BAJET 2013 PR SABAH: SUMBER BAJET ENTAH DARI MANA!!!..


Pengarang terjumpa keratan akhbar Warta Sabah yang pada pengamatan DKM Sabah adalah akhbar yang dibiayai sepenuhnya oleh Lajim Ukin. Bermula dari muka hadapan sehinggalah di bahagian akhir akhar tersebut, hampir 60 peratus berita yang disampaikan lebih menfokus kepada DSP Lajim. Namun bukan artikel berkaitan dengan DSP Lajim yang menjadi tumpuan, tapi sebaliknya Bajet PR Sabah 2013 telah berjaya menambat hati pengarang. Jika Musa Aman memperuntukkan sekitar 4 bilion lebih (Jika salah tolong perbetulkan) bagi Bajet Negeri 2013, Bajet 2013 PR pula memperuntukkan sekitar 10 bilion - 11 bilion untuk pembangunan Sabah.

Satu (1) Persoalan yang bermain di minda pengarang adalah, dari mana sumber 10 - 11 bilion untuk Bajet 2013 PR akan diperolehi?:

Berikut merupakan pecahan daripada Bajet 2013 PR. Rasional, ilusi atau mengarut? Anda sendiri fikir-fikirkan;


BELANJAWAN PERTAMA PAKATAN RAKYAT SABAH;

KEBAJIKAN;
1. Bayi baru lahir menerima RM200 melalui Tabung Anak Sabah. Peruntukan RM6 juta.
2. Warga Emas menerima RM200 melalui Skim Mesra Emas (SMUE)  dan RM2500 untuk menguruskan pengebumian. Memanfaatkan 100,000 orang. Peruntukan RM20 juta.
3. Air percuma 20 meter padu kepada pengguna meter individu. Ia memanfaatkan 280,000 isi rumah. Peruntukan RM60.6 juta setahun.

TAMBAH PENDAPATAN RAKYAT
1. RM648 juta bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum RM1100 kepada pekerja secara berperingkat dalam lima (5) tahun.
2. Memansuhkan dasar kabotaj dan dasar lain yang bersifat monopoli termasuk gula, pasir, getah dan pengeluaran simen yang memyebabkan kos barangan dan perkhidmatan meningkat.
3. Modal RM1 bilion untuk menubuh syarikat miyak dan gas sendiri.
4. RM100 juta untuk menubuhkan Lembaga Industri Agro Sabah bagi menggalakkan aktiviti hiliran.
5. RM70 juta bagi menaik taraf sistem pengairan untuk menambah pengeluaran pertanian.
6. RM50 juta untuk menggalakkan Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) melalui Tabung Pembangunan PKS.
7. RM25 juta untuk meningkatkan pengurusan hutan.
8. RM300 juta sebagai peruntukan awal membina 50,000 unit perumahan awam berharga kira-kira RM50,000 sebuah.

MASYARAKAT TEMPATAN
1. Peruntukan RM50 juta bagi sekolah vernakular, agama, bantuan kerajaan dan persendirian.
2. RM2000 kepada pelajar yang keluarganya berpendapatan kurang RM2000 sebulan melalui Skim Graduan Anak Sabah. Memanfaatkan 7200 pelajar.
3. RM150 juta untuk rumah ibadat termasuk masjid, gereja dan kuil selain RM3 juta bantuan haji.
4. Menyediakan RM10 juta untuk NGO yang melakukan khidmat sosial.
5. Dana RM20 juta bagi mempromosikan kepelbagaian budaya.
6. RM40 juta untuk pemeliharaan budaya dan warisan.
7. Geran permulaan RM20 juta untuk menubuhkan TV Sabah.
8. Peruntukan RM40 juta bagi mempromosikan kepelbagaian budaya dan warisan.
9. Peruntukan RM20 juta bagi membantu orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal.
10. RM2000 kepada pengantin bagi perkahwinan kali pertama. Memanfaatkan 11,000 pasangan.
11. Peruntukan RM50 juta kepada pihak berkuasa tempatan bagi perangi jenayah dan memasang kamera litar tertutup (CCTV).
12. Dana RM100 juta bagi memelihara dan memulihara alam sekitar.
13. RM10 juta untuk menggalakkan aktiviti eko-pelancongan.

SISTEM ERHUBUNGAN
1. RM1.5 bilion dalam tempoh 5 tahun untuk meningkatkan kemudahan dan infrastruktur pelabuhan di Kota Kinabalu, Sepanggar, Sandakan dan Tawau.
2. RM50 juta untuk menyediakan perkhidmatan internet percuma di bangunan milik kerajaan negeri dan lokasi di bandar.
3. RM200 juta bagi menningkatkan sistem pengangkutan awam termasuk memperkenalkan sistem Bus Rapid Transit (BRT) di Kota Kinabalu.
4. RM100 juta untuk pengembangan rangkaian keretapi melibatkan 50km dari Tenom ke Keningau.
5. RM5 bilion untuk membina, menaik taraf 5000km jalan raya dalam tempoh lima tahun atau 1000km setahun.
6. RM200 juta untuk projek penjanaan elektrik melibatkan tenaga boleh diperbaharui terutama untuk mini hidro penjana dan panel solar kos rendah.
7. RM200 juta untuk menyediakan rawatan air.
8. Menyediakan RM100 juta bagi meningkatkan perkhidmatan sistem perkhidmatan udara bagi menghubungkan pedalaman ke bandar utama.


TANAH
1. Menubuhkan Tribunal Tanah Sabah bagi menyelesaikan pertikaian Tanah Adat Hak Bumiputra (NCR) dengan peruntukan tahunan RM50 juta.
2. RM2 bilion untuk lima tahun akan datang bagi menguruskan tanah terbiar dan menghapuskan kemiskinan tegar.
3. Menggalakkan pendekatan pertanian bersepadu berdasarkan makanan dan tanaman kontan serta disokong industri hiliran melalui peruntukan RM350 juta untuk membangunkan tanah pertanian terbiar.
4. Mengkaji semula perjanjian Felda berdasarkan objektif asal di Sabah.
5. Memperkenalkan premium nominal bagi melanjutkan tempoh pemilikan tanah sehingga 99 tahun bagi pemilik tanah.


Renungan:
Jika dilihat pada angka, segalanya tampak sempurna. Namun adakah perlaksanaannya serupa dengan apa yang dijanjikan. Jom renungkan sejenak;

1. Bajet ini hanya terpakai jika PR berjaya menakluki Parlimen dan DUN. Tidak terpakai jika PR hanya menakluki DUN, dan 50% daripada Bajet tersebut mungkin tidak terpakai jika PR hanya berjaya menguasai Parlimen tanpa DUN.

2. RM300 juta untuk pembinaan 50,000 unit perumahan awam berharga kira-kira RM50,000 sebuah. Cuba Tuan/Puan di luar sana tanya kepada pemimpin PR;
  • Berapa banyak rumah PPRT/ Kos rendah untuk golongan miskin yang telah dibina oleh PR di negeri-negeri yang dikuasai PR. Sebagai maklumat umum. di Penang, DAP hanya mampu menyediakan rumah semurah RM200 ribu seunit untuk orang-orang Melayu di Penang. Persoalannya, mampukah rakyat Sabah untuk memiliki rumah pada harga RM200 ribu sebuah.
3. PR menuduh kerajaan merasuah rakyat melalui Bajet 2013 yang dibentangkan oleh PM. Namun Bajet 2013 PR yang dilihat cuba memberi ganjaran dalam bentuk ilusi kepada rakyat pula BAGAIMANA?.

Kuasa mengundi ditangan anda, Jangan sampai ANDA MENYESAL KELAK..... RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

Post a Comment