ISU TANAH ADAT DI SABAH



1. Apakah yang ditakrifkan sebagai Tanah Adat (Native Customary Rights)?
NCR ialah hak istimewa yang diberikan kepada Anak Negeri Sabah yang telah menetap dan mengusahakan tanah Kerajaan untuk tujuan sara hidup selama tiga tahun berturut-turut dan juga tertakluk kepada seksyen 5,6,13-16, 65 dan 88.
Section 65. “Customary tenure” means lawful possession of land by natives either by continuous occupation or cultivation for three or more consecutive years or by title under this Part or under the Poll Tax Ordinance, or Part IV of the Land Ordinance, 1913”.

2. Berapa jenis dan seluas manakah Tanah Adat di Sabah?
Jenis Tanah Adat dan keluasannya adalah seperti berikut:

 

3. Berapakah jumlah Tanah Adat (NCR) yang telah dimiliki/diluluskan di Sabah sehingga kini?
Jumlah Tanah Adat yang diluluskan ditunjukkan oleh rajah di bawah:



4. Apakah prosedur untuk menuntut tanah NCR ini?
  • Penuntut mestilah seorang Anak Negeri Sabah.
  • Mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pejabat Pemungut  Hasil Tanah (PPHT).
  • Mengadakan  Siasatan Tanah (L.E.) melalui laporan lapangan dan pengesahan daripada Ketua Kampung untuk memutuskan tuntutan tersebut.
5. Dimanakah taburan Tanah NCR di Sabah & berapa perserta terlibat?
Taburan Tanah NCR dan peserta yang terlibat seperti berikut:






6. Mengapakah proses penyiasatan ke atas bidang tanah NCR terlalu lama?
Proses penyiasatan mengambil masa yang lama kerana ia memerlukan penuntut memanggil saksi yang ramai dan proses ini mesti melalui proses perundangan di mahkamah.


7. Apakah langkah penyelesaian yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi mangatasi pengeluaran geran tanah?


Untuk mempercepatkan proses pemberimilikan tanah syarat NT kepada Anak Negeri Sabah dan menyelesaikan isu NCR, Kerajaan Negeri Sabah, melalui Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, telah mewujudkan kaedah pemberimilikan tanah yang baharu iaitu melalui Pemberimilikan Tanah Terancang Fast Track untuk pengeluaran GERAN KOMUNAL.


8. Apa itu Geran Komunal?
Geran Komunal yang telah di bangunkan secara usaha sama antara agensi kerajaan negeri, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan anak negeri Sabah tempatan (peserta/benifisiari).


9. Berapa banyakkah Geran Komunal yang telah dikeluarkan dan telah dilaksanakan sehingga kini?
Maklumat pengeluaran GK adalah seperti berikut:
       Geran Komunal di Tongod, Melibatkan satu kawasan seluas 9,120 ekar dengan 1,022 benefisiari.
       Geran komunal di Tenom, Melibatkan empat kawasan seluas 13,453 ekar dengan 1195 benefisari.
       Geran Komunal di Nabawan, Melibatkan dua kawasan seluas 9,000 ekar dengan 444 benefisari.


10. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk mengeluarkan lebih banyak Geran Komunal ini bagi mengatasi masalah kelewatan pengeluaran geran, kos pengukuran yang mahal dan pertindihan permohonan?
Ya. Kerajaan memang merancang untuk mengeluarkan lebih banyak Geran Komunal pada masa akan datang seperti di Kota Marudu, Pitas, Ranau dan Labuk Sugut.


11. Bagaimanakah peserta/benefisiari Geran Komunal akan memperoleh faedah/keuntungan?
Sekiranya benefisiari bersetuju untuk mengadakan usaha sama dengan pihak pemaju, maka mereka akan mendapat keuntungan daripada segi dividen, peluang pekerjaan dan peluang perniagaan.
Sekiranya benefisiari ingin mengusahakan tanah tersebut secara sendiri, maka hasil keuntungan bergantung pada usaha mereka sendiri.


12. Berapa lamakah peserta/benefisiari akan terikat dengan geran ini?
Kekal. Hanya jika mereka sendiri yang memohon untuk mengeluarkan nama mereka daripada senarai dalam Geran Komunal.


13. Bolehkah Geran Komunal ini dipecah-pecahkan/dibahagi-bahagikan kepada individu yang berkenaan?
Geran Komunal boleh dipecah bahagi tertakluk kepada kelulusan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.


14. Bolehkah Geran Komunal ini diwarisi oleh ahli keluarga?
Penambahan, penyingkiran dan penggantian benefisiari hanya boleh dilakukan melalui siasatan terperinci oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah berkenaan dan tertakluk kepada kelulusan Pengarah Tanah dan Ukur.


15. Apakah kebaikan Geran Komunal ini?
  • Melindungi kepentingan Anak Negeri Sabah ke atas tanah di kawasan perkampungan mereka.
  • Mengambil kira tuntutan Anak Negeri Sabah ke atas tanah yang dipertikaikan.
  • Memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk luar bandar jika dibangunkan secara usaha sama.
  • Pemberimilikan tanah yang sistematik dan teratur.

No comments:

Post a Comment