USAH SERTAI SABAH BANGKIT; POLIS




Penganjuran Tidak Mematuhi Terma Di Bawah Akta Perhimpunan Aman 2012

Selaku insan biasa yang tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa, dan juga selaku individu yang ada pengalaman bergelar Mahasiswa IPTA dan aktif menghadiri sebarang demonstrasi jalanan suatu ketika dahulu. Pengarang ingin menasihatkan GRADUAN IPTA/S yang berniat untuk menyertai perhimpunan ini agar membatalkan hasrat tersebut, ataupun setidak-tidaknya bermuhasabah diri.

Bagi mereka yang telah menghadiri "Wacana Sabah Bangkit" pada 09 Januari 2013" baru-baru ini, mungkin anda semua sudah kenal siapa sebenarnya DKM Sabah. Mohonla jasa baik kalian untuk menyimpan dan memelihara identiti tersebut. Jika anda amati, pengarang ada berkongsi satu situasi yang mana sering pengarang gunakan untuk berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan suatu tindakan. Ayat daripada sahabat pengarang yang masih teguh dalam ingatan pengarang;

"Esok kita akan buat demo....."
"Mungkin esok kita berjaya gulingkan pengetua dan ganti dengan pengetua baru, dan mungkin juga gagal"
"Esok mungkin kita berjaya menuntut hak kita sebagai mahasiswa, dan mungkin juga tidak dilayan"
"Esok kita mungkin dianggap sebagai wira kerana kita menyuarakan hak-hak dan kebajikan pelajar Sabah, dan mungkin juga dianggap sebagai punca pelajar Sabah mendapat layanan yang penuh diskriminasi kelak"

"Soal esok kita lupakan dahulu, Sekarang aku mau tanya kau"
"Adakah kau sudah berfikir semasak-masaknya untuk melakukan demo esok hari kerana kau antara pelajar Sabah yang merasa kebajikan sebagai studen tidak diendahkan"
"Sudahkah kau berfikir apa akan jadi pada pelajar Sabah yang akan datang selepas kita selesai berdemo esok...."
"Adakah pelajar Sabah akan menikmati apa yang kita perjuangkan kini ataupun sebaliknya"
"Adakah layanan pihak pentadbiran universiti terhadap pelajar-pelajar Sabah akan sebaik layanan yang kita dapat kini, meskipun kita sedar masih ada kekurangan...."
"Kau jangan fikirkan soal  kebajikan kau dan apa yang berlaku pada diri kau sekarang, tapi kau fikirkan sedalamnya apa yang akan berlaku pada junior-junior Sabahan pada masa akan datang"
"Sekarang kau balik bilik perfikir dalam-dalam dan esok, kalau kau sudah nekat untuk berdemo, kau datang jumpa aku, aku akan aturkan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Sabah......"

Akhirnya pengarang buang ke tepi dendam dan amarah pengarang pada ketika itu, hanya kerana memikirkan nasib junior-junior Sabahan yang bakal bergelar graduan ditempat pengarang menuntut ilmu.

Perkara pokok yang perlu dipertimbangkan oleh mahasiswa/i yang ada diluar sana adalah, Demo ini tidak memiliki permit. Ini bukan jihad, demo ini cuma platform untuk kita meluahkan apa yang ingin kita perjuangkan sebagai mahasiswa. Namun aspek keselamatan perlu menjadi perkara pokok dan keutamaan melebihi apa yang kita perjaungkan. Ada orang yang ingin melihat dan menikmati kejayaan kita sebagai mahasiswa/i kelak, dan jauh sekali meratapi musibah yang berlaku ke atas diri kita hanya kerana amarah yang tidak berpenghujung. Renung-renungkan. 


Petikan Daily Ekspress 11.01.2013.

Kota kinabalu; Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan "Sabah Bangkit" yang dirancang diadakan esok (12 Januari 2013) di sini oleh Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar).

Ketua Polis Bandaraya ACP Jauteh Dikun berkata, mereka belum menerima sebarang notis daripada penganjur tentang perhimpunan itu, justeru, polis menganggapnya melanggar undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata demikian semasa satu sidang media yang diadakan di Balai Polis Karamunsing di sini pada Khamis.

Beliau berkata, penganjur harus memaklumkan polis sepuluh hari sebelum perhimpunan itu di samping mendapatkan kelulusan daripada pemilik premis di mana perhimpunan itu bakal diadakan.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata jika penganjur memutuskan untuk memaklumkan polis sehari sebelum tarikh perhimpunan, maka polis akan menasihatkan mereka bahawa mereka telah gagal mematuhi terma mengikut Akta itu dan dengan itu tidak dibenarkan meneruskan perhimpunan tersebut.

"Kelulusan perhimpunan itu juga bergantung pada sama ada mereka (penganjur) bersetuju kepada sekatan dan syarat yang ditetapkan yang dianggap perlu demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam," katanya.

Menjawab pertanyaan lain, beliau berkata, mereka yang mahu mengadakan perhimpunan di premis mereka sendiri tidak tertakluk kepada sekatan di bawah Akta tersebut tetapi itu bergantung pada jenis perhimpunan yang diadakan.

"Jika ia adalah majlis resepsi perkahwinan atau perayaan ulang tahun, maka kamu tidak tertakluk kepada sekatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," Katanya.

Selain itu katanya, lokasi sebenar perhimpunan tersebut masih tidak jelas kerana penganjur belum memaklumkan kepada mereka. Beliau berkata demikian sebagai respon kepada  spekulasi di satu rangkaian sosial bahawa perhimpunan itu akan diadakan di Taman Chong Thien Vun di sini.

"Kami masih meneliti keadaan itu tetapi buat masa ini saya percaya orang ramai tidak akan menyertai perhimpunan ini sebaik mereka tahu bahawa ia tidak mematuhi terma di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata tindakan akan diambil terhadap penganjur sekiranya mereka memutuskan untuk meneruskan perhimpunan itu.

No comments:

Post a Comment