tempoh satu bulan termasuk kerja pengubahsuaian kedai serta susun atur dan hiasan dalaman. Ini juga merupakan program
tangunggjawab sosial MYDIN untuk masyarakat setempat.
Kami berharap projek
usahasama antara Kerajaan dan MYDIN  ini dapat membantu serta memberi faedah kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia.


 
OBJEKTIF

1AZAM menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM760 hingga RM2,300 sebulan.

TUJUAN PROJEK

Projek 1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM760 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah.
4 (empat) peluang menambah pendapatan
dikenalpasti:
•    Penempatan pekerjaan
•    Perniagaan kecil-kecilan
•    Penyediaan perkhidmatan
•    Pertanian
 

FAEDAH

Menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan rendah menjana pendapatan. Memperkasakan ekonomi rakyat berpendapatan rendah. Menggalakkan rakyat berpendapatan rendah untuk berdikari.
 

Pendekatan Pelaksanaan

Program 1AZAM telah dijalankan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Program perintis telah dimulakan di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) atau Iskandar Malaysia, Johor, pada akhir bulan Januari 2010. Inisiatif akan diteruskan ke negeri-negeri lain melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan koridor ekonomi utara, timur, Sabah dan Sarawak yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu daripada pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali sebagai National Key Results Area (NKRA). Secara keseluruhannya, inisiatif 1AZAM akan menumpukan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing. Cadangan pihak makmal NKRA agar kerajaan memperkenalkan Penetapan Gaji Minimum kepada pelbagai industri dan sektor pekerjaan yang ditawarkan kepada tenaga kerja Malaysia, pasaran kerja bakal menyaksikan pekerja-pekerja Malaysia berpendapatan sekurang-kurangnya RM760 sebulan kepada pekerja berkelulusan rendah dan separa mahir.

AZAM KERJA 
Peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Program memberikan  fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Latihan kemahiran disediakan.
Contoh pekerjaan adalah seperti:
•    Jurujual produk
•    Pengurusan rumahtangga
•    Pekerja restoran makanan segera
•    Pelayan restoran
•    Pekerja hotel
•    Program Menjana Pendapatan seperti tukang jahit, perniagaan  sejuk beku dan Mat Salai

AZAM TANI
Peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian. Antara projek yang dikenalpasti ialah:
•    Pertanian berkelompok
•    Tanaman yang mempunyai pulangan yang cepat
•    Ternakan
•    Projek hiliran hasil pertanian

AZAM NIAGA
Peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro. Contoh perniagaan adalah:
•    Makanan dan minuman
•    Kiosks
•    Perniagaan runcit
•    Industri
kraftangan

AZAM KHIDMAT
Peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan seperti:
•    Rawatan penjagaan diri
•    Andaman pengantin
•    Spa dan refleksologi


Peserta diberikan pilihan sama ada terlibat secara sambilan atau sepenuh masa. Mereka juga boleh terlibat sebagai pengusaha atau pekerja.
  
  COOP 1M
    
 
27/10/2011 9:52pm

PETALING JAYA 27
Okt. – Pengguna akan mempunyai lebih pilihan untuk mendapatkan barangan harian pada harga lebih rendah dengan kualiti setanding produk berjenama menerusi pelancaran produk ”Coop 1Malaysia” (Coop1M) hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) telah memperkenalkan 24 jenis produk antaranya sos cili, mee segera dan kicap yang akan dipasarkan di 500 koperasi di seluruh negara pada harga yang kompetitif iaitu antara 30 hingga 40 peratus lebih rendah daripada barangan berjenama. 

"Koperasi berkenaan termasuklah Coop Mart yang terlibat dengan program Tukar, dan D”Mart, koperasi di bawah FTSB. 

"Pengenalan produk Coop1M bukan untuk memberi persaingan kepada barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia tapi untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk itu dan merasmikan pusat pengedaran Koperasi Permodalan Felda Berhad di Subang Jaya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, FTSB telah melantik Kontena Nasional sebagai rakan strategik yang bertanggungjawab menguruskan pusat pengedaran, pengangkutan dan penghantaran barangan ke semua koperasi terlibat di seluruh negara. – Bernama

 REBAT TELEFON PINTAR


Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka. Oleh itu, belia seharusnya mencari logo ‘Pakej Komunikasi Belia’ yang akan dipaparkan pada kain rentang di kedai itu atau boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian.
Syarat Kelayakan Rebat RM200 – Pakej Komunikasi Belia.
1. Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
2. Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
3. Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. Klik Sini Untuk Buat Permohonan Online Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Bermula 1 Januari 2013)






The Komputer 1Malaysia initiative, which was announced by    Y.A.B. Prime Minister on 24 March 2010 under the National    Broadband Initiative (NBI), aimed at providing netbooks to    underserved groups from underserved areas in view of     boosting up the broadband access service take up per    household in accordance with the National Broadband Plan   (NBP).

The ultimate goal of this project is to ensure that communities living in underserved areas are connected to mainstream information and Communications Technology (ICT) development thus enabling and empowering these connected communities and bring about socio-economic development for those communities in the various sectors such as education, business, agriculture, health, amongst others.




SPP1M (Bantuan terbaru)



Khamis, 7 Februari 2013
Kerajaan melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dengan peruntukan awal RM5 bilion untuk membantu pelajar berkelayakan mendapat dana tambahan bagi membiayai kos pendidikan peringkat sarjana muda dan sarjana.

Skim terbuka kepada ibu bapa dan individu membiaya kos pengajian tanggungan mereka di dalam atau luar negara dengan kadar faedah lebih rendah daripada pasaran serta bayaran balik selama 15 tahun selepas tamat pengajian atau maksimum 20 tahun jika dibayar ketika mula belajar.

SPP1M adalah pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada dan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu suku kedua 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar serta program luar negara.

Pinjaman hingga RM150,000

Jumlah pinjaman terhad kepada RM150,000 untuk bidang perubatan peringkat ijazah lanjutan dan RM100,000 untuk kursus kritikal, iaitu sains dan teknologi serta

SPP1M dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perdana Putra, di sini semalam. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Raja Azura Raja Mahayuddin.

SPP1M adalah pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada dan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu suku kedua 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar serta program luar negara.

Perdana Menteri berkata, skim diperoleh melalui bank atau institusi kewangan dan setakat ini Maybank dan RHB Bank bersetuju menyertai skim berkenaan.

“SPP1M adalah skim top up iaitu bantuan untuk mencukupkan dana perbelanjaan yang dikeluarkan ibu bapa bagi menaja anak-anak mereka yang mungkin tidak memadai,” katanya.

Najib berkata, skim itu dijamin oleh kerajaan 10 peratus atau sehingga RM500 juta daripada jumlah keseluruhan dana.

Katanya, ia disasarkan kepada golongan pertengahan yang mempunyai pendapatan tinggi tetapi tidak mampu menampung pembiayaan pendidikan berikutan peningkatan kos pendidikan, terutama di luar negara.

Sementara itu, Nor Mohamed, pada sidang media selepas itu, menjelaskan skim itu akan memanfaatkan ramai ibu bapa yang tidak mempunyai dana mencukupi bagi membiaya kos tambahan pendidikan tinggi anak mereka.

- BERITA HARIAN



No comments:

Post a Comment