7 LAGI AJK PKR BEAUFORT KELUAR PARTI



Dipetik: Sabahkini.net

Oleh : KORESPONDEN SABAHKINI.NET

TUJUH orang Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat cabang Beaufort keluar parti dan kembali semula menyertai UMNO Beaufort. Di antara mereka terdiri daripada Nordin bin Sanai, Matsitin Hj.Daid, Laidin Amat dan Jismin Juali.

Sementara seorang lagi AJK dipilih, Jaim Bidin menyertai UMNO secara berasingan dan kemasukan mereka diterima oleh Datuk Hajjah Azizah Datuk Seri Mohd.Dun dan Pemangku Ketua Umno Beaufort, Isnin Aliasnih.
Jaim Bidin menyatakan beliau keluar dari PKR kerana malu dengan sikap Ketua Cabang Beaufort, Ramli Hj.Okin yang selalu berkelahi dengan AJK PKR Beaufort.

Dalam kes terbaru, Ramli telah bertumbuk sesama sendiri dengan Dojit Muda dalam Masyuarat PKR Negeri Sabah.

"Saya malu mempunyai Ketua Cabang yang tidak ada disiplin dan macam mana jadi pemimpin kalau bersikap seperti orang gila?" tanya Jaim Bidin lagi.

Tambah Jaim, Ramli seorang pemimpin yang gila kuasa, dia sesuka hati melantik dan membuang AJK dan memboikot kami sejak mula menjadi Ketua Cabang.

Ramli memenangi Jawatan Ketua Cabang Beaufort mengalahkan Datuk John Ghani melalui penipuan iaitu mendesak Cabarlin Loksin, Awang Azman Ini, Abdul Yakub Junsin dan Mat Sani Insim memangkah 136 undi sehingga John Ghani tewas.

"Saya diberitahu oleh Mat Sani Insim, ada 50 orang petugas ketika itu yang memasukan kertas undi palsu," kata Jaim Bidin lagi.

Sehubungan itu, Jaim menggesa agar rakyat Beaufort menyokong UMNO Sabah yang dipimpin Datuk Seri Panglima Musa Aman.

No comments:

Post a Comment