Bertanding Satu Kerusi sahaja - Pengerusi DAP?

Satu lagi kenyataan daripada DAP yang buat pembangkang Sabah khususnya calon-calon PR Sabah yang tamak dan gila kedudukan dengan mengisytiharkan untuk bertanding lebih daripada satu (1) kerusi pada PRU13 yang akan datang.

Bagi DKM, bukan soal satu kerusi sahaja yang perlu diberi teguran dan cadangan oleh Karpal, tapi juga berkaitan soal kronisme dan Nepotisme yang terang-terangan melanda PR.

PKR (DSAI, Wan Azizah, Nurul Izah dan Seorang lagi anak DSAI dijangka akan bertanding pada PRU akan datang)


(Karpal Singh, Gobind Singh,) (Lim Kit Siang-bapa, Lim Guan Eng-anak, Betty Chew-menantu)


Sumber KL Pos

GEORGETOWN, 27 Oktober - Pengerusi DAP, Karpal Singh menyeru wakil rakyat daripada parti itu yang menyandang dua kerusi supaya memilih hanya satu kerusi untuk mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata dalam mesyuaratnya, Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes 'terkecuali', seseorang anggota parti itu dibenar menyandang dua kerusi (kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen).

Karpal Singh berkata, beliau berpendapat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh dianggap sebagai antara kes terkecuali itu.

"Keadaan terkecuali ini perlu diambil kira dalam erti kata sebenarnya. Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang menyandang dua kerusi mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka akan memilih satu kerusi sahaja.

"Mereka patut berbuat demikian demi kepentingan pakatan pembangkang. Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mampu tangani secara langsung isu yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri," katanya kepada pemberita.

Beliau bagaimanapun berkata, terserahlah kepada CEC untuk memutuskan kerusi mana yang perlu dilepaskan oleh calon.

Kini, sembilan wakil rakyat DAP menyandang dua kerusi, tiga daripada mereka di Pulau Pinang iaitu Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri, P. Ramasamy dan ketua DAP negeri Chow Kon Yeow.

Karpal Singh berkata, langkah melepaskan kerusi tidak sepatutnya menjadi masalah sekarang kerana DAP tidak lagi kekurangan calon berkebolehan berbanding sebelum ini.


DKM Sabah;
Akhirnya yang akan merasai keperitannya sudah tentulah manusia yang bernama Lajim dan Bumburing.

Nah Apa Kau Rasak..... Urin!!!! ... masuk lagi PR..

No comments:

Post a Comment