Saturday, January 26, 2013


Pada 13.01.2013 telah berlangsung Program "Perjumpaan Pemimpin STAR Bersama Rakyat bertempat di Kg. Mantob Kiulu Tuaran. Dianggarkan seramai 150-200 orang  hadir pada perjumpaan tersebut. Kawasan perkampungan yang berada di bahagian pedalaman  Tuaran. Majoriti masyarakat kampung Mantob terdiri daripada suku kaum KDM. Wujud beberapa pendedahan penting daripada Dr Jeffrey merangkap  Pengerusi STAR Sabah.

STAR 1 Tahun (300,000 ahli) PKR Sejak Masuk Sabah Hanya Ada 50,000 Ahli.
Beliau mendedahkan bahawa, sepanjang PKR mula-mula bertapak sehinggalah beliau menyertai Parti tersebut, PKR hanya mampu mendaftarkan lebih kurang 50,000 ahli di seluruh Sabah.  Berbeza dengan STAR (State Reform Party) yang baru berusia setahun, beliau mendakwa bahawa STAR berjaya mendaftarkan lebih kurang 300,000 orang ahli di seluruh Sabah. Beliau menyifatkan perkembangan ini sebagai  tamparan hebat kepada PKR yang selama ini memandang rendah keupayaan parti-parti kecil seperti STAR.

STAR dikhabarkan kini memonopoli kawasan-kawasan yang penduduknya atau pengundinya merupakan majoriti KDM (Kadazandusun Murut). STAR dijangka akan bertanding dan meletakkan calon mereka di kawasan-kawasan majoriti pengundi KDM dan Bumiputra Bukan Islam (BBI).

Pertemuan Sulit STAR dan DSP Bumburing  Sehari sebelum bermulanya  "Perjumpaan Pemimpin STAR Bersama Rakyat", beliau memaklumkan hadirin bahawa STAR telah mengadakan pertemuan sulit bersama DSP Bumburing. Pertemuan tersebut diadakan bertujuan untuk meyakinkan DSP Bumburing bahawa hanya STAR yang berjuang untuk rakyat Sabah dan bukannya PR. DR. Jeffrey berusaha untuk meyakinkan DSP Bumburing bahawa pemimpin-pemimpin PR hanya datang ke negeri Sabah menjelang PRU13 dan menghilang selepas PRU.

DSP Lajim & DSP Bumburing hanya pinjam PKR!
Daripada pertemuan yang berlangsung di antara Dr. Jeffrey dan DSP Bumburing, suatu pendedahan yang bakal menjadi tamparan terhebat buat PR Sabah adalah pengakuan DSP Bumburing. DSP Bumburing memaklumkan kepada Dr. Jeffrey bahawa beliau dan DSP Lajim hanya meminjam PKR sebagai tiket untuk beliau dan Lajim bertanding pada PRU13 yang akan datang.

Kenyataan ini adalah selari dengan situasi semasa yang dihadapi oleh APS (Angkatan Perubahan Sabah) dan PPS (Pakatan Perubahan Sabah) yang masih belum didaftarkan oleh ROs sebagai sebuah parti politik, dan kesukaran ini telah mendorong Bumburing dan Lajim menyertai PKR. Penyertaan Bumburing dan Lajim ke dalam PKR hanyalah bersifat sementara semata-mata untuk menghalalkan cita-cita Bumburing dan Lajim untuk bertanding pada PRU13 yang akan datang.



DSAI pastinya tidak senang duduk dengan situasi semasa yang mana tidak memihak kepada PR. Konflik antara calon-calon PR merupakan duri dalam daging bagi PR Sabah. Sabotaj dan undi protes antara penyokong bagi calon-calon PR yang melobi untuk menjadi calon pada PRU13 nanti pastinya bakal menenggelamkan hasrat dan cita-cita PR untuk menakluki Sabah pada PRU13 nanti.

"Kami pinjam saja tu PKR..... nanti kalau sudah menang kami keluar la dari PKR kalau dorang tidak kasi apa kami mau atau dorang tidak tunai dorang punya janji......"


It was not an easy decision but it is the one I must inevitable make in the light of what I must do for the people of Sabah and Sarawak.

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan
Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.