WAWASAN 2020



1. Apakah intipati Wawasan 2020 ?

Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu yang terdiri daripada satu Bangsa Malaysia.

Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dalam aspek psikologi, serta selamat dan
maju.

Mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi.

Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertoleransi.

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

Mewujudkan masyarakat penyayang.

Memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara
adalah adil dan saksama.

Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh
dan bingkas sepenuhnya.

Tinggal 8 tahun sahaja lagi untuk Malaysia mencapai status maju. Terpenting pada 2020 nanti,
semua bangsa terutama Melayu/Bumiputera perlu maju seperti bukan Bumiputera.



2. Bolehkah Wawasan 2020 dicapai seperti dijadualkan?

Wawasan ini adalah cetusan idea para pemimpin terdahulu di bawah peneraju utamanya
Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Februari 1991.

Fokus utama ialah menjadikan negara kita berstatus maju sepenuhnya mengikut acuan
sendiri menjelang 2020.

Di bawah kepemimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Gagasan 1Malaysia diletakkan sebagai pemacu ke arah pencapaian wawasan ini.

Kerajaan perlu memastikan pembangunan KDNK pada tahap sekurang-kurangnya 6%
secara terus menerus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. 

Bagi memastikan KDNK meningkat, kerajaan mengumumkan GTP dan ETP sebagai 
memacu pembangunan ekonomi. 

Daripada segi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan dalam negeri (DDI) bagi
tempoh Januari Oktober 2011, nisbahnya ialah 48.4% (FDI) : 51.6% (DDI).. Angka ini
bagaimanapun berubah kepada hampir 50:50. 

Peningkatan FDI jelas menunjukkan  kerajaan mampu menjayakan Wawasan 2020.






No comments:

Post a Comment