CERAMAH UMUM PR
TARIKH: 25.11.2012
TINGKAT BAWAH PEJABAT PKR P171 SEPANGGAR
MASA: 1:00ptg
Bersempena dengan Konvensyen PR dan sebagai tindak balas lawatan TPM ke Sabah, maka PKR juga dilihat cuba mengimbangi kekuatan BN yang mana setiap program BN yang dihadiri oleh PM dan TPM pasti akan dibanjiri oleh rakyat Sabah. Suasana sedemikian sememangnya menggusarkan PR yang telah bercita-cita untuk menakluki setidak-tidaknya 7 kerusi Parlimen pada PRU13 yang akan datang. Malah menurut sumber dalaman daripada ahli PR yang menghadiri konvensyen PR, mereka diarahkan untuk meramaikan setiap program PR yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu. Nampak seakan-akan tidak logik, namun itulah hakikat sebenar.
Ada di antara ahli PR yang datang dari segenap pelusuk Sabah sanggup memberikan tiket kepada pengarang dan sahabat pengarang untuk menghadiri Majlis Makan Malam PR (ahli sahaja) pada 24.11.2012. Tiket berharga sekitar RM100.00 ringgit dijual kepada ahli. Bayangkan berapa keuntungan yang masuk ke dalam poket penganjur jika kehadiran mencecah 2000 orang. Itupun ada di antara ahli memberikan tiket mereka kepada pengarang dan sahabat untuk masuk ke dalam program tersebut dengan percuma. Pengarang yang keletihan tidak sempat hadir, mujurlah sahabat pengarang dapat masuk dan memberikan sedikit gambaran pada majlis makan malam tersebut. Intipati ucapan tidak banyak berbeza dengan himpunan yang berlangsung di SM Kian Kok pada petang sebelumnya.
Ketika ceramah berlangsung, DSAI sempat menempelak artikel terdahulu pengarang yang menyentuh soal kehadiran dalam program PR yang sedikit. Selaku blogger bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, meskipun pro BN, pengarang tetap menyampaikan laporan sebenar untuk tatapan semua. DSAI berkata, blogger BN akan ambil gambar kerusi kosong yang tidak berpenghuni di bahagian belakang sebagai bukti program PR tidak mendapat sambutan. Pengarang sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan DSAI.
(Gabungan 3 gambar dari penjuru berbeza)
Dibahagian hadapan, menghadap pentas. Kehadiran sekitar 350-400 orang berdasarkan susunan kerusi dan anggaran hadirin yang berdiri ditepi pentas.Dua gambar berikutnya pengarang ambil dipenghujung Majlis ketika DSAI menerima borang keahlian baru daripada 3 cabang PKR Sepanggar.
Orang kuat PKR Sabah, Saudara Musli Oli turut kelihatan hadir pada sesi ceramah DSAI tersebut. Berikut pula, gambar wajah DSAI sepanjang Majlis berlangsung.
Sepanjang 2 hari mengikuti perjalanan program DSAI, pengarang mendapati, aura yang dibawa beliau masih sukar untuk menandingi aura yang dibawa oleh DS Najib. Malah kerahan tenaga juga menjadi keluhan oleh ahli-ahli PR sendiri sepanjang 2 hari siri jelajah PR.
Ahli-ahli PKR yang dikerah untuk menunggu dan menyambut kehadiran DSAI sebelum majlis berlangsung. Namun satu (1) hakikat yang ramai daripada pemerhati politik tidak sedar adalah, berkuburnya gerakan STAR dan SAPP dalam setiap edisi jelajah anjuran PR. Pemimpin yang kerap diundang hanya DSP Lajim dan DSP Bumburing. Ke mana perginya STAR dan SAPP Sabah?
Ceramah DSAI juga tidak banyak berubah dan masih dalam ruang-lingkup isu berulang. Fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah, cincin Rosmah, tanah adat, ptptn, harga minyak, sering diulang sebut oleh DSAI sepanjang ceramah beliau. Namun petanda buruk PR pada PRU13 yang akan datang adalah, video edisi kantoi Thamrin yang berjanji akan menjadikan kerajaan PR sebagai Kerajaan BN.
Untuk pengetahuan umum, Parlimen sepanggar kini dilobi oleh parti UMNO, UPKO dan LDP yang kini telah dikosongkan akibat daripada tindakan SAPP keluar daripada BN. SAPP melalui Eric Majimbun dijangka akan mempertahankan kerusi Parlimen Sepanggar mewakili calon PR pada PRU13 yang akan datang.
0 Comments