GEMPAR!!; PR TIDAK MEMERLUKAN UNDI SARAWAK UNTUK TAKLUKI PUTRA JAYA (YAHYA LAMPONG)

Pada 09.11.2012 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Pelancaran APS peringkat DUN N22 Pantai Manis Papar dan Ceramah Perdana Pakatan Rakyat (PR). Majlis dianjurkan oleh En Fred Gabriel bertempat di Kg. Tomui Papar dan kehadiran dianggarkan sekitar 200-300 orang yang majoritinya terdiri daripada ahli-ahli DAP, PKR dan APS (60%).

Antara VVIP yang hadir termasuklah YB Lim Kit Siang (DAP), Wilfred Bumburing (APS & X-UPKO), Hiew King Chew (MP KK), Jimmy Wong (DAP Sri Tanjong), Yahya Lampong (Bakal Calon P175 Papar), Patrick Sindu (Wakil STAR), En Fred Gabriel (Penganjur) dan beberapa orang VVIP yang lain.

Majlis yang berlangsung sekitar pukul 8:00mlm tersebut diduhului dengan dua (2) bacaan doa iaitu doa bagi masyarakat yang beragama Islam dan kemudian disusuli dengan doa bagi masyarakat yang beragama Kristian. En. Fred Gabriel selaku penganjur dan Tuan Rumah majlis tersebut telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan mewakili masyarakat setempat amnya dan DUN N22 Pantai Manis Khasnya.

Dalam ucapan ringkas beliau, beliau menuduh kerajaan semenanjung sebagai zalim terhadap rakyat. Pendidikan peringkat tinggi misalnya, menindas rakyat setempat dengan menyediakan hutang yang perlu dijelaskan selepas tamat pengajian meskipun tidak bekerja.

Tanggapan pengarang terhadap isu yang diketengahkan oleh Saudara Fred Gabriel lebih bersifat pengalaman peribadi beliau dan dalam kelompok setempat. Malah ucapan beliau yang kurang dari 5 minit dan acap kali tersekat-sekat sudah cukup mengambarkan yang beliau adalah antara barisan kepimpinan APS yang kurang berkualiti.


Datuk Kalakau Untol (Wakil Ahmad Thamrin) meneruskan majlis dengan ucapan beliau. Seperti biasa, sentimen KDM akan terus dimainkan oleh beliau. Beliau mendakwa bahawa kaum Kadazan di Parlimen P175 Papar tidak mempunyai wakil dan sering dianak tirikan dalam menikmati arus pembangunan di negeri Sabah amnya dan Papar khususnya. Parlimen P175 Papar kini telah dimonopoli oleh UMNO yang terdiri daripada masyarakat Bajau dan Brunei. Beliau beranggapan, adalah wajar Parlimen P175 Papar khususnya di DUN N22 Pantai Manis diberikan kepada calon daripada masyarakat KDM. Menurut beliau lagi, ini adalah kerana Parlimen Papar kini terdiri daripada 14 ribu pengundi KDM dan 4 ribu pengundi  Tiong Hua. Beliau menyeru masyarakat setempat agar terus memberi sokongan pada kepada calon PR pada PRU13 yang akan datang. Jika 14 ribu pengundi KDM dan 4 ribu pengundi daripada masyarakat Tiong Hua menyokong PR, maka harapan untuk menakluki Putra Jaya akan dapat direalisasikan. Dengan kata lain, janji PR dalam Buku Jingga Edisi Sabah (Autonomi Sabah) akan dapat dikembalikan jika PR berjaya takluki Putra Jaya.  

Ucapan berikutnya merupakan sesi ucapan yang agak membosankan bagi pengarang. Namun ada satu pendedahan yang agak mengejutkan daripada Datuk Yahya Lampong yang juga merupakan calon yang dijangkakan akan bertanding mewakili PR pada PRU akan datang.

Beliau memulakan ucapan dengan memaklumkan bahawa Lim Kit Siang (DAP), Hadi Awang (PAS) dan DSAI (PKR) adalah anugerah Tuhan. Menurut beliau, apa yang beliau katakan ada asasnya. Beliau menambah, DSAI adalah anugerah Tuhan kerana melalui DSAI, PAS dan DAP yang selama ini ibarat anjing dengan kucing mampu duduk semeja untuk sama-sama berganding bahu pada PRU13 yang akan datang. Menurut Yahya Lampong, pengundi Melayu di Semenanjung telah berpecah 5. Ada yang menyokong UMNO, PKR, PAS, DAP dan BEBAS.

Beliau menambah, daripada situasi tersebut hanya pengundi Cina dan India yang majoritinya tidak mengundi BN? (Sila Rujuk Keputusan PRU12 jika apa yang diatakan oleh Yahya Lampong benar - GERAKAN, MCA dan MIC dapat kerusi dari mana?). Beliau menyeru agar rakyat Sabah bertindak seperti King Maker seperti mana yang dilakukan oleh pengundi Cina dan India di Semenanjung Sabah dan Sarawak pada PRU lepas. Sentimen perkauman terus dimainkan oleh beliau. Yahya Lampong mendakwa, jika UMNO terus memegang tampuk pemerintahan di Sabah, masyarakat KDM tidak akan berpeluang untuk menjadi CM, dan untuk menjadi CM di Sabah hanya boleh direalisasikan jika PR menang pada PRU yang akan datang.

Tambah Yahya Lampong, pada PRU12 lepas PR memenangi 82 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. Namun pada PRU13 akan datang, beliau menjangkakan 82 kerusi tersebut akan menjadi 102 dengan mengandaikan 20 kerusi yang majoritinya kawasan majoriti Cina akan mengundi DAP. Jika 102 kerusi ditambah dengan 13 kerusi Majoriti KDM dan Cina di Sabah, PR akan memperolehi 115 Kerusi Parlimen dan itu tidak termasuk lagi kerusi Parlimen daripada Silam, Beluran, Papar dan Beaufort yang dijangkan akan dimenangi oleh PR pada PRU13 nanti. Secara keseluruhannya Yahya Lampong mengandaikan yang PR bakal memperolehi 119 kerusi Parlimen pada PRU13 nanti. Menurut Yahya Lampong lagi, PR tidak memerlukan undi daripada pengundi di Sarawak untuk menakluki Putra Jaya, dan jika ada sekalipun itu adalah bonus buat PR.


                                                                                                Sumber; Sumandak Papar (Cik M & Cik S)

No comments:

Post a Comment