TUNTUTAN HASIL PETROLEUM NEGERI KELANTAN



1. Bagaimana isu tuntutan hasil petroleum Kerajaan Negeri Kelantan ini timbul?
Pada 9 Mei 1975, menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani satu Surat cara Peletakhakkan (Vesting Deed/Instrument) yang dibuat menurut peruntukkan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144).

Menerusi surat cara berkenaan, Kerajaan Negeri Kelantan telah meletak hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang tidak boleh batal (irrevocable) kepada Petronas berhubung eksplorasi (pencarian), eksploitasi, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai (onshore) atau di luar pantai (offshore) Malaysia.

Sebagai balasan kepada peletakhakkan, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang tidak boleh batal (irrevocable) kepada Petronas itu, pada tarikh yang sama, kedua-dua pihak telah menandatangani satu perjanjian (Perjanjian 1975) mengenai pembayaran sebagaimana yang disyaratkan di bawah Seksyen 4 Akta 144.

Perjanjian
Perjanjian ini menyatakan Petronas hendaklah membuat bayaran tahunan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam bentuk tunai yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Negeri Kelantan.

Tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan
Walaupun hasil petroleum didapati dan diperoleh di luar pantai (offshore) Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat bahawa ia layak menuntut dan mendapat pembayaran 5 % sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perjanjian 1975.
Tuntutan yang dibuat adalah seperti yang berikut:
  • RM2 billion bagi keluaran di kawasan tuntutan bertindih Malaysia-Thailand.
  • RM9.7 billion bagi kawasan di sempadan perairan Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu.
2. Apakah kelayakan Negeri Kelantan untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam Perjanjian 1975?
Terlebih dahulu perlu difahami kuasa Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan berhubung sempadan negeri dan negara dalam konteks negara persekutuan seperti Malaysia dan hak mencari gali petroleum menerusi undang- undang tempatan dan antarabangsa.

Undang-undang tempatan dan antarabangsa yang terlibat adalah :
  • Kanun Tanah Negara 1965.
  • Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu No.7/1967).
  • Akta Pelantar Benua 1966 [1966].
  • Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95].
  • Akta Kemajuan Petroleum 1974[Akta 144].
  • Akta Zon Eksklusif Ekonomi 1984 [Akta   311].
  • Perlembagaan Persekutuan.
  • United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982.
  • Convention on the Territorial Sea and Contiguous Zone 1958.
  • Convention on the Continental Shelf 1958.
Sungguhpun Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) mendefinisikan “tanah negeri” sebagai semua tanah di dalam negeri sama ada daratan atau dasar laut berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri tetapi terbatas setakat sempadan daratan dan perairan wilayahnya sendiri sahaja. KTN mengguna pakai definisi “perairan wilayah” (territorial waters) yang sama sebagaimana didefinisikan oleh Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu No.7/1967).

(Rujukan)
Definisi “Tanah” : “Land” includes-
(a)    That surface of the earth and all substances forming that surface;
(b)   The earth below the surface and all substances therein;
(c)    All vegetation and other natural products, whether or not requiring the periodical application of labour to their production, and whether on or below the surface;
(d)   All things attched to the earth or permanently fastened to anyhthing attached to the earth, wheater on or below the surface; and
(e)   Land covered by water

Definisi “Tanah Negeri”:
state landmeans all land in the State
(including so much of the bed of any river, and of the foreshore and the bed of the sea, as is witihin the territories of the State or the limits of territorial waters) other than –
(a) alienated land;
(b)reserved land;
(c) mining land;
(d)any land which, under the provisions of any law relating to forest (whether passed before or after the commencement of this Act) is for the time being reserved forests.

Definisi “Perairan Wilayah” (territorial waters) :
“territorial waters” has the meaning assigned to it in subsection 4(2) of the Emergency (Essential Powers) Ordinance, No. 7/1969[P.U.(A) 307A/69].

Dalam konteks perairan wilayah, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu No.7/1967) dengan jelas menyatakan ukuran sempadan untuk negeri iaitu tidak lebih daripada 3 batu nautika yang diukur daripada “tikas air surut (low water marks)” [di bawah kuasa Kerajaan Negeri] dan ukuran sempadan untuk negara adalah 12 batu nautika yang diukur daripada “garis pangkal (baselines)” [di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan].

(Rujukan)
Definisi “Perairan Wilayah” (territorial waters) di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu no.7/1967)

Untuk Negara :
Subseksyen 3(1)
Kelebaran perairan wilayah Malaysia hendaklah dua belas batu nautika dan kelebaran hendaklah kecuali di Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut Celebes diukur menurut Artikel-artikel 3,4,5,6,7,8,9,10,11,12 dan 13 Geneva Convention the Territorial Sea dan Contiguous Zon e (1958), yang Artikel-Artikel tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam jadual. [P.U(A) 468/1969]

Untuk Negeri :
Subseksyen 4(2)
Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], Kanun Tanah Negara 1965 dan mana-mana undang-undang bertulis mengenai tanah yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan mengenai perairan wilayah yang terdapatnya di dalamnya hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai bahagian laut bersempadan dengan pantai negeri tersebut tidak lebih daripada tiga batu nautika yang diukur daripada tikas air surut. [P.U.[A] 468/1969]

Ukuran-ukuran bagi sempadan perairan wilayah ini diterima pakai oleh negara menerusi “Convention On The Territorial Sea and Contiguous Zone 1958” dan “Convention On The Continental Shelf 1958” yang kemudiannya di atasi oleh “United Nations Convention on the Law of the Sea (UNLOS) 1982”

(Rujukan) :
Article 3 UNCLOS
Breadth of the territorial sea
Every State has the right to establish the breath of its territorial sea up to a limit not exceeding 12 nautical miles, measured from baselines determined in accordance with this Convention.

Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], semua hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana- mana undang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dahulu sampai sekarang.

Kerajaan persekutuan hanya mnyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada petronas menerusi akta kemajuan petroleum 1974 (akta 144) di mana petronas telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.

Begitu juga dengan kerajaan negeri Kelantan telah menyerahkan sepenuhnya haknya (tanpa boleh batal (irrevocable) kepada petronas untuk menjalankan kerja- kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi suratcara peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) akta kemajuan petroleum 1974 (akta 144) pada 9 mei 1975.

Dalam isu tuntutan kerajaan negeri Kelantan ini, keterangan menunjukkan bahawa kedudukan medan/telaga minyak yang terlibat iaitu pm 301 dan pm 302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut negeri Kelantan.

Oleh itu adalah jelas negeri Kelantan tidak layak mendapatkan bayaran tunai di bawah perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang di jumpai oleh petronas yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.

3. Apakah istilah yang disebut dalam Akta kemajuan petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?
Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah “bayaran tunai” dan tiada di mana bahagian sama ada di dalam Akta 144 atau Perjanjian 1975 mendefinisikan atau merujuk perkataan ‘bayaran tunai’ sebagai ‘royalti’.

4. Adakah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) 1969 akan terhapus apabila Akta Kemajuan Petroleum 1974 dikuatkuasakan?
Tidak. Akta kemajuan petroleum 1974 adalah berkenaan pemberian seluruh hak pemunyaan eksklusif di atas petroleum dan hak, kuasa dan pemunyaan eksklusif untuk mencarigali, mengeksploit dan memperoleh petroleum sama ada di dalam (onshore) atau di luar pantai (offshore) Malaysia kepada PETRONAS.

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) 1969 terutama sekali ordinan No.7 dan No.11, 1969 masih terpakai kerana ia memperuntukkan kedudukan had perairan wilayah negeri. Peruntukan ini amat penting dalam konteks mengenai hak negeri-negeri di perairan Malaysia.

5. Kenapa kedudukan Sabah dan Sarawak berbeza dengan negeri-negeri Semenanjung dalam isu pembayaran royalti?
Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas kawasan pelantar benua.

Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954” dan “Sarawak (Alteration of Boundaries) order in council 1954]”.
Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang di iktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963. Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira duti import,duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta hasil perlombongan galian semulajadi.

Ini adalah jaminan kelayakan yang di terima oleh negeri Sabah dan Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri semananjung.

6. Mengapakah Kerajaan Persekutuan menawarkan Wang Ehsan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta dan bagaimanakah ia disalurkan?
Kerajaan persekutuan menawarkan jumlah tersebut atas dasar ihsan dan budi bicara bagi tujuan membantu rakyat negeri Kelantan walaupun petroleum yang dihasilkan dari telaga gas pm 301 itu berada di luar perairan wilayah Negeri Kelantan.

Wang ihsan berkenaan akan disalurkan menerusi jabatan pembangunan persekutuan Negeri Kelantan (JPP) dalam bentuk projek pembangunan dan program pembasmian kemiskinan yang akan di laksanakan secara telus oleh Kerajaan Persekutuan.

7. Apakah kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah (bekas Pengerusi Petronas) bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperoleh dari luar perairan negeri tersebur serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan adalah berasas?
Kenyataan ini tidak berasas sama sekali dan menyimpang dari lunas fakta dan undang-undang serta mengelirukan. Sepatutnya, YB menerangkan fakta sebenar bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai hak mutlak ke atas hasil petroleum yang diperoleh dari luar kawasan perairan wilayah Negeri Kelantan dan dengan budi bicara Kerajaan Persekutuan, sebahagian daripada hasil tersebut turut dapat dinikmati oleh rakyat walaupun di sisi perundangan dan kontrak negeri Kelantan tidak layak dan/atau berhak kepadanya.

8. Apakah cadangan pindaan yang diusulkan oleh Ketua Pembangkang dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144)?
Ketua pembangkang (dato’ seri anwar Ibrahim) pada 30 November 2009 telah mengemukakan cadangan agar peruntukan seksyen 10 Akta Kemajuan Petroleum 1974 dipinda dengan memotong tanda noktah pada penghujung seksyen tersebut dan memasukkan perkataan-perkataan yang berikut:
“..dan kawasan “di luar pantai”
bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada di dalam had zon ekonomi eksklusif bagi persekutuan dan di ukur menurut undang-undang yang diterima pakai oleh persekutuan pada masa berkaitan”.

Berdasarkan cadangan pindaannya, nyatalah ketua pembangkang menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan dan negeri-negeri lain tidak mempunyai hak ke atas hasil petroleum yang dijumpai dan diperolehi di luar 3 batu nautika perairan wilayah negeri-negeri.

9. Apakah jalan penyelesaian untuk merungkai kemelut ini?
Pihak-pihak terbabit boleh rujuk ke mahkamah sebagaimana yang pernah dibuat menerusi kes tuntutan kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2001.

No comments:

Post a Comment