1. Kenapakah perolehan Scorpene dijadikan isu?
Pembangkang menimbulkan isu komisyen dalam perolehan Scorpene semata-mata
untuk mengelirukan rakyat malah menjejaskan imej YAB Perdana Menteri.
Usaha SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang cuba mengheret Dato’ Sri Mohd.
Najib ke Mahkamah Perancis adalah suatu usaha `pementasan’ untuk memalukan Perdana
Menteri Malaysia di tempat antarabangsa bagi maksud PRU ke 13.
Malahan Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam (Penyiasat Persendirian) pada 1 Julai 2008
yang cuba mengaitkan Altantuya dengan Dato Sri Najib mengenai tuntutan wang komisyen
telah ditarik balik.
2. Kenapa kita memerlukan kapal selam?
Sebahagian daripada transformasi dan permodenan angkatan tentera laut negara
bersesuaian dengan keperluan semasa. Kapal selam dianggap sangat strategic untuk
melindungi kedaulatan negara daripada sebarang ancaman, di samping untuk mengimbangi
sistem pertahanan laut negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia yang telah
lebih awal memiliki kapal selam masing-masing. Untuk memperkukuh tahap kemampuan
negara dari segi kawalan di perairan negara yang bersempadan dengan negara- negara
Asean seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Vietnam.
Untuk melindungi kepentingan ekonomi negara seperti kawalan keselamatan
Industri Petroleam Negara, melindungi paip-paip gas, paip minyak dan talian komunikasi
di dasar laut serta kapal-kapal dagang yang melalui perairan negara.
3. Siapakah yang membangkitkan `Scorpene’ sebagai isu di Malaysia?
Pada Disember 2009 pembangkan menggunakan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
melantik seorang peguam Perancis Joseph Breham mengemukakan saman pemula di mahkamah
Perancis ke atas syarikat pembuat Scorpene iaitu DCNS kerana mengesyaki kononnya
wujud amalan rasuah dalam urusan perolehan Scorpene.
4. Adakah wujud unsur-unsur tidak telus di dalam perolehan kapal selam Scorpene?
Pembelian kapal selam Scorpene ini dilakukan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Kerajaan
tidak pernah menyembunyikan kotrak perolehan kapal selam Scorpene.
5. Berapakah nilai keseluruhan perolehan kapal selam Scorpene dan kenapa SUARAM
mendakwa wujudnya bayaran `komisyen’ kepada Syarikat Perimekar Sdn
Bhd?
Kontrak keseluruhan Scorpene bernilai EURO1.084 bilion, ditandatangani pada
5 Jun 2002 dengan jelas menyatakan:
- EURO 969.15 juta atau RM4.85 bilion dibayar kepada syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua buah kapal selam Scorpene, pakej Intergrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam TLDM.
- EURO 114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn.Bhd. secara berperingkat selama 6 tahun sebagai kos Perkhidmatan Koordinasi dan Sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Peranchis.
Dalam kontrak menjelaskan Perimekar Sdn. Bhd. bertanggung jawab menyediakan
perkhidmatan berikut:
- Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol bagi tempoh selama 6 tahun.
- Menyediakan Pejabat Urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggaraan pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh selama 6 tahun.
- Membayar elaun harian dan elaun krew
- EURO 50 sehari setiap seorang untuk tempoh 3 tahun pertama dan EURO 60 sehari untuk tempoh 3 tahun kedua.
- Membiayai kos penerbangan pergi balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti setiap empat bulan sekali.
- Bertanggung jawab memastikan pernyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.
- Membatu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksanaan kontrak.
- Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.
- Menyediakan laporan koordinasi dan lain- lain yang berkaitan perolehan ini.
- Hakikatnya bayaran EURO 114.96 juta bukanlah bayaran komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar Sdn.Bhd. Bayaran ini adalah telus, nyata dan wajar.
6. SUARAM mendakwa kerajaan tidak memberikan penjelasan sebagaimana yang dituntut oleh mereka?
Pembelian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan soal strategi keselamatan
dan rahsia negara yang tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak. Semua negara di dunia menyembunyikan fakta berkaitan dengan strategi keselamatan
kerana ia boleh meletakkan negara kepada bahaya sekiranya didedahkan kepada pihak
lain.
7. Apakah tindakan-tindakan yang boleh dianggap `provokasi’ SUARAM untuk memanaskan isu ini di kalangan
masyarakat?
SUARAM `menyerang’ Mindef dengan fakta palsu mengenai Scorpene dalam buku
yang ditulis oleh Dr. Kua Kia Soong berjudul `Questioning Arms Spending in Malaysia’.
Dr. Kua Kia Soong adalah ahli DAP. Buku ini dilancarkan di Ibu Negara pada 11 Disember 2010 dan dilancarkan
sekali lagi pada 14 Disember 2010 di London. Menghasilkan buku di dalam negara seterusnya
melancarkannya sekali lagi di luar negara menggambarkan adanya unsur- unsur berniat
jahat terhadap Kerajaan dan kepimpinan negara.
SUARAM telah menjemput seorang peguam dari Perancis William Bourdon
untuk menyampaikan ceramah dalam majlis penerangan di Pulau Pinang pada 21
Julai 2011 berkaitan dengan perkembangan terbaru dalam siasatan isu Scorpene.
22 Julai 2011, Imigresen telah menahan peguam Perancis William Bourdon di
KLIA sebaik tiba dari Pulau Pinang atas dakwaan menyalahgunakan pas lawatan
sosial. SUARAM akan mengadakan majlis pada bulan Jun 2012 untuk mengutip derma bagi
membiayai kos pengurusan kes Scorpene di mahkamah Perancis.
8. Apakah komen Menteri Pertahanan mengenai isu Scorpene?
- Beliau sedia ke mahkamah bagi menjawab segala dakwaan SUARAM. SUARAM bebas melantik peguam untuk mencabar kerajaan di mahkamah.
- Kementerian akan mengambil tindakan undang-undang yang memanipulasi fakta yang kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian scorpene.
- Penasihat Undang-Undang Kementerian Pertahanan sedang meneliti fakta-fakta dalam buku tulisan Dr. Kua Kia Soong.
- Isu pembelian scorpene tidak perlu dibawa kepada SPRM kerana pembelian scorpene dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
No comments:
Post a Comment