KERANA FITNAH PR: MUSLI OLI TERKULAI LAYU (PART 1)

Aduh!!! Tidak Pasal-pasal Musli jadi mangsa..... Adi-di nasib kau la labu

Tuduhan MO (PR);
Gaji Minima PR RM1100.00 (Buku Jingga) lebih baik daripada bajet BN yang menetapkan gaji minima hanya pada paras RM900 (Semenanjung) dan RM800 bagi Sabah).

Jawapan DARD (BN);
Persoalan yang perlu difahami oleh semua pihak khususnya rakyat adalah, sejauh mana pelaksanaan gaji minima PR (RM1100.00) boleh dilaksanakan. Persoalan pertama yang difikirkan oleh kerajaan, sejauh mana kemampuan majikan untuk melaksanakan tanggung jawab dalam merealisasikan pelaksanaan gaji minima. Dengan mengambil contoh suasana di Kota Belud jika gaji minima RM1100.00 (PR) dilaksanakan, terdapat 3 situasi yang akan berlaku dan akan dilakukan oleh pihak majikan. DARD merujuk situasi majikan yang memiliki pekerja seramai 10 orang dengan purata gaji RM500 seorang, maka sekiranya gaji minima PR dilaksanakan, majikan tersebut terpaksa menokok sekitar RM600 untuk setiap pekerja menjadikan kos yang terpaksa ditanggung oleh majikan tersebut meningkat kepada RM6000.00 ringgit. Berikut merupakan respon daripada majikan tersebut sekiranya gaji minima PR (RM1100.00) dilaksanakan berdasarkan realiti semasa;

1. Tutup operasi kerana tidak mampu untuk menampung kos yang semakin meningkat. Kesannya daripada 10 orang yang bekerja, kini 10 orang terpaksa menganggur kerana hilang pekerjaan.

2. Mengurangkan jumlah pekerja daripada 10 orang menjadi 5 orang untuk menampung kos yang terpaksa ditanggung. Maka wujudlah pengangguran yang ketara daripada pelaksanaan gaji minima tajaan PR tersebut.

3. Majikan bersetuju dengan pelaksanaan gaji minima tersebut, namun kos ditanggung sepenuhnya oleh pengguna. Jika sebelum ini harga kopi sekitar RM1.10-1.20 kini pengguna terpaksa membayar RM3.00 untuk menikmati secawan kopi.

Ini adalah realiti ekonomi yang tidak difahami oleh PR, kerana bagi PR yang penting adalah janji dahulu tanpa memikirkan kesan terhadap ekonomi.



Tuduhan MO (PR); 
BN gagal atasi masalah kemiskinan di Sabah berbanding di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh PR.

Jawapan DARD (BN);
Apakah pendekatan berbeza yang diambil oleh PR dalam membasmi kadar kemiskinan di Sabah berbanding dengan bajet BN. Jawabnya tiada, malah pendekatan yang digunakan oleh PR menerusi bajet PR tidak banyak berbeza dengan pendekatan yang digunapakai oleh BN. Pendekatan memberi bantuan, kemudahan latihan, dan mewujudkan peluang pekerjaan yang direncanakan oleh PR menerusi bajet mereka merupakan pendekatan yang telah digunapakai oleh BN sejak sekian lama. 49 Tahun Sabah merdeka melalui Persekutuan Malaysia disifatkan pembangkang sebagai tempoh pemerintahan yang terlalu lama namun rakyat Sabah masih berada pada paras kemiskinan yang tertinggi.

Dengan merujuk kepada negara AS yang telah merdeka lebih daripada 200 tahun ditambah dengan bentuk geografinya yang luas, DARD menjelaskan AS sebagai sebuah negara yang kaya dan merupakan kuasa ekonomi dunia juga berdepan dengan kadar kemiskinan tertinggi iaitu sekitar 15%.

Masalah persepsi yang sering dimainkan oleh PR terutama sekali yang berhubung dengan isu kemiskinan. PR hanya memaparkan keburukan kerajaan seperti, PR kerap memuat naik di media massa berkaitan rumah-rumah uzur yang diambil jauh di pedalaman Sabah sedangkan PPRT yang dibina oleh kerajaan tidak diambil mahupun dipandang. Malah gambar jalan raya yang rosak dan tidak digunakan di pedalaman atau jalan kampung yang berlubang dan kampung tersebut hanya dihuni oleh beberapa orang keluarga, telah dimanipulasi oleh PR sebagai pengabaian dan penindasan kerajaan BN terhadap rakyat. Sedangkan jalan raya yang elok dan cantik tidak diambil perhatian oleh PR. 


Tuduhan MO (PR);  
Dasar kabotaj zalim dan bukti BN/UMNO jajah Sabah. Kabotaj menyebabkan harga barang di Sabah meningkat.

Jawapan DARD (BN); 
Sebagai kerajaan yang memerintah terdapat banyak perkara yang dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Apa perlunya Dasar Kabotaj? kerana kerajaan memerlukan industri perkapalan yang pastinya tidak mampu dimiliki oleh syarikat tempatan tanpa ada bantuan daripada kerajaan. Kenapa kita memerlukan industri perkapalan? Kenapa tidak guna industri perkapalan daripada korea mahupun singapura yang banyak kapal untuk mengangkut barang? Jawapannya kerana kerajaan memikirkan waktu negara berhadapan dengan kesusahan, musibah atau konflik serantau. Pada ketika itu, syarikat-syarikat perkapalan dunia tidak akan mahu menghantar bekalan seperti beras masuk ke dalam negara, jika ada pun berkemungkinan kos yang bakal dikenakan mencecah sehingga puluhan dan mungkin ratusan kali ganda daripada kos sebenar. Atas dasar tersebut kerajaan memperkenalkan dasar kabotaj bagi menggalakkan syarikat tempatan berupaya memiliki kapal sendiri dan dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan.

Kabotaj punca harga barang naik? dari satu sudut mungkin benar namun PR lupa, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi harga barang selain daripada kos pengangkutan. Antara kos lain yang terpaksa ditanggung termasuklah, kos pengangkutan darat, kos pengendalian kargo yang tinggi dipelabuhan kerana kekangan kemudahan dan pelbagai kos lain yang dikenakan ketika kapal berlabuh dipelabuhan Sabah. Merujuk kepada laporan MASSA (Malaysia Association of Shipping Owner) awal tahun 2000, Kos perkapalan pada ketika itu telah turun namun harga barang di Sabah tidak turun kerana kos penggangkutan hanyalah sebahagian daripada kos tersebut.

Benarkah Dasar Kabotaj zalim? Hampir semua negara di dunia mengamalkan Dasar Kabotaj. Dasar Kabotaj yang diamalkan di negara lain lebih ketat berbanding dengan dasar kabotaj yang diamalkan di Malaysia. Di Malaysia hanya kapal sahaja dipunyai oleh Malaysia, berbanding dengan dasar kabotaj di jepun dan korea. Jepun dan Korea melalui dasar kabotaj mengenakan pelbagai peraturan, bukan hanya kapal dikeluarkan daripada negara tersebut, malahan juga kalasi dan anak kapal perlulah warga tempatan. 

Bersambung

No comments:

Post a Comment