PRU13 (PART 1); CALON PKR BAKAL DIKHIANATI (AGENDA BORNEONISASI MILIK SIAPA)

Artikel ini pengarang terbitkan KHAS bersempena dengan siri Jelajar PKR bersama Bumburing yang menjelajah seluruh Sabah. Pada pengamatan pihak DKM sendiri, tidak wujud sebarang masalah kronik jika siri jelajah tersebut lebih berorientasikan ceramah dan kempen politik. Namun apa yang menjadi gambaran negatif bagi pengarang selaku pemerhati politik yang sememangnya pro kepada BN dan ada kalanya pro kepada STAR atas dasar rasionaliti pada tuntutan dan aspirasi perjuangan rakyat Sabah, pengarang berasa kurang selesa pada siri Ceramah Politik PKR di P174 Penampang semalam (24.08.2012).

Sentimen berbaur perkauman telah mula kedengaran dan berkumandang hampir di sepanjang ceramah politik yang disampaikan oleh penceramah-penceramah PKR. Deretan kata "PRU13 merupakan penentu kepada masa depan masyarakat KDM yang selama ini ditindas oleh BN, jika kalah pada PRU13 maka kita terpaksa menunggu 50 tahun lagi untuk menggulingkan umno/bn. Jika kalah pada PRU13 kita akan terus dijajah oleh Semenanjung" kedengaran dan dibahaskan oleh setiap penceramah PR pada malam tersebut. Sentimen anti semenanjung yang didakwa menjajah negeri Sabah juga turut menjadi intipati yang selama ini diterapkan kepada semua penyokong dan pengundi PR Sabah, meskipun pada dasarnya PKR, DAP dan PAS itu sendiri adalah parti dari semenanjung.

Atas semangat dan aspirasi untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan terpaksa meletak Jawatan daripada PKR Sabah pada 2012 kerana  beranggapan bahawa PKR tidak releven dan tidak ikhlas dalam menyuarakan hak dan kepentingan rakyat Sabah itu sendiri. Berikut merupakan isi kandungan surat beliau yang sempat pengarang ambil melalui Blog Datu Pitung Blog.

"In the best interests of Sabah and Sabahans and always loving Sabah more in my heart, I find that it is best that I continue my journey with Sabah outside PKR and other Peninsular-based parties".

"Between BN and Pakatan Rakyat, it has become increasingly difficult to sell the latter to the people in Sabah. In line with the people’s aspirations, I can no longer subscribe to a Malaya/Peninsular Malaysia-based coalition which insists on contesting all seats in Sabah. To be consistent in recognizing the autonomy and interests of Sabah, the least that Pakatan Rakyat can do in Sabah is to at least match Umno which has left half the seats to local parties to contest. In Sarawak, Umno has left it entirely to Sarawak-based parties".
"I believe that we need something better than BN in Sabah given the issue of state rights, autonomy, upliftment of the people and genuine development of the State and its abundant resources. Obviously, we are not going to find this in Pakatan Rakyat".
"Although PR and we have same objective of replacing BN as the Federal Government in Putrajaya, our politics are too different to allow Peninsular Malaysia on the one hand and Borneo Malaysia on the other to be in the same party with Borneo Malaysia under the thumb of Peninsular Malaysia".

 

Untuk pengetahuan semua, selama PKR dan PR bertapak di negeri Sabah, tidak pernah walau sekalipun PKR menyentuh mahupun membahaskan isu berkaitan dengan Borneonisasi mahupun isu-isu yang menyentuh soal hak dan kepentingan rakyat Sabah. Agenda Borneo hanya mula dilaung-laungkan oleh PR (PKR,DAP & PAS) selang beberapa bulan STAR (State Reform Party) Sabah Chapter ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2012 di Penampang Sabah. Malah buku Jingga edisi pertama yang dikeluarkan oleh PKR tidak langsung menyentuh soal kepentingan rakyat Sabah dan agenda Borneonisasi. Hanya setelah tersentak daripada kenikmatan menakluki 5 buah negeri pada PRU 2008 dan lamunan Menawan Putra Jaya barulah Buku Jingga Edisi Sabah diterbitkan.


Persoalan yang bermain di segenap rakyat Sabah khususnya masyarakat KDM yang selama ini menyokong perjuangan dan aspirasi Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Kenapa Baru Sekarang PR (PKR, DAP & PAS) menyentuh soal Borneonisasi, Autonomi dan hak-hak rakyat Sabah. Penyokong STAR yang sering hadir pada sesi dialong membabitkan penceramah undangan yang mewakili NGO, STAR dan PKR, sering melontarkan persoalan berkaitan dengan keikhlasan PKR dalam merealisasikan Aspirasi Borneonisasi. Malah keengganan PR (PKR, DAP & PAS) dalam memberi laluan kepada calon-calon daripada parti tempatan (STAR, SAPP, USNO & terbaru APS & PPS) mencerminkan taring sebenar PR yang tidak ikhlas dalam pakatan. PR lebih berminat kepada usaha untuk menakluki Putra Jaya berbanding dengan agenda dan aspirasi STAR yang lebih berorientasikan Sabah For Sabahan.

Calon PR Bakal dikhianati?
Berdasarkan pemerhatian pengarang sepanjang PR menganjurkan program ceramah dan demonstrasi di seluruh Sabah, STAR tidak pernah menghantar wakil mahupun hadir pada program-program PR. Jika PR mendakwa BN semakin goyah, PR terlebih dahulu perlu melihat gelombang-gelombang  keretakan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin PR Semenanjung itu sendiri.

Sifat tamak pada kuasa dan impian untuk Menakluki Putra jaya menyebabkan STAR memboikot setiap program PR di Sabah. PR dilihat cuba menabur janji-janji manis agar impian mereka untuk menakluki Putra Jaya terlaksana, sedangkan jauh dibenak hati pemimpin-pemimpin STAR agenda Borneonisasi jauh lebih penting daripada Putra Jaya.

Apa yang disuarakan oleh PR terutamanya PKR dan PAS di Sabah selama ini tidak ubah seperti memplagiat reputasi dan gelombang kebangkitan yang telah berjaya dibentuk oleh STAR. Pengarang tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa, penyokong STAR akan memberi undi protes kepada PR. Pengarang masih sukar untuk memahami persoalan, Kenapa Terlalu Sukar untuk PR memberi laluan kepada parti tempatan bertanding di semua kerusi PAR dan DUN pada PRU13 yang akan datang?. Impian 1215 yang telah bertitik tolak daripada pengkhianatan oleh pemimpin-pemimpin PR bakal menyaksikan undi protes dan persaingan 3 penjuru yang pastinya mampu memberi jawapan, Siapa lebih layak memperjuangkan Agenda Borneo. 

By: DKM Sabah

No comments:

Post a Comment