WALK-ABOUT NAJIB KE BAZAAR RAMADHAN PAPAR


Turut hadir mengiringi Najib pada program walk-about bazaar ramadhan Papar ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Abdul Rahman Dahlan. Sambutan penduduk Papar pada siri lawatan Najib ke Papar sangat memuaskan. Ini dapat dilihat menerusi sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat. Penduduk papar telah berada di bazaar ramadhan tersebut seawal pukul 1.00 petang lagi bersama-sama pemimpin tempatan menunggu kehadiran Najib yang dijangka hadir pada jam 3.30 petang


Kehadiran Najib dan rombongan ke Papar adalah satu perhargaan besar kepada warga Papar. Pada kesempatan itu juga, Dato'Seri Najib sempat beramah mesra dengan beberapa orang peniaga di bazaar ramadhan tersebut. Malah warga Papar juga turut melahirkan rasa terharu kerana Papar telah dipilih menjadi salah satu destinasi kunjungan Najib ke Sabah. Selain itu mereka juga mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kehadiran penduduk setempat pada program Walk about tersebut dianggarkan seramai 3000 orang, yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang. 


DiPetik: Daily Express

No comments:

Post a Comment