PRU13 (PART 2); AGENDA BORNEO VS ROAD TO PUTRA JAYA (BUKTI PENGKHIANATAN PKR)

KENAPA ENGGAN SERAHKAN KERUSI PARLIMEN KEPADA PARTI TEMPATAN?

Persoalan yang pastinya tidak terjawab, baik daripada pemimpin PR Semenanjung mahupun PR Sabah.  Jika benar PR ingin membela nasib rakyat Sabah, kenapa pula PR semakin agresif melobi hampir keseluruhan kerusi Parlimen di negeri Sabah?. Kegusaran penyokong STAR dan NGO 1215 terhadap keikhlas dan semangat setia kawan PR Semenanjung dalam memperjuangkan agenda Borneonisasi ada asasnya.

Agenda menakluki Putra Jaya dengan selesa menjadi agenda utama PR. Kenapa?, kerana jika parti tempatan diberi ruang dan peluang untuk bertanding di 25 kerusi Parlimen di Sabah, situasi berikut bakal menjadi mimpi negeri yang sering menghantui tidur pemimpin PR Semenanjung khususnya bakal Perdana Menteri (Konon-kononya lah....!!);

1. 25 kerusi jika dimenangi oleh parti tempatan bakal menjadikan parti tersebut sebagai "King Maker". Apa masalah dengan King Maker?. Uniknya parti tempatan berbanding dengan parti import daripada semenanjung (PKR, DAP & PAS), parti tempatan tidak akan terikat dengan arahan daripada semenanjung. Sebaliknya parti semenanjung yang berpengkalan di Sabah pula akan terikat secara langsung dengan arahan daripada Kuala Lumpur. Merujuk kepada kedua-dua keadaan dan situasi di atas, sudah tentu kita sebagai rakyat Sabah sedar, parti mana yang lebih telus dalam perjuangan dan agenda Borneonisasi.

 

2. Menurut kajian  Merdeka Centre (Kata orang-orang PR lah... tidak tahu lagi benar atau palsu), PR dijangka akan memenangi 105 daripada 222 Kerusi Parlimen. Perkiraan tersebut hanya merujuk kepada kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia dan tidak termasuk kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak. Bahayanya 25 kerusi parlimen jika diberi kepada Parti tempatan akan terserlah, dan ini menjadi punca dan sebab utama kenapa PR enggap beri laluan kepada parti tempatan. 

Untuk menang dengan simple majority sudah tentulah PR memerlukan 112 Kerusi Parlimen. Perkiraan mudah, ramalan perkiraan Merdeka Centre PR memenangi 105 Kerusi Parlimen dan BN menang 92 Kerusi Parlimen (andaian pengarang) manakala parti tempatan (Konon-kononnya lah) menang 25 Kerusi Parlimen di Sabah. Inilah yang dimaksudkan sebagai King Maker yang amat ditakuti oleh PR Semenanjung. Sudah tentu parti tempatan akan hanya bekerja sama dengan mana-mana Parti (BN atau PR) yang mampu merealisasikan Agenda Borneo

Situasi sebegini jelas membuktikan bahawa, PR Semenanjung tidak pernah ikhlas terhadap rakyat Sabah. PR Semenanjung lebih berminat untuk menakluki Putra jaya berbanding dengan usaha untuk merealisasikan aspirasi dan perjuangan rakyat Sabah.

Jika anda katakan pembangkang Sabah makin kuat, anda mungkin silap. STAR tidak pernah turut serta mahupun memberi kerjasama kepada PR Semenanjung. Wakil STAR juga enggan hadir mahupun turut serta terhadap sebarang aktiviti anjuran PR termasuklah demonstrasi Bersih 3.0 April lalu.

Dalam diam, DAP turut memboikot program ceramah anjuran PR dikerusi-kerusi panas yang turut dilobi oleh calon-calon DAP. Keadaan ini akan terus berlanjutan sehingga ke PRU13 nanti meskipun calon-calon telah ditetapkan. Pengkhianatan daripada ahli-ahli dan calon PR yang tidak dipilih pada PRU kelak bakal berlaku. Undi protes bakal menjadi duri dalam daging yang pastinya membunuh impian PR menakluki Putra Jaya.

No comments:

Post a Comment