GEMPAR... BUKTI KUKUH PR BERJAYA TAWAN SABAH MENJELANG PRU13



Pada 21.10.2012 semalam telah berlangsung Konvensyen Politik Baharu Sabah yang bertempat di Star City Convention Centre Kota Kinabalu. Antara Pemimpin-pemimpin tertinggi PR yang hadir termasuklah, Abd. Hadi Awang, Mohd Aling Aminuddin, Senator Khairiah Mohamed, Husam Musa, Vincent Lee dan beberapa VVIP lain.

Satu pendedahan mengejutkan oleh Husam Musa yang mungkin tidak dihebahkan oleh mana-mana blogger pembangkang dan lidah rasmi pembangkang adalah, kenyataan beliau yang mengakui Kelantan dan Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia. 

Harus diingat, Kelantan miskin bukan kerana berada di bawah tampuk pemerintahan BN, tapi miskin kerana berada di bawah kepimpinan Tok Guru yang telah terbukti tidak cekap.


(Agak-agak Anuar Suka tak situasi sebegini........) 

Sebelum ini, blogger pro pembangkang sibuk mengatakan bahawa tsunami politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia bakal merebak hingga ke negeri Sabah. Namun, daripada gambar yang diperolehi daripada sahabat DKM Sabah (Pincur Man), jelaslah dakwaan tersebut lebih kepada provokasi murahan.

Dewan yang dianggarkan mampu memuatkan sehingga 500 orang peserta hanya dihadiri oleh beberapa puluh hadirin yang majoritinya terdiri daripada orang-orang PAS Sendiri.
Keretakan politik, dan konflik berhubung dengan tindakan komponen PR itu sendiri yang melobi seberapa banyak kawasan Parlimen dan DUN pada PRU13 yang akan datang telah mengundang kepada unsur sabotaj. Jika program anjuran PKR, pastinya hanya sedikit ahli PAS yang datang dan tidak akan dihadiri oleh STAR Sabah. begitulah sebaliknya apa yang berlaku pada PAS. 

PR Sabah sememangnya terkenal dengan barisan kepimpinan yang majoritinya kalah dan hilang deposit pada PRU lepas. Malah dakwaan bahawa PR Sabah hanya dibarisi oleh pemimpin-pemimpin lemah sememangnya berasas. Lihatlah sendiri, untuk membincangkan isu berkaitan dengan politik Sabah sendiri pun, PR Sabah terpaksa menjemput pemimpin-pemimpin tertinggi PR dari pusat. Inikah pemimpin yang dikatakan akan memperjuangkan rakyat Sabah, sedangkan untuk berpidato dikhalayak ramai pun tidak mampu. Sadis Sepak Raga!!!!! inilah yang dikatakan sebagai Pemimpin Tong Sampah




No comments:

Post a Comment