News Update :

JUMLAH PENERIMA BR1M 2.0 (kelompok 1) DI SABAH

Saturday, February 9, 2013

"ASSALAMUALAIKUM"

Memandangkan enjin carian terhadap kata kunci "JUMLAH PENERIMA BRIM 2.0 DI SABAH" bermula dari tarikh BR1M mula diagihkan (Bulan Februari 2013) kepada rakyat di seluruh negeri Sabah untuk kelompok pertama (1) menunjukkan peningkatan, maka di sini DKM kupilkan senarai penerima BR1M yang diperolehi daripada Laman Sesawang milik Kerajaan Negeri Sabah

Daripada jumlah tersebut, seramai 224,413 orang (Sila perbetulkan jika silap) rakyat di Negeri Sabah layak untuk menerima bantuan tersebut. Pecahan agihan yang diperolehi daripada laman sesawang kerajaan negeri adalah mengikut DUN (Dewan Undangan Negeri).

INGAT!!!!
Wang tersebut adalah hak anda sebagai rakyat. Tidak wujud lagi kes atau aduan daripada penerima yang mana mereka dipaksa undi kerajaan ketika terima BR1M. Ini hak anda, wang anda, anda nak ambil atau tidak...itu juga hak anda. Kalau rasa benci kerajaan sekali pun, ambil saja wang itu, dan jika tidak berminat untuk menggunakan wang tersebut... sedekah kan saja wang tersebut ke rumah-rumah kebajikan, tabung bersamamu TV3, tabung Save GAZA, atau boleh juga ada sedekahkan kepada jiran tetangga yang lebih susah dan daif daripada anda. Kurang-kurang dapat juga pahala. Kerajaan memberi dan seharusnya rakyat merasa... Undi hak anda bukan hak parti, kalau rasa ini kerajaan terbaik yang pernah anda rasa hasilnya selama anda hidup, maka undila apa yang sepatutnya.

Jumlah penerima berserta senarai nama penerima. Sumber Sabah.Gov
Parlimen P167 Kudat 
N01 Banggi: 3448 
N03 Pitas: 3842
Jumlah: 11,850

P168 Kota Marudu
N05 Tandek: 6971
Jumlah: 13,266

P169 Kota Belud
N08 Usukan: 1912
Jumlah: 11,851

P170 Tuaran
N11 Kiulu: 966
Jumlah: 14,901

P171 Sepanggar
N13 Inanam: 5781
Jumlah: 8,712

P172 Kota Kinabalu
N14 Likas: 8488
N16 Luyang: 1841
Jumlah: 16,069

P173 Putatan
N17 Tg Aru: 1891
Jumlah: 6,259

P174 Penampang
N20 Moyog: 2758
Jumlah: 8,008

P175 Papar
N21 Kawang: 5187
N22 P. Manis: 2758 
Jumlah: 7,945

P176 Kimanis
Jumlah: 3,010

P177 Beaufort
N25 Klias: 5636
Jumlah: 8,466

P178 Sipitang
Jumlah: 5,263

P179 Ranau
Jumlah: 9,984

P180 Keningau
N34 Liawan: 6235
Jumlah:  13,612

P181 Tenom
Jumlah: 7,504

P182 Pensiangan
N37 Sook: 5206
Jumlah: 8,636

P183 Beluran
N39 Sugut: 4603
N40 Labuk: 2937
Jumlah: 7,540

P184 Libaran
Jumlah: 7,798

P185 Batu Sapi
N43 Sekong: 3015
Jumlah: 4,834

P186 Sandakan
Jumlah: 7,760

P187 Kinabatangan
N47 Kuamut: 5012
N48 Sukau: 1569
Jumlah: 6,581

P188 Silam
N49 Tungku: 1510
N51 Kunak: 2001
Jumlah: 9,917

P189 Semporna
N54 Bugaya: 1641
Jumlah: 7,724

P190 Tawau
N55 Balung: 2929
N56 Apas: 4419
Jumlah: 10,400

P191 Kalabakan
Jumlah: 6,523

JUMLAH PENERIMA BR1M 2.0 bagi Negeri Sabah adalah: 224,413 Orang. 

Antara masalah yang dikenal pasti dan keluhan yang datang daripada rakyat sepanjang sesi pengagihan BR1M di seluruh Sabah termasuklah;
1. Kaunter yang disediakan oleh pihak terlibat untuk tujuan semakan dan pengambilan baucer BR1M (Hanya sesetengah tempat sahaja - di mana jumlah penerimanya adalah ramai)

2. Ada penerima yang telah datang seawal pagi, namun tidak tersenarai sebagai penerima kelompok pertama. Penerima disarankan untuk balik dan datang semula pada sesi/ kelompok penerima kedua.
- Masalah ini akan menyukarkan rakyat yang tinggal jauh di pedalaman. Lagi menyukarkan jika penerima terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk datang ke pusat penerimaan BR1M yang terdekat. Masalah ini amat menyukarkan penerima daripada golongan OKU dan warga emas yang hidup sebatang kara.

3. Agensi Perbankan mempunyai kouta tertentu dalam sehari untuk menunaikan baucer BR1M. Ada sesetengah tempat, setelah penerima menerima baucer masing-masing mereka juga boleh menukar baucer tersebut kepada wang tunai ditempat yang sama. Masalah yang wujud adalah, wang yang tersedia adalah terhad. Penerima adakalanya terpaksa pergi ke bank terdekar untuk menunaikan baucer tersebut. Namun, masalah serupa juga berlaku seperti mana yang berlaku di pusat-pusat penerimaan baucer BR1M tersebut, yang mana bank juga ada had/ kouta tertentu dalam sehari untuk menunaikan baucer tersebut. Maka sekali lagi masalah ini menyukarkan penerima BR1M. Mungkin warga emas dan OKU perlu diberi sedikit keistimewaan dalam situasi sebegini.

4. Kekeliruan antara alamat kediaman, tempat mengundi dan tempat mengambil baucer BR1M 2.0. Masalah ini memang wujud dan yang paling nyata adalah, masalah yang berlaku di antara Parlimen P175 Papar dan P176 Kimanis. Jika anda perhatikan, di DUN N24 Membakut hanya terdapat seorang penerima sahaja. Menurut maklumat yang diperolehi, ada penerima yang tinggal di sekitar DUN N24 Membakut terpaksa hadir ke pusat-pusat pengagihan BR1M di daerah Papar kerana nama mereka berada di Daerah/ Parlimen P175 Papar.
- Masalah ini dipercayai berlaku bukan atas kesilapan pihak LHDN semata-mata, tapi juga penerima kerana pengarang sendiri mengalami masalah tersebut. Ketika penghantaran borang BR1M, jika anda perasan, kerani-kerani yang mendaftarkan BR1M di LHDN akan mengajukan soalan "Di mana mau ambil BR1M". Jika anda ditanya oleh kerani tersebut maka pengarang yakin masalah sebegini tidak akan berlaku. Namun jika kerani tersebut tidak menanyakan soalan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memaklukan kerani tersebut jika alamat dalam I/C tidak sama dengan alamat kediaman sekarang. Adalah tidak releven untuk anda yang tinggal di KK tapi dalam I/C menggunakan alamat Keningau dan terpaksa kembali ke Keningau hanya semata-mata untuk mengambil baucer BR1M anda.

Cadangan:
Mungkin di masa akan datang, pengagihan BR1M kepada rakyat seharusnya melibatkan lebih banyak agensi-agensi kerajaan seperti Kemas ke, Jabatan Kebajikan ke, YB kawasan ke dan lebih elok jika melibatkan pemimpin-pemimpin di peringkat kampung dan mukim (iaitu dalam skop yang lebih kecil). Jabatan kebajikan seharusnya dilibatkan kerana, pengarang beranggapan hanya Jabatan kebajikan ada senarai penerima bantuan untuk warga emas, Oku dan miskin. Jadi inilah masanya untuk melibatkan seluruh warga agensi yang sering dikaitkan dengan pelbagai isu untuk turun ke peringkat bawah, sekali gus jika berkesempatan menjejaki dan mendaftarkan penerima-penerima baru yang difikirkan layak. Pengarang yakin, akan ramai penerima yang berkelayakan berjaya didaftar jika agensi ini turun ke peringkat akar umbi.

Teguran yang baik jadikan ilmu berguna untuk dikongsi dan jika terasa pahit atau tidak releven, sila abaikan, kerana itu semua hanyalah cadangan yang diperolehi melalui pengamatan dari mata dan minda pengarang sendiri.

Sekian 

Share this Article on :
69 Comments
Tweets
Comments

69 comments:

shaharudin ahmad said...

Terima kasih Bro,usahakan pula BR1M kelompok 2.

Victor said...

proses update brim 2.0 online lagi nonsense...minta bank acc no & daerah mengundi tapi ndak minta tempat yg mau ambil baucar...cth kalo kerja & tinggal kk tapi still mengundi di kimanis,so kita isilah...manatau dia suruh ambil baucar di bongawan...punyala jauh bongawan dari kk..ingatkan dia mau direct bank in sbb minta acc no & bank...bukan stupid & nonsense ka bgtu....

D.K.M Sabah said...

Shaharudin: InsyAllah stakat mana yg termampu aku usahakan, nasib jg aku syer dan link direck kt list nama tu, sb web sabah gov pun server down..... mungkin ramai masuk kot....

Victor: masalah tuan sama dgn aku, aku mengundi kt kgu tapi stay kk... tapi bila kerani lhdn tu suruh aku ambil kt liawan, aku terus bg tau dia aku tingal kk... takkan nak balik kgu smata2 nak ambil 500.. time register tu terus minta tempat terdekat nak ambil baucer tu... oleh kerana skrg ni dah auto update bg yg tersedia mendaftar, so u kn update juga jg tak puas hati tempat ambil baucer... tu yg terbaik la.....

Irsyad naqib said...

Senarai penerima BR1M di Tawau cuma ada kelompok ke2 sahaja.
Kelompok pertama tidak dapat semak

D.K.M Sabah said...

Semak by dm, aku dah try ok tu

D.K.M Sabah said...

ooo paham sudah, baru aku perasan, nama tu kelompok ke 2... sory tn, tu ja maklumat aku dpt dr sbh gov.my

DK MAHANI pg jamaat said...

kelompok ke 2 BR1m lum ada lg ka?

D.K.M Sabah said...

DK Mahani: belum ada lg, klu ada aku syer... tapi stakat ni yg ada kelompok 2 hanya kt tawau... huhuuh, xda kelompok 1 terus pg 2

bunga impian said...

salam...bleh tnya ka,saya sdh cek status saya lulus dpt brim2 tapi masalahnya nie saya guna alamat kg tapi sekarang saya di melaka..jadi macam mana tu..
bleh wkil yang ambil ka atau tkar tmpat mengambil tu..ok..tq

D.K.M Sabah said...

Bunga Impian: stahu sy tahun ni ada kelonggaran. Wakil pun boleh ambil dengan kebenaran pemohon. Kes yg sy dengar boleh hantar wakil adalah warga emas. Tak pa nti sy dapat maklumat lengkap syg kongsi....

DK MAHANI pg jamaat said...

bole ka lagi mohon tu br1m..siaran terlewat ba saya punya kawan

D.K.M Sabah said...

DK Mahani: Pendaftaran BR1M 2.0 Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2013, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan kerajaan telah memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013.

jeo jun said...

itu bujang punya belum ada senarai ka bro?

D.K.M Sabah said...

Belum dapat maklumat lg bro.. nti ada aku syer.. kamu just download ja....

bian fabian said...

br1m kelompok 2 ngan br1m bujang pya ada sda ka..??mau cek d sabah.gov access denied ja tu

Anonymous said...

SHARING IS CARING KAN TUAN...

D.K.M Sabah said...

Belum ada.. sabah gov tu line bz ba... nanti ada aku syaring ja.. aku pun dah tanya member, sumer cakap belum kluar

Anonymous said...

Salam,saya da kol lhdn cek status permhonan saya,dia kata da bleh ambik baucer sbb nama saya kat kelompok 1,tp mslhnye sya xda dpt pun sbrg surat atau sms utk p tbus baucer tu,mcm mana tu ye?

D.K.M Sabah said...

kes kita sama, saya minta kawan je semak... dorg takkan pos atau sms kpd penerima... tu ramai komplain supaya semua penerima dihubungi untuk memudahkan mereka hadir dan menebus baucer skaligus tak perlu beratur panjang...slalunya tempat ambil br1m tu akan ditetapkan berdasarkan alamat dalam ic atau tempat mengundi.. try call lhdn dan tanya tempat utk tebus baucer tu.. slalunya kt pejabat daerah / pejabat UPKR kawasan masing-masing

Anonymous said...

out of date!

Anonymous said...

Salam,sya xdpt tgok snri penerima sbb hp sya xsokong formatnye,bleh x tolong emailkan senarai tu kat email saya?ni kwasan adun saya=P 186 N 45,please....tq,ni email sya=boykanipan83@gmail.com

Anonymous said...

Salam sejahtera ,
boleh saya tahu bila fasa 2 & 3 dibayar ?

Suspect Love said...

Bole sy tanya, di mna kaunter voucher kalo N17 tg aru?

D.K.M Sabah said...

Suspect Love: ambil kt dewan pasir putih putatan sebelah pejabat daerah putatan: hari ni 19.02.2013 sampai pukul 4 ptg.. pg la ambil

Anonymous said...

Di mana kaunter voucher kalo N10 Sulaiman?

Gabby said...

Nak tnya...lau utk N14,Likas, di mana mo ambl tue ah? Leh tlg bg alamat ka?

Anonymous said...

Luyang area mana mau ambk voucher ? Boleh bagi lokasi ?? Kurang tau la..

Anonymous said...

klu luyang ko p jak area lintas

D.K.M Sabah said...

sekarang ada 2 ja lokasi tempat ambil BRIM... kalau kat area bandar selalunya pejabat UPKR dan klu daerah atau bandar kecil yg ada majlis daerah, korang pg je kt Majlis Daerah

Anonymous said...

dngar khbr senarai br1m kelompok 2 sdh di edarkn d pejabat daerah masing2...tapi nama penerima blum dipaparkan d papan kenyataan...huurmm

Anonymous said...

Dimana Pejabat N.14 likas ni??? Adoi~~

D.K.M Sabah said...

member aku bg tau... pejabat UPKR Likas tu dekat area KFC Damai, (Harap2 betul la info tu)

Anonymous said...

di mana pejabat N.17 karambunai huhu.. paning2... d tanya budak kaunter HASIL.. dorang bilang D ip.. ada kah?...siapa ada info.. tolong share dulu..TQ

D.K.M Sabah said...

Klu Karambunai kt Pejabat Adun kt IP...

Anonymous said...

sdh cek tadi... d ip dorg tidak bg baucer... dorang selalu buat di dewan masyarakat menggatal.. tapi tutup ari ni kena buat d dewan serbaguna likas... huhuhu mcm setan...kerajaan ni mau bagi duit tapi menyusahkan... lari p wisma kosan cek nama tiada,p HASIL cek nama ada.. minta alamat tempat penyerahan baucer dorg bg alamat ip.. bila cek d ip dorg bg tau dewan serbaguna likas... jam 3.30 sdh.. mana sempat... tidak sistematik owh.. betul2 bikin sakit hati.. lari sana lari sini bukan dapat apa2.. mcm mana bha pengurusan dorg ni... ada cara senang mau jua buat cara susah.. sj mau kasi susah rakyat.. huhuuhu...

Anonymous said...

Utk vchr rm250..n15 api2 sdh start diedarkan.

D.K.M Sabah said...

aku dulu pun pikir begitu juga dulu, tapi nak buat mcm mn... org dah memberi so kita menerima ja la dgn kesyukuran... sebab itu data kita kena slalu kemaskini dan ambil kt mana kita selesa... kadang2 agensi yg dipertanggungjawabkan tu yg menyusahkan penerima..

Anonymous said...

menurut info yg sya dpt...utk kelompok 2 N.32 Tambunan Br1m akan diberi pada 26hb02...so sapa2 yg keja tu ambik la cuti sehari yee...

Anonymous said...

Salam 1 malaysia, saya mahu tanya bila senarai nama kelompok kedua di siarkan?masih kelompok pertama ni,saya mempunyai mslh sebelum ini saya guna no telefon yg lama tp no tu sudah ditamatkan perkhidmatannya,jd mcm mna mahu tau yg diorang masih boleh menghubungi saya... En. S

D.K.M Sabah said...

Untuk kelompok kedua sy masih belum mendapat maklumat tuan... ada yg cakap senarai nama telah mula diedarkan... namun Sabah gov belum muat naik, hari tu pun sy download dr sbh.gov dan syer kt blok ni... tapi utk kelompok ke dua, sy dengar nama tidak akan di muat naik kt laman sesawang dah, dan hanya akan di hubungi melalui telefon dan ada juga baucer yang dipos ke alamat kediaman. MOHON SAHABAT2 YG ADA URL/ WEB YG ADA LIST PENAMA KELOMPOK KEDUA / INFO BERKAITAN BILA DAN DIMANA PENYERAHAN BR1M KELOMPOK DUA AGAR DIYER ATAU DISEBARKAN KEPADA SAHABAT2 KITA. Pihak DKM akan cuba stakat yg mampu untuk upload jika dapat, dan skiranya senarai itu sukar untuk diperolehi, DKM Sabah MINTA MAAF sangat2

thinie said...
This comment has been removed by the author.
thinie said...
This comment has been removed by the author.
racy cyka said...

JAIRY DAVID, I/C 900131125545 LAYAK X?

racy cyka said...

JAIRY DAVID, I/C 900131125545 LAYAK X?

Anonymous said...

ASSALAMMUALAIKUM...
nak tumpang tanya mengenai tempat untuk mengambil BR1M di area sepanggar.. kelmarin saya da pg LHDN utk tanya status saya, saya da tanya kat drg dmana tmpt utk menebusnya.. n dgn selamba dia boleh ckp d IP @ karambunai.. susah la mcm ni hope kerajaan lbh telus utk rakyat.. kesian rakyat yg tidak mempunyai kenderaan..

Jue Jaynee said...

kalau call lhdn..apa tu ar no nya?

LAILA said...

Salam. Ramai agaknya yg ada masalah mcm sya. dahlah senarai kelompok ke dua x da. dah kawan tlg check..LHDN ckp kat lintas Plaza..Lintas Plaza tu besar... sepatutnya bg tau detail..nama tempat dan fonnya.. aduiiii..ADA SESIAPA TAHU DETAIL NAMA TEMPAT AMBIL BRIM KAT LINTAS PLAZA...??

rie aries said...

Salam,sy lulus br1m utk bujang.mslhnya,apa informasi d mana n bila ambil baucer lgsg xdpt..sudahlh sy kerja di k.k,parlimen ku di sandakan pulak tu..sudahlh mcmtu,tak tau mana mau ambil.huhuhuhu

thinie said...

laila awk kna bhgian luyang ka? klu bhgian luyang alamatnya tngkt2, sebaris dgn kdai digi ..klu nmpk bndera d ats bngunan tu,di situla tmptnya.bngunan tu bsebelahan je dgn upperstar. klu nk pasti lg pegi klinik luyang tu then tguk dr arah seberang jlan

Anonymous said...

tlg dulu org susah...klu lulus di N10 sulaman...dimana mau ambil tu ar??..tenkiu..

Anonymous said...

Klu lulus d area kepayan, d mana ofis dia tu arrr? tq

Anonymous said...

P172 Kota Kinabalu
N14 Likas
BR1M kena ambil dekat mana ya?

Mag said...

Tuan DKM,
Ingin tnya, Fasa 3 pembhgian voucher ni bila ya? Sbb nampak banner d dewan masyarakat, kata pmbhgn voucher hnya hingga 28 Feb dan senarai yg kna lekat hnya fasa 1 & 2. Tp status lulus utk fasa 3. Tq.

Anonymous said...

N14 likas dkt giant atau bowling lama d likas, simpang mo masuk all saints..gud luck!

Anonymous said...

Salam, berikut merupakan beberapa info yang sempat DKM dapatkan daripada sahabat2 yang telah menerima BR1M. Pengagihan adalah berdasarkan DUN tempat mengundi. Jika ada sebarang pertanyaan, mohon untuk rujuk dan bertanya di pejabat daerah atau pejabat UPKR kawasan masing-masing.

P167 KUDAT
Dwn Tun Mustapha
Dwn Terbuka Pekan Karakit

P168 KOTA MARUDU
Dwn Komuniti

P169 KOTA BELUD
Dwn Tun Said
Dwn Hj Musbah

P171 Sepanggar
Dewan Menggatal
Dewan Likas

P172 Kota Kinabalu
Pjbt UPKR Likas
Pjbt UPKR Api-api
Pjbt UPKR Lintas

P173 Putatan
Dwn Pasir Putih Putatan

P174 Penampang
Dewan Tun Fuad Penampang

P175 Papar
Dwn Sabindo Kinarut
Dwn Salleh Sulung Papar

P176 Kimanis
Dwn Serbaguna Pekan Bongawan
Dwn Pekan Membakut

P178 Sipitang
Dwn Pak Musa Beaufort
Astaka padang Pekan Sipitang

P179 Ranau
Balai Raya Kg Peranchangan
Mini Dewan Kg Timbua
Mini Dewan Kg Bundu Tuhan
Mini Dewan Kundasang

P181 Tenom
Dwn Sri Antanom
Dwn Sri Ontoros

P182 Pensiangan
Sk Ansip
Dwn Kg Magatang
Dwn Gereja RC Mansiat
Dwn Kg Kuil
Dwn Kg Pauh
Balai Raya Kg Dalit
Dwn SIB Bonor
Dwn Masyarakat Nabawan

P183 Beluran
Pekan Beluran
Telupid
Paitan

P184 Libaran
Dwn Sri Libaran

P185 Batu Sapi
Dewan Masyarakat

P186 Sandakan
Dwn Masyarakat Sandakan

P187 Kinabatangan
Dwn Serbaguna Tongod
Dwn Sri Lamag
DWN Smk Pinangah
Dwn Serbaguna Entilibon
Dwn Serbaguna Tg Aru & Dwn Karamuak

P188 Silam
Dwn Tun Mustapha LD
Dwn Sri Kunak

P189 Semporna
Dewan Masyarakat Semporna

P190 Tawau
Pejabat UPKR Balung

P191 Kalabakan
Dwn Air Panas
Balai Gerak Daya Wawasan
Dewan Brumas
Dwn Sri Bombalai
Pusat Khidmat Masyarakat
Dwn Serbaguna Taman Semarak
Pejabat UPKR N58


Sehingga ke hari ini juga, pihak DKM Sabah masih belum menerima senarai nama utk kelompok ke dua dan 3. Harap maaf

Anonymous said...

Cara Semak BR1M

1.Melalui Pos.Keputusan BR1M akan di hantar ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat melalui pos.Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan tarikh dan tempat penerimaan baucar.

2.Talian Hotline Kementerian Kewangan Malaysia, 1-800-222-500 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 ini, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja.

3.Email.pemohon juga boleh membuat semakan dan pertanyaan menerusi email ke belanjawan2012@treasury.gov.my

Anonymous said...

Untuk mengetahui lokasi pejabat UPKR

Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat

Tingkat 7, Menara Tun Mustapha,
88502 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: (088) 423111

Anonymous said...

ingin tnya, ada sdh list utk kelompok ke-2?

Anonymous said...

saya ada membuat rayuan, tetapi saya semak tru email & LULUS...masalahnya lokasi mengambil d mana & adakah pada masa sekarang saya boleh ambil voucher???xsure la pulak kelompok ke berapa

D.K.M Sabah said...

Sebaiknya tanya LHDN.. masa mengisi form tu, Tn letak lokasi ambil BR1M tu di mana?. stahu saya kt ctu kita isi (lokasi ambil dalam form BR1M) kt ctu juga ambil

D.K.M Sabah said...

Sebaiknya tanya LHDN.. masa mengisi form tu, Tn letak lokasi ambil BR1M tu di mana?. stahu saya kt ctu kita isi (lokasi ambil dalam form BR1M) kt ctu juga ambil

Anonymous said...

Pembayaran brim diberhentikan bt masa skarg shingga d bgtau..ni notis yg sya bca time pg pejabat daerah (11.3.13). staff d kaunter bilang masalah negara.

Anonymous said...

untuk daerah tuaran (sulaman)? tq.

D.K.M Sabah said...

19.03.2013,
Dewan Sri Sulaman

Pejabat Daerah Tuaran. Waktu pejabat.

Anonymous said...

saya penerima brim 1.0 tp smp hari nie nama tak muncul2.. ermm.. balik2 check tp buang minyak jak nie.. bukan yg dpt thn lepas thn ni dapat juga ker..? tp mcm indah kabar dr rupa jak nie..

kol hotline pn tak dpt... e-mail pun tak reply.. hampa!

untuk makluman kolompok 3 ada sudah...

Anonymous said...

sa nda dpt tu br1m 2.0, ada masalah teknikal kunun,jd disuruhnya sa buat rayuan..sdh sa buat rayuan, bilang mo tunggu tu awal bulan Mei...sampai skrg sa nda dpt lagi sms atau semak status sa online...mcmana nie? kalo sdh time undi...cmana mau dpt sdh tu baucar?/ tlg sa ...><

Anonymous said...

sa pn bl dpt tu BRIM 2.0. sa p semak nama di LHDN ada suda dia bilang yag awal bulan mac pas tu sa p tempat yang ambil boucher di lintas. sampai sana semak punya semak nama sa teda pula sampai sekarang. macamana la tu, tolong la sa ya sa tidak tau lagi mo p mana.

Anonymous said...

sa penerima brim 2.0 belum dpt boucher dia. sa suda semak nama di lhdn dan nama sa ada suda sebagai penerima . bila sa p tempat ambil boucher di lintas semak punya semak teda pula nama sa dalam list, staf sana bilang kna tunggu list baru sampi dan paling ringkas dia cakap list pasa ke 3. sa tanya lgi d lhdn dan memang sah ada nama sa dlm kelulusan srbgi penerim..Sa tanya lgi di lintas dan sampai sekarang belum ada lgi. mcamna la ni , tolong sa ya.

James Dominic said...

Boleh cek onlinekh senarai tu,tuan

Post a Comment

 

© Copyright D.K.M. SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.