SAYA adalah ibu kepada seorang anak yang berada di tingkatan satu. pada 2011, anak lelaki saya mendapat 5A dalam UPSR dan dalam aliran sekolah menengah, dia sekarang ini berada dalam kedudukan teratas.

Kementerian Pelajaran memulakan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) pada awal tahun lalu dan ibu bapa diberi penerangan tentang proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan PBS. Pelajar akan dinilai dari masa ke semasa untuk semua subjek dan akan diberikan gred mengikut Band Satu hingga Band Enam sepanjang tahun.

Saya diberitahu bahawa pelajar Tingkatan Satu tidak akan menduduki sebarang peperiksaan sehingga Tingkatan Tiga. Masalahnya adalah, ibu bapa perlu tahu pencapaian anak mereka di sekolah. Di bawah sistem lama, ibu bapa akan dipanggil ke sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun, selepas peperiksaan pertengahan tahun dan juga selepas peperiksaan akhir tahun.

Ibu bapa yang anak-anaknya di tingkatan lain boleh memeriksa perkembangan anak mereka menerusi SAPS tetapi bukan ibu bapa pelajar tingkatan satu. Tidak ada peperiksaan akhir tahun di bawah PBS telah menyebabkan ramai kanak-kanak tersebut tidak produktif.

PBS mewujudkan persekitaran tidak mencabar bagi mereka. Saya bukannya menentang sistem PBS, tetapi bolehkah kita meneruskannya tanpa peperiksaan langsung? Saya berfikir sistem PBS adalah satu proses berterusan di mana anak-anak akan digredkan kepada band selepas setiap topik untuk setiap sukatan pelajaran dilengkapkan dan gred dikumpul kepada 60 peratus, perkembangan pelajar untuk setahun.

Sebanyak 40 peratus lain diambil dari peperiksaan sekolah. Dengan cara ini, tiada anak-anak yang akan ketinggalan. Saya memeriksa beberapa sekolah dan saya berasa kecewa, ada sekolah yang mengadakan peperiksaan seperti sebelum ini dan beberapa sekolah, seperti yang saya diberitahu, mengikut arahan Kementerian dan tiada peperiksaan untuk tingkatan satu.

Saya bertanya kepada pembantu kanan di sebuah sekolah dan beliau berkata bahawa sekiranya mereka mempunyai peperiksaan itu ia bermakna mereka tidak mengikut arahan Kementerian. Saya tertanya-tanya bagaimana sistem di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau di MRSM; saya pasti mereka mempunyai peperiksaan mereka sendiri tidak seperti pejara di sekolah kerajaan.

Kebanyakan sekolah antarabangsa mengamalkan sistem yang saya sebut tadi. Saya memahami bahawa Kementerian Pelajaran banyak membuat rancangan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Apabila saya memeriksa kerja sekolah anak saya, saya dapati tidak ada kerja rumah dan tidak banyak latihan dilakukan di dalam kelas.

Saya faham guru-guru menghabiskan banyak masa membuat latihan PBS dalam kelas dan mengemaskini gred pelajar, tetapi apa rasionalnya tidak mempunyai peperiksaan standard tetapi memberikan pelajar set kertas kerja PBS/ujian/kuiz?

Jika pelajar cemerlang boleh menyiapkan satu tugasan, dengan mudah dan pelajar lain tidak boleh, maka mereka akan diberikan masa untuk menyiapkan kerja mereka. Apa yang akan berlaku kepada pelajar cemerlang itu? Adakah dia dibenarkan untuk band seterusnya?

Saya tidak dapat bayangkan mereka akan berada dalam situasi itu untuk dua tahun lagi sehingga Tingkatan Tiga. Para pengetua dan guru tidak dapat menjelaskan apa yang akan terjadi kepada pelajar Tingkatan Satu bila mereka berada di Tingkatan Tiga, apabila tidak diadakan peperiksaan.

Jika tiada PMR, bagaimana pelajar dipilih untuk SBP atau MRSM. Bagaimana pelajar dimasukkan dalam aliran Sains, Sastera atau kelas teknikal? Terdapat banyak soalan yang tidak dijawab. Sementara itu, diminta mempunyai sistem 60 peratus dan 40 peratus kerana pelajar yang baik perlu meneroka potensi mereka serta memastikan pelajar yang lebih perlahan tidak ketinggalan.


Tidak tahu bagaiman prestasi anak di Tingkatan Satu

Anak perempuan saya berada di Tingkatan Dua pada tahun ini dan saya difahamkan oleh guru kelas anak saya bahawa ibu bapa akan diberikan seperti Log-in ID untuk mengakses sistem PBS. Ini adalah untuk memudahkan kami melihat keputusan anak-anak kami.

Malangnya sehingga hari ini, saya masih tidak tahu bagaimana pencapaian anak saya semasa dia berada di Tingkatan Satu selama 12 bulan.

Apabila mengakses Lembaga Peperiksaan menerusi laman sesawang Kementerian Pelajaran (MOE), saya tidak dapat memilih "semak keputusan PBS".

Untuk menjadikan perkara lebih buruk lagi, saya diberitahu oleh anak saya bahawa Sains dan Matematik Tingkatan Dua kini dalam Bahasa Malaysia bukan bahasa Inggeris seperti ketika dia berada di Tingkatan Satu.

Dia berkata, gurunya memberitahu dia yang mata pelajara tersebut sekarang ini telah diseragamkan dalam BM. Daripada apa yang saya ketahui, selagi pelajar menggunakan sukatan pelajaran PPSMI- anak saya adalah kumpulan pertama pelajar PPSMI- mereka seharusnya meneruskan, sekurang-kurangnya dengan dwibahasa sehingga mereka tamat Tingkatan Lima mereka.

Bagaiman anda berharap seorang pelajar yang mempelajari kedua-dua mata pelajaran dalam bahasa Inggeris selama tujuh tahun untuk tiba-tiba bertukar kepada BM?

Saya berharap Kementerian Pelajaran akan melihat perkara ini dengan segera.


Ibu Prihatin