GAGASAN 1MALAYSIA




1. Apa itu Gagasan 1Malaysia?

Ia adalah satu harapan dan iltizam YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak untuk melahirkan satu masyarakat bangsa Malaysia yang berpandukan cogan kata "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Harapan ini boleh direalisasikan melalui program transformasi dalam bidang ekonomi dan politik (NKRA, GTP, ETP). Gagaasan ini yang berteraskan beberapa nilai-nilai penting, mampu memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


2. Apakah tujuannya?

1Malaysia bertujuan;
1. Menyambung hasrat dan dasar pemimpin terdahulu.
2. ia berteraskan Perlembagaan  Persekutuan dan Rukun Negara.
3. Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
4. Berteraskan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".


3. Adakah Gagasan 1Malaysia satu dasar baru kerajaan?

Gagasan 1Malaysia;
1. Bukan gagasan yang mendukung atau memajukan satu dasar baru.
2. ia adalah satu gagasan pelengkap atau kesinambungan kepada pendekatan oleh pemimpin terdahulu.
3. Diterapkan untuk terus mengukuhkan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan.
4. Bertujuan untuk terus meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara supaya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia

Matlamat Gagasan 1Malaysia;
1. Melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia
2. Terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
3. Harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar.
4. Mencapai perpaduan tulen antara berbilang kaum.


4. Apakah intipati utama yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia?

Gagasan 1Malaysia menekankan;
1. Sikap sedia menerima kelainan atau kepelbagaian sebagai satu realiti hidup rakyat Malaysia.
2. Rakyat berbilang keturunan dan etnik di Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain.
3. Mengutamakan kesetiaan kepada negara, yang mengatasi kesetetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Bersedia hidup bersama dalam keadaan saling menghormati nilai dan kepercayaan kaum lain


5. Apakah nilai-nilai utama yang dianjurkan oleh Gagasan 1Malaysia?

Ia menganjurkan;
1. Kelahiran sebuah negara bangsa yang mementingkan sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.
2. Rakyat perlu memahami dan menghayati nilai-nilai aspirasi Gagasan 1Malaysia. - Budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
3. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat jati Malaysia.
4. Rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia sebagai negara ibunda mereka.
5. Malaysia adalah negara kita bersama.
6. Semua kaum atau masyarakat boleh hidup secara aman dan sentosa.


6. Apakah Gagasan 1Malaysia akan melenyapkan hak istimewa kaum bumiputera (Melayu, Bumipuetra Sabah & Sarawak) dan lebih mementingkan rakyat bukan Melayu?

Tidak benar berdasarkan fakta-fakta berikut;
1. Gagasan 1Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara.
2. Program pembangunan disediakan untuk semua kaum berdasarkan peruntukan-peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.
3. Semua kaum dan etnik akan mendapat pembelaan dan bantuan.
4. berteraskan semangat kontrak sosial yang dipraktikkan sejak negara mencapai kemerdekaan.
5. Berpegang kepada peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 4 (1) yang mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara, Perkara 3 (1) yang memartabatkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, manakala warga bukan Islam boleh mengamalkan agama masing-masing dengan bebas dan aman.
6. Perkara 152 yang memperakui bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan lain-lain bahasa rakyat Malaysia boleh digunakan secara bebas.
7. Perkara 153 yang memberi hak istimewa kepada orang Melayu dalam program yang disediakan oleh sektor awak dan hak-hak yang sah bagi kaum bukan Melayu serta kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak kerakyatan kepada kaum bukan bumiputra masih terus menjadi tonggak dan teras Gagasan 1Malaysia.


7. Apakah Gagasan 1Malaysia akan lenyapkan identiti pelbagai kaum di Malaysia?

Tidak, malah ia akan;
1. Melahirkan generasi rakyat 1Malaysia. 1Malaysia adalah satu proses ke arah penerimaan kepelbagaian budaya, agama dan cara hidup masyarakat majmuk di negara kita.
2. Sebaliknya, gagasan 1Malaysia, menghargai dan menghormati identiti dan keunikan kaum dan etnik masing-masing, selaras dengan kerangka persetujuan dalam kontrak sosial oleh pelopor-pelopor kemerdekaan tanah air dan kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 
3. Malay gagasan 1Malaysia memajukan konsep bahawa keunikan dan kelainan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan aset yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia. ia adalah unik dan boleh membantu untuk meningkatkan Malaysia ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.


8. Apakah benar dakwaan bahawa istilah 'satu' dalam Gagasan '1Malaysia' ditakrifkan sebagai satu usaha menghapuskan ciri-ciri pelbagai kaum dan etnik di Malaysia?

Gagasan 1Malaysia melalui 7 NKRA menerapkan prinsip;
1. Keadilan untuk semua kaum.
2. Membela nasib dan kepenting semua kaum.
3. Tiada kaum atau kumpulan masyarakat dipinggirkan.

Hakikatnya, Gagasan 1Malaysia menegaskan;
1. Bahawa tida ada siapapun rakyat Malaysia yang patut menganggap diri mereka sebagai rakyat kelas 2.
2. Tiada rakyat Malaysia dipinggirkan dalam arus pembangunan perdana negara.
3. Setiap kaum akan dibantu oleh kerajaan.

9. Apakah benar dakwaan Gagasan 1Malaysia sama dengan konsep 'Malaysian Malaysia' yaang dilaungkan oleh DAP pada tahun 60-an

Tidak benarm kerasa asa-asa berikut;
1. Konsep "Malaysian Malaysia" yang diperjuangkan oleh PAP dari Singapura yang kemudiannya diterima pakai oleh DAP bertujuan melenyapkan hak istimewa yang diperuntukkan kepada kaum bumiputra dalam Perlembagaan Persekutuan.
2. Konsep "Malaysian Malaysia" juga bertentangan dengan semangat kontrak sosial.
3. Gagasan 1Malaysia lebih ke arah menterjemahkan semangat keadilan sosial kepada rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan budaya.


10. Bagaimana matlamat Gagasan 1Malaysia boleh dicapai?

Gagasan ini menganjurkan agar kita menganggap pelbagai bangsa sebagai kawan dan bukan lawan, kepelbagaian adalah kekuatan, semua kaum adalah aset dan bukan liabiliti.

Gagasan 1Malaysia mempunyai 3 teras;
1. Perpaduan (Penerimaan, prinsip, kenegaraan dan keadilan sosial).
2. Penerapan empat nilai murni (rendah hati, hormat-menghormati, berbudi bahasa, dan bersederhana).
3. Lapan Nilai Aspirasi (Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya ketepatan, Budaya ilmu, integriti, Ketabahan, Kesetiaan, Kebijaksanaan dan Budaya Inovasi sebagai aset dan bukan liabiliti. 






















No comments:

Post a Comment