Thursday, November 29, 2012

DiPetik: Daily Ekspress 27 Nov 2012

“Pakatan tidak akan keluar dari Sabah pada PRU-13”


KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat tidak akan keluar dari Sabah pada pilihan raya umum ke – 13 (PRU-13), kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Katanya, wujud desakan agar Pakatan Rakyat menjauhi Sabah untuk menumpukan perhatian di Semenanjung dan membiarkan parti-parti pembangkang yang berpangkalan di Sabah bertanding menentang Barisan Nasional (BN) di Negeri ini.

“Saya memberi jaminan, Pakatan Rakyat akan kekal berada di sini untuk memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk Sabah,” katanya pada majlis makan malam amal Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Star City, Sabtu Lepas.

Majlis itu turut dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan, termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalannya Azmin Ali dan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.

Disebabkan parti-parti pembangkang di Sabah cuba untuk mencapai persetujuan bagi pertandingan satu lawan satu dengan BN, dalam membolehkan mereka memperoleh peluang yang lebih tinggi, terdapat juga seruan agar Pakatan Rakyat hanya memberi fokus kepada semenanjung dan membiarkan parti tempatan bersaing dengan BN di negeri ini.

Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.