<title>PENDEDAHAN: DAP SEMAKIN MERANA | DKM SABAH

BREAKING

Tuesday, January 29, 2013

PENDEDAHAN: DAP SEMAKIN MERANA


CERAMAH DAP 
Tarikh: 27 Januari 2013 (AHAD)  
Tempat: Grand Port View Restaurant

Biarkan gambar berbicara segala apa yang berlaku. Begitulah nasib malang yang menimpa program anjuran DAP Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Juice Wong. Menurut sumber, program ini mendapat publisiti meluas tidak hanya di media alternatif, bahkan juga media cetak.

Pada mulanya penganjur mengandaikan program tersebut bakal dihadiri oleh lebih daripada 500 orang, berdasarkan sambutan memberangsangkan pada sesi wacana "The Cries Of Sabah"  24.01.2013. Namun, harapan hanya tinggal harapan, bila mana program tersebut hanya dihadiri kurang daripada 100 orang. Malah ada yang menjangkakan kehadiran peserta pada program tersebut sekitar 50 orang. Walau apa juga andaian yang diletakkan, keseluruhannya program tersebut gagal mencapai sasaran seperti mana yang diharapkan. 

Kini rakyat sendiri telah sedar, DAP hanya datang ke negeri Sabah apabila menjelangnya PRU13 dan hilang setelah berakhirnya pilihan raya. Rakyat juga semakin muak dengan skrip yang sama dan diolah dengan sedikit perubahan berdasarkan pendekatan penceramah DAP. 


Suatu hakikat yang rakyat semakin sedar, pemimpin DAP dan PR Sabah hanya menumpang populariti daripada pemimpin-pemimpin PR Semenanjung. Seperti yang pernah DKM katakan sebelum ini, untuk berbicara soal RCI, DAP terpaksa mengimport YB Lim Kit Siang untuk datang memberi ceramah di Sabah.

Rakyat hanya akan dihidangkan dengan cerita-cerita dan fitnah yang sama dan serupa. Antara isu popular termasuklah;
1. Sabah negeri kaya dengan sumber tetapi rakyat miskin
2. Bekalan air kotor
3. Jaringan jalan raya yang daif
4. Ketua Menteri Sabah rasuah
5. RCI
6. Najib takut berdebat
7. Hanya Pr mampu ubah nasib rakyat Sabah dll......

Kalau anda tidak percaya, DKM cadangkan agar anda hadir salah satu program DAP dan rakam. Perhatikan sama atau sebaliknya!.