EDISI KANTOI: DAP KATA HANYA BN HARAPAN KITA!!!



Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, DAP Sabah telah mengadakan program Dialog dan Ceramah berhubung dengan RCI. YB Lim Kit Siang menjadi tetamu khas pada program tersebut. DKM Sabah  terpanggil untuk hadir dikedua-dua program tersebut, bagi mengamati sendiri aura ataupun gelombang kebangkitan rakyat yang dikatakan kini memihak kepada Pakatan Rakyat. Di samping itu juga, DKM Sabah berharap agar program tersebut diakhiri dengan satu resolusi daripada DAP atau PR berhubung dengan pendekatan yang bakal digunapakai oleh Pakatan dalam mengatasi kebanjiran PATI di negeri Sabah jika PR ditakdirkan memerintah kelak.  

Apa yang  DKM Sabah dapati, Dialog tersebut lebih bersifat mengemukakan fakta yang telah diketahui ramai. Tambahan beberapa dapatan baru yang mengemparkan Sabah sepanjang Prosiding RCI turut dimuatkan ke dalam dialong dan pada sebelah petang dan ceramah pada sebelah malam. Gambaran sebenar kedua-dua program tersebut boleh dilihat pada gambar di bawah. 

Jika pada sebelah petang, dianggarkan 400-500 orang hadirin menghadiri sesi dialog tersebut, suasana berbeza pula berlaku pada sebelah malam. Dianggarkan kehadiran hanya sekitar 50-80 orang dan ini pastinya jauh daripada apa yang dijangkakan oleh penganjur program.

DKM Sabah mendapati, DAP mungkin tidak berhadapan sebarang masalah untuk mempertahankan Kerusi Parlimen P172 Kota Kinabalu pada PRU13 yang akan datang. Namun, jika mengambil kira suasana yang berlaku pada sesi ceramah di sebelah malamnya pula,  DKM Sabah mengandaikan bahawa, impian PR untuk menakluki 10-13 kerusi Parlimen telah berkubur menjelang PRU13. Apa yang pasti, kerusi yang bakal dimenangi PR bukan datangnya daripada PKR, PAS, PPS, SAPP dan APS, tapi mungkin daripada DAP sahaja.

DKM Sabah berminat untuk memetik teks ucapan daripada YB Jimmy Wong (Adun Sri Tanjung);


Dalam state government, kami ada dua (2) suda YB bukan asal dari Sabah (PATI). Satu dari Indonesia, satu dari Philipine... kau tau siapa kah?.. nanti saya kasi tau sama kau ha, ini saya tidak boleh cakap sama kau. Tapi saya pasti dia memegang dua (2) kerakyatan. Satu dari Indonesia Sulawesi, satu dari Philipine".

Namu edisi kantoi pula, juga dari pada Jimmy Wong:
"Kita hanya ada satu harapan,ini harapan hanya boleh dari Barisan Nasional......"

No comments:

Post a Comment