TANPA 31 OGOS, TIDAK AKAN ADA 16 SEPTEMBER




Dipetik: BERNAMA
Oleh: Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, Sept 7 (Bernama) - "Bagaimana agaknya kalau negara kita masih diperintah oleh penjajah dan belum merdeka"?

Itulah persoalan yang diajukan penulis kepada seorang teman yang adalah pengamal media pada satu majlis Hari Raya di sini baru-baru ini.

"Kalau begitu, orang Melayu hanya masih mengerjakan sawah, orang Cina hanya menguruskan kedai runcit dan orang India terus bekerja di estet getah, " Jawab pengamal media itu.

"Perkhidmatan awam pula dikuasai 'Orang Puteh' (Penjajah) dan orang macam kita (miskin dan tinggal di luar bandar) serta anak kita tidak akan ada peluang belajar di universiti," sambung seorang lagi teman penulis, Dr Faizul Ismail, yang juga seorang ahli akademik.

Sememangnya mencapai kemerdekaan adalah begitu bermakna bagi sesebuah negara dan penduduknya.

"Sebelum merdeka, penjajah orang puteh pernah berkata orang Melayu akan berpuas hati jika mereka ada beberapa ekar sawah untuk tanam padi (untuk makan), sungai untuk tangkap ikan (buat lauk) dan kebun getah untuk dapat duit (dari hasil) jual getah.

"Kita mungkin akan masih seperti itu jika masih belm bebas daripada dijajah,' tambah Dr Faizul yang mempunyai doktorat dalam bidang sains.


Anak Kecil

Malaysia berusia 55 tahun pada Jumaat, 31 Ogos tahun ini. Satu usia yang agak 'muda' jika dibandingkan dengan beberapa negara lain di dunia yang telah mencapai kemerdekaan beberapa tahun lebih awal.

sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia telah mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran.

"Keadaannya (Malaysia) sama dengan anak kecil itu kecil. Anak itu merangkak dan membesar, (perkembangan) ini berkesinambungan ke peringkat anak itu meningkat usia, kepada umur belasan tahun dan seterusnya sehingga mencapai autonomi dan berupaya membuat keputusan sendiri,' jelas seorang teman lain yang juga Pensyarah Universiti, Dr Robert Leong.

Menurut Dr Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi mengalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkata baru.


Keupayaan

"Anak itu mahu tunjuk apa yang dia boleh buat melalui keupayaan diri mereka sendiri;' jelas beliau, sambil menambah ini adalah penting untuk memberi keyakinan diri mereka sendiri.

"Apa yang mereka mahu buat untuk diri mereka, ada kena mengena dengan perkembangan diri anak itu sendiri," jalas beliau lagi.

Samalah dengan rakyat Malaysia dalam negara Malaysia yang merdeka serta berdaulat.

Itulah apa yang dilalui rakyat Malaysia. Kebebasan daripada belenggu penjajah telah memberikan mereka identiti tersendiri selain daripada kemahuan dan komitmen untuk mencapai kemajuan.

Malaysia dan rakyatnya telah mencapai kemajuan yang mendadak dalam hampir semua aspek termasuk dari segi ekonomi, akademik dan pentadbiran.



Hari Merdeka, Hari Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana ia mempunyai dua tarik 'keramat'.

Pada 31 Ogos setiap tahun, semenjak 1957, negara merayakan kebebasan daripada penjajah dan ini dikenali sebagai 'Hari Merdeka' manakala 16 September semenjak 1963, ia merayakan ulang tahun pembentukan Malaysia (Kemasukan Sabah dan Sarawak) di mana hari ini dikenali sebagai 'Hari Malaysia'.

Bagaimanapun masih terdapat perdebatan daripada golongan pihat-pihak tertentu.

Dakwa golongan ini, kenapa negara tidak merayakan hanya hari Malaysia sedangkan tarikh 16 September adalah lebih penting dan releven kerana pembentukan Malaysia.

Bagaimanapun ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju. Jawapannya adalah mudah.

Menurut para Cendikiawan, golongan akademik dan sejarawan, contoh yang paling menonjol boleh diambil dari Amerika Syarikat yang mengagungkan 4 Julai sebagai 'Independence Day'.


Rakyat Bersatu

Amerika Syarikat, sebuah kuasa besar dunia dan pernah dijajah British, merayakan hari kemerdekaannya pada 4 Julai setiap tahun.

Menurut seorang pensyarah universiti (yang enggan dinamakan), "Tidak ramai yang tahu bahawa pada 4 Julai 1796, hanya ada 13 negeri bekas tanah jajahan British di Amerika yang mencapai kemerdekaan sebagai sebuah negara.

"Negeri terakhir, Hawai, hanya bergabung dengan Amerika Syarikat pada 21 Ogos, 1959 menjadikannya negeri ke-50 dalam Amerika Syarikat.

"Tetapi rakyat Amerika masih merayakan kemerdekaan mereka pada 4 Julai dan bukannya tarikh 21 Ogos kan? Begitu juga dengan negara kita, tarikh yang dianggap Merdeka adalah 31 Ogos," kata beliau.


Kebebasan

Penjajah negara ini bermula pada 1511 bila Portugis menawan Melaka. Belanda kemudian mengalahkan Portugis pada 1644 dan meneruskan penjajahan.

Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 telah membuka pintu kepada pihak British untuk bertapak di tanah Melayu.

Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941 dan menyerahkannya kembali kepada British pada tahun 1945, dihujung Perang Dunia Kedua.

Jelas pensyarah itu lagi, Hari Kemerdekaan Malaysia adalah untuk memperingati hari di mana semua rakyat negara ini mencapai kebebasan daripada penjajah.

"Dan ia bukan hanya kemerdekaan daripada penjajahan British tetapi kesan daripada penjajahan berkurun lamanya oleh orang asing semenjak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Jepun.

Bila negara mencapai kemerdekaan, kita boleh merangka masa depan sendiri berbanding apa yang kita terpaksa buat menurut arahan penjajah,' jelas pensyarah itu lagi.


Tanpa 31 Ogos, Akan Tiada 16 September

Katanya, dengan memberi kepentingan yang lebih terhadap tarikh 16 September berbanding 31 Ogos, ia akan 'melenyapkan' pengorbanan dan perjuangan serta nilai usaha para pejuang kebebasan negara.

"Tanpa 31 Ogos, 1957, tidak akan wujud 16 September 1963. Tanpa pengorbanan serta usaha keras para pejuang kemerdekaan pada masa lampau untuk mencapai kebebasan tahun 1957, tidak akan ada sebuah persekutuan Malaysia yang dibentuk pada tahun 1963.

"Inilah yang perlu diberitahu dan diabadikan kepada semua generasi muda"

BERNAMA


Lampiran Dokumen perjanjian yang diperolehi melalui carian di Google





No comments:

Post a Comment