GAJI MINIMUM


Boikot kedai kopi dan yang membebani anda!

Isu pelaksanaan gaji minimum terus menjadi tajuk utama oleh pelbagai organisasi. Kebanyakan kenyataan tersebut adalah mengelirukan. Perdebatan ia akan meningkatkan harga kopi dan makanan; sesetengah mungkin akan bankrap (tutup kedai) dan akhirnya pelaksanaan itu akan menghalang pelancong semenanjung dari datang ke Sabah kerana makanan dan kopi adalah mahal. Dakwaan tersebut bukan hanya mengelirukan tetapi menimbulkan rasa khuatir di kalangan orang ramai.
Objektif Barisan Nasional adalah murni. Kerajaan mahu memberi agihan kekayaan negara secara adil khususnya kepada golongan berpendapatan rendah, pada masa sama, sebahagiannya membantu membasmi kemiskinan.

Inisiatif ini adalah selaras dengan Program Transformasi Ekonomi di mana kerajaan merancang untuk mengubah Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Program tersebut akan mengangkat Pendapatan Kasar Negara kepada AS$523 bilion menjelang 2020 dan meningkatkan pendapatan perkapita kepada sekurang-kurangnya AS$15,000.00 (RM45,000).

Pengenalan gaji minimum hanyalah permulaan. Seiring dengan perkembangan ekonomi Malaysia, ia sepatutnya meningkat setiap tiga tahun demi mengejar sebahagian negara dunia seperti Singapura dan Korea dan negara-negara maju yang lain.

Gaji minimum telah diperkenalkan dalam banyak negara di seluruh dunia selepas Perang Dunia Kedua. Di Amerika Gaji Minimum Persekutuan adalah AS$7.25 sejam darab 8 jam bersamaan dengan AS$58 atau AS$1,740 (RM5,220.00) sebulan.

Terdapat ramai rakyat Sabah melawat Amerika Syarikat setiap tahun. Sudah tentu kopi di San Francisco berharga AS$3 hingga AS$6 (RM9 hingga RM18) secawan. Kos tinggi bagi kopi dan makanan tidak menghalang orang Sabah dari melawat tempat tersebut seperti AS, London, Australia dan negara lain.

Dengan mana-mana pengiraan, "Towkay" (termasuk Bumiputra) boleh menghadapi dengan apa juga peningkatan dalam upah. Mereka boleh menghadapi penurunan dalam keuntungan sangat tinggi dan pada masa sama mengurangkan bilangan pekerja. Secawan kopi di KK, Tawau, Sandakan dan tempat lain di Sabah kini adalah antara RM1.50 dan RM2 secawan.

Berbanding dengan Johor di mana perbelanjaan adalah empat kali lebih tinggi daripada Sabah kosnya hanya RM1.50 secawan. Di mana logiknya. Oleh itu, dakwaan oleh pelbagai pemimpin sepanjang beberapa minggu lepas adalah mengelirukan dan sama seperti untuk menimbulkan rasa takut di kalangan pelanggan. Ingatlah, terdapat lebih ramai pekerja (pengguna) berbanding  "Towkay".

Lama sebelum tarikh pelaksanaan, sejumlah besar kedai kopi dan restoran telah meningkatkan harga mereka, berdasarkan kepada peningkatan harga gula sebelumnya yang mana hanya kenaikan 20 sen sekilo. Lima tahun dahulu, seorang boleh menikmati makanan tengah hari nasi campur dengan minuman di Wisma Merdeka Food Court pada harga RM5 tetapi hari ini ia berharga antara RM8 sama seperti lima tahun lalu dan harga ikan, daging ayam dan daging lembu hanya sedikit mahal. Apatah lagi, beras subsidi yang disajikan.

Ambil contoh kopi, ia hanya RM1.50 secawan beberapa bulan lalu. Ia dinaikkan kepada RM2. Adakah terdapat justifikasi bagi kenaikan 50 sen secawan apabila kos sebenar hanyalah 60 sen. Kedai tersebut mendapat RM1.40. Adakah ini patut apabila kenaikan gaji minimum hanya RM300 untuk seorang pekerja sebulan atau RM10 sehari? Sudah tentu mana-mana pekerja boleh membuat 100 atau 200 cawan sehari dengan kos tambahan 5 sen secawan.

Malah apabila anda mahukan kopi atau teh anda tanpa gula,  "Towkay" yang tidak berprinsip akan mengenakan anda harga sama untuk minuman tersebut.

Dakwaan bahawa orang Barat Malaysia tidak akan mengunjungi Sabah sebagai pelancong lagi adalah tidak masuk akal. Barang dan makanan adalah lebih murah di Barat Malaysia. Secawan kopi di Johor hanya RM1.50 secawan di mana Tawau adalah RM2. Dalam pada itu, sewa dan kos adalah lebih tinggi di Johor berbanding Tawau.

Terdapat ramai rakyat Malaysia termasuk dari Sabah, pergi ke luar negara seperti China, London, AS, Australia, Thailand, Indonesia dan Filipina bukan kerana kopi atau makanan lebih murah, tetapi kerana mereka mahu melihat tempat yang berlainan. Kos makanan sehari untuk mana-mana pengembara adalah sedikit sahaja berbanding kos perjalanan dan penginapan.

Pada tahap pembangunan ini, Malaysia mesti menyusun semula ekonominya selaras dengan perkembangan yang dicapai. Ini adalah baik. Bagaimanapun, demi untuk menjadikan kehidupan yang adil dan berpatutan bagi setiap orang pendapatan mereka mesti disesuaikan kepada satu peringkat yang realistik.

Masa ini, membayar dua juta pekerja gaji minimum adalah mampu kerana keuntungan tambahan kebanyakan diambil oleh kerajaan (cukai) dan sudah tentu syarikat-syarikat, perladangan dan  "Towkay".

Malah 500 ekar kelapa sawit boleh menjana keuntungan RM1 juta setahun. Kedai kopi dan restoran boleh memperolehi sebanyak antara RM1,500 hingga RM15,000 sehari.

Sudah tentu syarikat-syarikat tersebut menghasilkan margin keuntungan besar kira-kira 40 peratus yang boleh dikongsi keuntungan mereka dengan para pekerja. Membuatkan pekerja berasa gembira dan diperlukan.

Masa juga adalah tepat untuk Malaysia memperkenalkan setiap perniagaan syarikat kecil dan besar, terutama kedai kopi dan restoran, mempunyai mesin daftar tunai dan mengeluarkan resit yang dicetak kepada pelanggan. Mesin tersebut kini boleh dihubungkan kepada pejabat cukai pendapatan - ianya mudah untuk dipantau.

Oleh itu, apabila mesin daftar tunai diperkenalkan akan terdapat beberapa bilion tambahan yang akan dikutip dari Sabah dan seluruh negara. Jumlah berbilion dengan cukai tambahan boleh dilaburkan semula dalam operasi tahun sebelumnya. 

Pengenalan gaji minimum adalah hanya jawapan untuk membasmi kemiskinan dan memberikan kehidupan yang adil dan berpatutan kepada setiap orang di Malaysia. 2 juta pekerja sama ada tempatan atau asing. Ingatlah juga pihak yang menghantar pekerja ke Malaysia akan akhirnya menuntut pekerja-pekerja mesti dibayar dengan gaji minimum.

Difahamkan apabila Felda Lahad Datu mehukan 10,000 pekerja warga India bertahun-tahun dahulu, kerajaan India mahukan gaji tetap sebulan RM750 termasuk faedah percutian dan banyak lagi. Ia juga difahamkan Felda tidak meneruskan rancangan itu.

Awang Jambul

No comments:

Post a Comment