WACANA: RAHMAN DAHLAN VS MUSLI OLI


Akhirnya debat yang selama ini ditunggu-tunggu oleh penyokong Dato' Abdul Rahman Dahlan (DARD) dan Musli Oli (MO) telah menjadi realiti. Bertempat di The Palace Hotel (6th Floor Conference Room), bertarikh 18.11.2012 jam 2:00ptg-4:00ptg. Profesor Madya Dr. Ismail Bin Ali bertindak selaku moderator manakala Dato' Abdul Rahman Dahlan dan Musli Oli bertindak selaku panel yang mewakili parti masing-masing (BN dan PR).

Program berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini. Malah moderator juga telah memberi peringatan kepada penyokong kedua-dua pihak agar tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh merencatkan perjalanan wacana. Kehadiran khalayak pada wacana tersebut sekitar 250-300 orang. Profesionalisme dan semangat persahabatan di antara kedua-dua tokoh jelas terserlah dan pastinya suasana sebegini tidak akan kelihatan dalam mana-mana sesi debat di semenanjung Malaysia.

Sememangnya wacana ini tidak mencari siapa pemenang mahupun pihak yang kalah, namun pihak DKM mendapati, pada peringkat permulaan seakan-akan Musli Oli mendominasi perbahasan ditambah pula dengan sikap penyokong beliau yang memulakan provokasi. Namun, menjelang pusingan kedua, ketiga sehinggala ke sesi penggulungan, jelas kelihatan DARD berjaya mendominasi perbahasan.

Pendekatan DARD yang menjawab tuduhan dan tohmahan popular PR yang dibangkitkan oleh Musli Oli pada wacana tersebut jelas memperlihatkan dominasi beliau. Hampir keseluruhan isu-isu popular yang sering dibawa oleh PR Sabah berjaya dijawab dengan berfakta oleh DARD. Bermula dari isu Kemiskinan, Pertumbuhan ekonomi, Kronisme, Kabotaj, Penurunan harga kereta, Penuruan Harga Minyak dan Petrol Sabah, Masalah air di Kota Belud dan pendekatan bajet PR yang tidak menunjukkan sebarang perbezaan ketara berbanding dengan Bajet BN.

Menjelang penghujung wacana, seorang demi seorang penyokong MO keluar meninggalkan dewan setelah melihat Rahman Dahlan mula mendominasi pentas wacana. Kesemua isu dan tuduhan dijawab secara berfakta hinggakan MO terpaksa beralih dari satu isu kepada isu lain kerana melihat tiada ruang walau sedikit pun diberikan oleh DARD.

Pihak pengarang sedang cuba untuk memuat naik melalui Channel Mata Sabah jika tiada arah melintang. Daripada video tersebut, bolehlah saudara dan saudari di luar sana menilai antara fakta dan auta. Suasana sekitar dewan tempat berlangsungnya wacana adalah dalam keadaan harmoni dan tenang meskipun penyokong kedua-dua pihak dilihat cuba melakukan provokasi. Datuk Yahya Lampong juga hadir pada wacana tersebut.


No comments:

Post a Comment