HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT: KONVENSYEN PKR SABAH 2012


Lim Kit Siang tertidur ketika DSAI menyampaikan ucapan beliau. Tidak hanya LKS malahan Mat Sabu dan Jimmy Wong juga tertidur ketika DSAI berucap. Manusia mana yang tidak akan bosan tatkala mendengar ucapan dan fitnah yang sama setiap hari. Hanya bermodalkan isu Kronisme, rasuah, cincin Rosmah dan lain-lain isu berulang.

KONVENSYEN PKR SABAH
Tempan: Dewan Konvensyen, Star City, Kota Kinabalu
Tarikh: 24 Nov 2012
Masa: 07.30pg

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
Tempat: SM Kian Kok
Tarikh: 24 Nov 2012
Masa: 12.00 t/h - 05.00 ptg

Makan Malam Amal (Ahli Sahaja)
Tempat: Dewan Konvensyen, Star City, Kota Kinabalu
Tarikh: 24 Nov 2012
Masa: 07.00mlm

Berikut pengarang sertakan beberapa keping gambar menarik yang sempat pengarang ambil sepanjang 2 hari Konvensyen PKR di Kota Kinabalu. Pengarang menganggarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat dihadiri seramai 400-500 orang, makan malam 2000 orang dan ceramah PKR di Sepanggar yang sempat pengarang hadiri pula menghimpunkan seramai 300-400 orang. Berikut beberapa keping gambar menarik yang mungkin dicari-cari oleh pengamal media di luar.  

Jika anda bertanya kepada pengarang, siapa ikon PKR di Sabah, pastinya pengarang akan menjawab Musli Oli. Dari segi keberanian berdebat, kepetahan berhujah dan pemikiran beliau, pengarang meletakkan beliau dipuncak kepimpinan PR Sabah, dan bukannya Jeffrey Kitingan, Yong Teck Lee, Jimmy Wong, DSP Bumburing, DSP Lajim, Ansari mahupun Thamrin. Pengarang memberi kredit tinggi kerana setakat ke hari ini, hanya debat antara Rahman Dahlan dengan Musli Oli sahaja yang telah berlangsung. Adapun debat yang diwar-warkan, kesemuanya hanya omong-omong kosong.

Sedari usia muda, anak-anak kecil diajar dan diterapkan dengan politik berpaksikan kebencian, maka janganlah anda hairan jika suatu hari nanti, anak anda juga tidak hormat pada diri anda dan orang lain yang tidak sealiran dengannya.

Adakalanya pengarang bersimpati juga dengan muslimah-muslimah PAS yang sanggup dipergunakan dan hadir diperhimpunan seumpama ini, yang mana bagi pengarang perhimpunan seumpama ini tidak lebih daripada program untuk mengutuk, menfitnah dan memburukkan kerajaan. Perkataan yang acap kali kedengaran sepanjang program HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT adalah, Kerajaan Zalim, menindas rakyat Sabah, kerajaan curi duit rakyat, kronisme, tanah dirampas dan beberapa istilah lagi yang digunakan oleh DSAI untuk memburukkan DS Najib meskipun Najib tidak pernah memburukkan beliau di mana-mana ceramah BN.

Wakil tabah ketika menyampaikan ucapannya menuduh kerajaan rasuah, merampas tanah rakyat, rakyat pribumi tiada tanah. Namun wakil tabah tidak pula menyebutkan fakta dan jumlah berapa ramai masyarakat pribumi menjual tanah. 

Milik siapakah kereta ini, kereta dengan nombor pendaftaran SB1B ini dipunyai oleh DSP Lajim (Sebab beliau naik kereta ini, maka pengarang beranggapan ini adalah kereta beliau, jika salah mohon diperbetulkan dan pengarang tidak berniat untuk menuduh). Jika lajim kata ingin berjuang demi rakyat, Lajim terlebih dahulu perlu bermuhasabah diri. Daripada dan bagaimana cara beliau memiliki kekayaan sebegini!. Benarkah kekayaan beliau tidak menyentuh walau 1 sen pun duit rakyat? itu hanya beliau dan Allah s.w.t yang tahu.


Barisan kepimpinan PR yang hadir pada himpunan tersebut. Dari tepi, wakil KDM, DSP Lajim, Aminuddin Aling (PAS Sabah), DSAI (PKR), Lim Kit Siang (DAP), Mat Sabu (PAS), Jimmy Wong (DAP Sri Tanjong) Thamrin dan wikil Tabah.

Abang ais krim (Azmin Ali) duduk bersila........

DSP Bumburing hanya menyampaikan ucapan dan skrip yang telah diulang beratus-ratus kali. Namun sedikit kelainan dalam ucapan beliau pada himpunan ini adalah, beliau tidak langsung menyentuh soal hak KDM. Sepanjang pengamatan pengarang, DSP Bumburing tidak pula menyentuh soal-soal sensitiviti pada himpunan ini berbanding dengan ceramah beliau yang telah lepas. Isu yang sering ditimbulkan dalam ceramah DSP Bumburing jika berucap dikhalayak KDM pastinya, Orang Bugis dan bangsa lain selain KDM menguasai ekonomi Sabah, bangsa Bugis dan bangsa-bangsa lain selain KDM merampas jawatan penting di Sabah yang mana selayaknya disandang oleh masyarakat KDM, anak KDM tertindas dan banyak lagi sentimen pedih berbaur perkauman dan etnik yang sering dilafaskan oleh Bumburing ketika menyampaikan ceramah di kawasan-kawasan majoriti KDM.

Bumburing sering menuduh dan menfitnah kerajaan resis, namun ucapan beliau sebenarnya jauh lebih berbaur perkauman dan etnik yang mana bagi pengarang ianya suatu pendekatan yang tidak sihat dalam landskap politik Sabah.

Sebahagian daripada perwakilan PKR seluruh sabah yang hadir pada konvensyen pada sebelah pagi diarah dan dikerah untuk meramaikan himpunan ini.

 
Tahukah anda, juru gambar Media Rakyat ini tidak berdiri tegak ketika lagu Negaraku berkumandang. Kalau lagu Sabah dia tidak hormat, pengarang tidak kisah, sebab bukan negeri dia. Tapi kalau sampai tahap lagu Negaraku berkumandang tapi beliau tidak berdiri tegak, itu tandanya Kurang Ajar. Nasib baik kamera yang tergantung didada pengarang menghala tepat ke arah beliau, maka sempatlah pengarang mengambil gambar beliau ketika beliau khusyuk mengambil rakaman video hadirin yang berdiri tegak menyanyikan lagu negaraku.






No comments:

Post a Comment