ANDA BERTANYA, USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB



Soalan dan jawapan pilihan;

Ustaz mohon terangkan secara ringkas berkenaan tajaasus?

**Jawapan;
Menurut Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili dalam kitab Tafsir Al-Munir, tajassus ialah mencari aib orang lain yang tersembunyi dan rahsia. Ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Tajassus boleh difahami daripada ayat al-Quran yang bermaksud;
"Wahai, orang-orang yang beriman, Jauhi daripada banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain (tajassus).



Ustaz, bolehkah kita menulis ayat al-Quran dalam tulisan rumi? Banyak ayat al-Quran ditulis dalam tulisan rumi pada status facebook dan sebagainya. Apakah hukum tindakan itu?

**Jawapan;
Sebaiknya ayat al-Quran ditulis menggunakan huruf hijaiyyah. MEnul;is ayat al-Quran selain daripada huruf hijaiyyah dipertikaikan oleh para ulama. Selain daripada ayat al-Quran seperti zikir dan doa, hukum menulisnya dalam tulisan rumi adalah harus



Ustaz, apakah hukum kita melakukan solat hajat supaya menang dalam permainan bola sepak?

**Jawapan;
Tidak ada larangan solat hajat tentang perkara dunia selagi perkara itu bukan perkara yang berdosa. Walau bagaimanapun lebih elok sekiranya kita solat hajat untuk kebaikan umat Islam dan negara kita yang semakin rosak ini



Ustaz, adakah orang Islam dilarang memakai cincin pada jari tengah dan telunjuk?

**Jawapan;
Rasulullah S.A.W melarang pemakaian cincin pada jari tengah dan telunjuk seperti yang terdapat dalam hadith berikut;
Ali bin Abi Talib berkata, "Rasululah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk ataupun jari yang mengiringinya, iaitu jari tengah ataupun jari hantu." (Hadith direkodkan oleh Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi, dan an-Nasaie)



Ustaz, apakah hukum seseorang yang menyokong komunis?

**Jawapan;
Hukumnya haram apabila kita menyokong ideologi komunis. Namun, sekiranya komunis itu mahu melakukan perkara yang tidak haram seperti membantu orang kafir membina rumah anak yatim, maka hukumnya harus di isi syarak.


Nak Lagi!.... kena la beli bro.... pastikan yang original. Harga senaskah RM25.00

No comments:

Post a Comment