Road Bully? : Inilah akibatnya bila DAP berkuasa!




Aku tak tau nak kata apa, bila aku tgk video ni, aku jadi kesian pula tengok orang-orang Melayu kat penang. Ni baru kat penang, kalau ditakdirkan DAP berkuasa, maka tidak mustahil Melayu akan terus ditindas di bumi sendiri.

Tajuknya Road Bully, Tapi seeloknya kamu sendiri la nilai, siapa yang buli siapa. Kamu ada mata untuk melihat, kamu ada akal untuk berfikir dan yang akhirnya, kamu ada perasaan untuk merasa, perasaan seorang yang marah bila merasa dirinya tidak bersalah tetapi di tuduh sebagai pesalah. Renung-renungkan.



Jangan lupa juga tengok komen-komen yang pengunjung berikat kat video tersebut.


Kamu lihat sendirilah komen-komen kat video tersebut. Orang-orang DAP ni kalau kutuk polis, dorang la manusia nombor 1, tapi kalau ada apa-apa kecemasan, dorang juga manusia nombor satu telefon polis. Kata polis Malaysia ni kotor, so kalau ada apa-apa kecemasan tu, tidak perlu lah nak sibuk telefon polis. Rujuk ja sebarang kecemasan tu kat DAP, PAS, PKR, tak pun rujuk ja kat Malaysia Kini.

Untuk gambaran terkini, aku sempat juga lepak dibeberapa lokasi restoran mamak terpilih dekat area penang. Apa yang aku perhatikan, orang Melayu dekat penang ini sudah mula bercakap soal Melayu, Hak Melayu, Tanah Melayu, Melayu ditindas. Beberapa fakta yang sering dihujahkan oleh pengunjung-pengunjung kedai mamak. Isu ini termasuklah;

1. Zaman DAP; DAP halau orang melayu dengan membina rumah mewah berharga RM200k ke atas dan tidak langsung membela nasib orang Melayu di Penang. Buktinya, rumah PPRT dan kos rendah mahupun kos sederhana, langsu tidak dibina oleh kerajaan DAP Penang.

2. Program untuk masjid-masjid sekitar Penang tidak serancak dahulu. Hal ini kerana, peruntukan untuk hal elwah agama Islam di Penang telah diagihkan secara sama-rata untuk semua agama. Dari situ telah terbukti betapa bencinya DAP terhadap agama Islam itu sendiri.

3. Ramai orang Melayu tidak sedar bahawa, populasi orang Melayu di bahagian Pulau kini semakin berkuranggan. Pendapat orang-orang Melayu di sekitar Penang ini ada asasnya, Agenda DAP mengusir orang Melayu dari penang tu dilakukan dengan cara halus. Pembinaan rumah berharga RM200k dan ke atas adalah agenda terancang DAP untuk mengusir pengundi Melayu dari Pulau. Orang Melayu Penang kini terpaksa mencari rumah mampu milik sekitar Seberang Prai, kerana kesukaran untuk memiliki rumah di bahagian pulau.

DKM Sabah sempat berbual dengan sahabat lama yang kini bekerja dengan kerajaan negeri. DKM cuma mengajukan satu soalan untuk sahabat DKM, berkaitan pandangan beliau terhadap Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng?. Beliau menjawab;

Dari Segi Kepimpinan, LGE memang cekap berbanding dengan kepimpinan BN yang terdahulu. Namun, dari sudut Hak Melayu, terus terang aku katakan DAP memang Resis. Walaupun aku bekerja dan diambil kerja oleh YB-YB PR, namun aku tetap katakan DAP Resis. PR sebenarnya gagal dalam membela nasib orang melayu di Penang. Kenapa aku nak kata DAP Resis, Masyarakat Cina Penang majoritinya menyokong DAP.

Sahabat DKM meneruskan hujah beliau, Kalau aku nak datang interview, aku akan tengok dulu siapa HR dia, samada orang Melayu atau orang Cina. Kalau orang Cina, aku memang takkan letak harapan tinggi, sebab aku dah tahu mesti candidate Cina yang akan diambil bekerja. Ini bukan hanya berlaku kepada aku, tapi kepada semua anak-anak Melayu di Penang. 

Kesimpulannya, kalau anda nak kata DAP (PR) itu resis atau tidak? anda tanyala sendiri orang Melayu di penang. Sahabat DKM ni bukan orang politik, beliau lebih suka menjadi pemerhati. Meskipun bekerja dengan kerajaan negeri, dan dilantik oleh kerajaan DAP (PR), namun beliau sendiri mengakui DAP resis.


No comments:

Post a Comment