RINGKASAN DAN AGIHAN BAJET 2013




MERINGANKAN KOS SARA HIDUP

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2)
- Bantuan tunai RM500 - isirumah berpendapatan kurang RM3,000.00
- Bantuan tunai RM250 - individu yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000

2. Program Penyeragaman Harga (Sabah & Sarawak)
- Subsidi pengangkutan (Contoh: LPG asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Membuka 57 buah kedai Rakyat 1Malaysia

3. Diskaun Komuter KTMB
- Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan kurang RM3,000

4. Pesara Tentera tidak Berpencen
- Bantuan tunai RM1,000 kepada bekas anggota Tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang 21 tahun

5. Pengurangan Cukai Pendapatan Individu 
Kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan lebih RM2,500 - RM50,000.

6. Diskaun Tambang Feri (Labuan ke Sabah & Sarawak)
- Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri
- Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan mengangkut barangan.

7. Mempermudahkan Ibadah Haji
Membenarkan pencarum KWSP menggunakan simpanan Akaun 2 untuk menampung kekurangan tambang menunaikan haji.

8. Diskaun Bayaran Pasport
Diskaun 50% kepada warga emas & kanak-kanak bagi bayaran pemprosesan pasport antarabangsa bertempoh sah laku 5 tahun

9. Bonus Kakitangan Kerajaan
Pemberian bonus kepada kakitangan awam sebanyak 1.5 bulan


PENDIDIKAN

1. Pinjaman PTPTN
- Diskaun 20% Bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30/9/2013)
- Diskaun 10% setahun bagi bayaran pinjaman secara konsisten.

2. Pusat Pendidikan Kanak-Kanak (ECCE)
- Geran RM10,000 - kepada ECCE swasta 
- Insentif cukai

3. Bantuan Persekolahan
-RM100 kepada setiap murid sekolah tahun 1 hingga tingkatan 5

4. Baucar Buku 1Malaysia
Nilai baucar ditambah dari RM200 ke RM250
- Semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6

5. Tabung Penyelenggaraan Sekolah - RM1 bilion
- SK, SJK(C), SJK(T), Sek. Agama, Sek. Mubaligh, MRSM, SBP

6. Bantuan dan Geran - RM2.6 bilion
- Geran perkapita, bantuan makanan asrama, buku teks dan bantuan bayaran yuran persekolahan

7. Skim Insuran Murid Sekolah
- Perlindungan insuran murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah

8. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)- RM500 juta.
- Program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains.
- Penubuhan Education Delivery Unit (EDU)


PEMBANGUNAN KOMUNITI

1. Program Transformasi Komuniti
- Inisiatif Urban Transformation Programme (UTP) dan Rural Transformation Programme  (RTP).
- National Strategic Coordination Unit (NSCU) untuk mengkoordinasikan hubungan strategik antara Urban Transformation Centre (UTC) dan Rural Transformation Centre (RTC).

2. Pembangunan Luar Bandar
- RM1.2 bilion untuk projek jalan luar bandar
- RM1.6 bilion untuk kemudahan
- Desa Lestari - RM137 juta
- RM100 juta untuk Sabah dan Sarawak - membekal tangki air tadahan

3. KAR1SMA - RM1.2 biliom
Program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja OKU serta penyakit kronik

4. 1AZAM - RM400 juta
Memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan berpendapatan rendah. Memanfaatkan 58,330 peserta.

5. Anjung Singgah
Menambah 6 pusat Anjung Singgah

6. Wanita
- Program Pengarah Wanita
- Program Inkubator Ibu Tunggal

7. Belia
- New Enterpreneur Foundation - RM50 juta
- Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar bagi belia berpendapatan RM3,000 ke bawah - RM300 juta

8. Pusat Internet 1Malaysia - RM150 juta.
- 100 Pusat Internet di dalam kawasan perumahan rakyat

MENYOKONG PELABURAN & PKS

1. Malaysia Sebagai Hub Dagangan Minyak & Gas
- Projek RAPID dan DIALOG - USD 20 bilion
- Loji regasifikasi di Melaka 
- Terminal Minyak di Sipitang, Sabah 

2. Dana Strategik Pelaburan Domestik - RM1 bilion
- Penyumberan luar dan perolehan teknologi
3. Dana Industri Halal - RM200 juta
- Membangunkan produk halal berimpak tinggi untuk tujuan eksport
4. Insuran Penjaja
- Skim perlindungan insuran kepada 1.5juta penjaja dan peniaga kecil
- Had perlindungan RM5,000 - kemalangan diri, hilang upaya atau kematian

5. Dana Pembiayaan PKS Bumiputra
- Membantu PKS untuk berkembang dan meningkatkan pegangan ekuiti
6. TEKUN - RM350 juta
- RM300 juta untuk usahawan kecil memula dan memajukan perniagaan
- RM50 juta - skim pembangunan masyarakat India

7. Pasaran Bon dan Sukuk
- Tambahan modal Danajamin - RM400 juta
- Platform dagangan bon runcit
- Agro Sukuk - insentif cukai

KELESTARIAN BEKALAN MAKANAN

1. Subsidi dan Insentif Padi - RM2.4 bilion
- Subsidi harga padi, baja dan benih padi
2. Skim Perlindungan Takaful Padi - RM50 juta
- Perlindungan kepada pengusaha sawah bawah 10 hektar
- Manfaat 172,000 pesawah dengan perlindungan RM13,000

3. Insentif Nelayan - RM320 juta
- Elaun bantuan sara hidup RM200
- Insentif hasil tangkapan nelayan

4. AZAM Tani - RM41 juta
- Menggalakkan usahawan tani
KEJIRANAN YANG SELAMAT

1. Menambah bilangan perjawatan polis
- Melaksanakan tugas-tugas dan pencegahan jenayah
- Menambah ahli anggota pasukan sukarelawan polis - 10,000

2. Unit Rondaan Bermotosikal
- 1,000 motosikal untuk rondaan di kawasan perumahan
3. Pemasangan Alat Kawalan Keselamatan
- CCTV - 496 unit di kawasan PBT
- Insentif Cukai bagi pemasangan alat keselamatan.

4. Rondaan di kawasan kejiranan - RM40 juta
- Geran 10,000 kepada 4,025 persatuan penduduk berdaftar.
PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

1. PR1MA - RM1 bilion
- Membina 80,000 unit rumah di kawasan strategik
- Harga: RM100,000 - RM400,000

2. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) - RM320 juta
- Membina 1,855 unit rumah kos rendah dan sederhana
- Harga : RM110,000 - RM250,000
- Membina 21,000 unit Rumah Mesra Rakyat
- Subsidi: RM20,000 (Harga Jual: RM45, 000)

3. Jabatan Perumah Negara - RM543 juta
- Membina 20,454 unit perumahan rakyat
- Harga: RM30,000 - RM40,000 (berbanding harga pasaran RM120,000)

4. Rumah terbengkalai - RM100 juta
- Memulih 30 projek perumahan terbengkalai
- Insentif cukai kepada kontraktor penyelamat

5. Skim Rumah Pertamaku
- Menaikkan had pendapatan individu: RM3,000 ke RM5,000
- Syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit serta tempoh minimum bekerja dimansuhkan

6. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
- Mengurangkan aktiviti spekulasi
KESIHATAN

1. Klinik 1 Malaysia - RM20 juta
- Membuka 70 unit klinik baru
- Peningkatan perkhidmatan di klinik 1Malaysia dengan memperkenalkan perkhidmatan pemeriksaan darah dan air kencing
- kawasan-kawasan strategik bandar

2. Membaik pulih Klinik Kesihatan - RM100 juta
- Membaik pulih klinik-klinik usang

3. Menambah mesin dialisis
- RM150 mesin di pusat hemodialisis

4. Pemeriksaan Percuma Ujian mamogram
- Seramai 100,000 wanita dapat manfaat  

No comments:

Post a Comment