LIM KIT SIANG DUKA CITA KEHADIRAN SEDIKIT; BUMBURING SYOK SENDIRI



Majlis pelancaran APS DUN N22 Pantai Manis diteruskan dengan ucapan daripada Lim Kit Siang selaku wakil PR semenanjung pada majlis tersebut.

Ling Kit Siang dengan angkuhnya menuduh PM takut untuk bubarkan Parlimen kerana takut hilang kuasa. Menurutnya lagi, PR telah bersiap-sedia untuk menghadapi PRU sejak dua (2) tahun lepas, namun PM masih belum bersedia. Beliau membidas kenyataan Datuk Yahya Lampong yang menyifatkan pengundi Cina dan India sebagai King Maker pada PRU12 lalu, kerana bagi beliau yang selayaknya digelar King Maker adalah rakyat yang turun mengundi (Memang Sah Yahya Lampong sudah nyanyuk dan mengarut). Antara isu yang sempat disentuh oleh LKS termasuklah isu Rasuah UMNO dan Malaysia ranking 60 dalam indeks rasuah, Royalti minyak 20% kepada Sabah akan diberikan jika PR Menang disamping menjanjikan autonomi kepada Sabah.


Seterusnya Wilfred Bumburing dijemput untuk menyampaikan ucapan ringkas beliau sekaligus merasmikan APS N22 Pantai Manis. Dalam ucapan beliau, Bumburing menyelar gelaran Fix Deposit yang diberikan kepada Sabah kerana gelaran tersebut tidak menguntungkan Sabah. Malah Fix Deposit seharusnya diberikan kepada Sabah hanya jika simpanan tersebut menguntungkan rakyat jelata. Beliau menyeru masyarakat KDM Papar agar memindahkan simpanan tetap tersebut kepada PR yang disifatkan lebih menguntungkan. Seperti kebiasaannya, ceramah beliau tidak pernah lekang daripada sentimen KDM dizalimi di bumi sendiri dan sikap pemimpin BN semenanjung terhadap pemimpin Sabah. 

Pengarang sempat melihat riak muka DSP Bumburing tatkala melihat jumlah kehadiran yang agak mendukacitakan. Malah beliau terpaksa meyakinkan Lim Kit Siang bahawa kehadiran sekitar 200-300 orang itu adalah jumlah yang besar bagi negeri Sabah berbanding dengan semenanjung. Namun bagi pengarang, jumlah 200-300 orang hadirin adalah sesuatu yang amat menduka citakan meskipun hadirin disajikan dengan makan malam dan cabutan bertuah (Hamper).


Lihatla sendiri jumlah hadiri pada majlis tersebut. Pengarang tidak berniat untuk memperkecilkan APS dan PR, namun rakyat Sabah sebenarnya lebih matang dalam menilai pemimpin yang sebenarnya layak untuk mewakili mereka pada PRU13 yang akan datang. Kalau negeri Penang yang di bawah kepimpinan DAP gagal untuk menyediakan Rumah PPRT untuk rakyat, mana mungkin DAP (PR) akan mampu membela nasib rakyat Sabah kelak. Kesimpulannya, Hanya BN Pilihan Rakyat.   


Sumber: Sumandak Papar (Cik L dan Cik M)

No comments:

Post a Comment