KETAHUI BLOG ANDA BAKAL DIGODAM!. PELAJARI CARA MUDAH SELAMATKAN BLOG!..

Berikut pengarang berikan contoh blog yang telah digodam dan pengarang sendiri telah melalui peristiwa ini. Ini merupakan blog yang sudah lama aktif, cuma pengarang tidak dapat pastikan samada pemilik blog ini sedar atau tidak bahawa blog beliau telah di godam.

Contoh blog yang telah digodam

SURIA PAGI: http://sumandakbayu.blogspot.com/


Jika anda taip URL http://sumandakbayu.blogspot.com/  ===> dalam tempoh beberapa saat sahaja laman tersebut akan bertukar sendiri kepada laman lain seperti di bawah ini (http://kunoichi.info/). Untuk pengesahan boleh la cuba carian URL Suria Pagi itu berkali-kali dan lihat, laman di bawah ini juga akan bertukar setiap kali anda cuba untuk akses ke blog Suria Pagi tersebut (Itulah bukti blog anda telah di GODAM atau bahasa pasarnya di HACK!!! hahahah)



Tips:
Untuk kes-kes sebegini, pengunjung tidak akan dapat mengakses sebarang maklumat daripada blog tersebut sehingga langkah-langkah berikut diambil;

1. Anda tidak ada pilihan lain selain daripada menukar URL Tn/Pn. Contoh http://sumandakbayu.blogspot.com tambah "sebarang huruf" kepada http://sumandakibayu.blogspot.com @ http://shumandakbayu.blogspot.com @ atau sahaja URL baru untuk blog anda. Tukar URL tersebut dan biarkan dia beroperasi selama lebih 24 jam.

2. Selepas 24 jam anda boleh ubah seting URL anda kepada URL asal http://sumandakbayu.blogspot.com dan hasilnya, pengunjung blog anda akan dapat mengakses terus ke blog anda tanpa sebarang gangguan.


Bagaimana nak tukar URL:
Opsss lupa!!! Anda pergi ke Setting dan tukar URL anda untuk tempoh lebih 24 dan dan kembali ke setting semula untuk mengubah URL sementara kepada URL asal seperti berikut.



Selamat mencuba!!!


Kalau tidak berminat, blog anda akan jadi seperti sahabat kita di bawah

 

Artikel berikut merupakan bukti terkini yang menunjukkan bahawa blogger-blogger tempatan juga perlu berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap akaun blog peribadi;

BLOG akulelakidialelaki. blogspot. com milik seorang jurugambar yang sedang menempa nama dalam bidang fotografi di negara ini iaitu Mohamad Anas Zahrin Atan atau lebih dikenali sebagai Annas Easkey, 24, telah digodam pada bulan Ramadan lalu.
Selebriti popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Fahrin Ahmad, Faizal Tahir, Heliza Helmi, Neelofa dan Diana Danielle antara individu yang pernah menggunakan khidmat profesional Annas Easkey sebagai jurugambar.
Sambungan: Utusan 





No comments:

Post a Comment