FADHILAT AL-QURAN: HADITH 1 ORANG YANG TERBAIK



Keterangan
Dalam kebanyakan kitab, hadith ini dinyatakan dengan perkataan  yakni "dan" sebagaimana yang diterjemahkan di atas. Dalam keadaan ini ganjaran yang besar adalah bagi sesiapa yang belajar al-Quran yang mulia dan kemudian mengajar kepada orang lain. Namun demikian dalam sesetengah kitab, hadith ini diriwayatkan dengan perkataan (...) yakni "atau" yang memberi makna 'yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran atau yang mengerjakannya.' Mengikut riwayat ini ganjaran dan kelebihan adalah umum, sama ada orang itu belajar untuk dirinya sendiri atau mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Setiap orang daripada mereka mendapat kelebihan dan ganjaran tersendiri.

Sebenarnya, al-Quran itulah Islam. Oleh itu, agama Islam bergantung sepenuhnya kepada pengekalan dan penyebaran al-Quran. Oleh itu, sudah jelaslah tentang kedudukan terbaik bagi orang yang mempelajari al-Quran atau mengajarkannya dan tidak perlu kepada sebarang penjelasan lagi. Walau bagaimanapun, terdapat darjah kedudukan yang berlainan. Darjah yang terbaik ialah mempelajari al-Quran dengan makna dan maksudnya dan darjah yang terendah ialah mempelajari lafaz al-Quran sahaja. Mafhum kedua daripada hadith di atas (sebagaimana yang diriwayatkan dengan lafaz (....) yang bermakna 'atau') menyokong hadith yang diriwayatkan secara mursal oleh Hazrat Sa'id Ibni Salim r.a, ' Sekiranya seseorang yang memperolehi ilmu al-Quran menganggap orang yang diberikan sesuatu nikmat yang lain itu lebih baik daripadanya maka dia telah menghina nikmat Allah S.W.T yang telah dikurniakan ke atasnya.' Ini adalah jelas, apabila perkataan Allah S.W.T adalah yang terbaik antara segala perkataan maka pastilah belajar dan mengajarkan perkataan Allah S.W.T itu adalah lebih baik daripada segala sesuatu yang lain, sebagaimana yang akan diterangkan dalam hadith yang akan datang.

Mulla 'Ali Qari rah. menukilkan satu hadith lain bahawa sesiapa yang telah memperolehi ilmu al-Quran, telah menyimpan ilmu kenabian di kepalanya. Hazrat Sahl Tustari rah. berkata, "Tanda cinta kepada Allah S.W.T ialah, wujudnya cinta terhadap perkataan Allah S.W.T dalam hati." Dalam kitab 'Syariah Ihya-Ulumuddin' terdapat senarai orang yang akan diberi perlindungan di bawah naungan 'Arash Allah S.W.T pada hari pengadilan yang menggerunkan, antara mereka adalah orang yang mengajar al-Quran kepada kanak-kanak Islam dan juga mereka yang belajar al-Quran semasa usia muda dan terus mengambil berat untuk membaca al-Quran apabila sudah dewasa.


No comments:

Post a Comment