Sunday, August 5, 2012


Mungkin ramai di luar sana yang baru pertama kali melihat angka 1215, atau telah diketahui sendiri oleh NGO ini dan ahli-ahli pembangkang Sabah (STAR, SAPP dan USNO). Bagi mereka yang tidak tahu-menahu mengenai makna di sebalik angka ini, 1215 bermaksud (One To One Fights), iaitu satu kesepakatan yang telah dicapai oleh pembangkang Sabah (STAR, SAPP dan USNO) dalam memastikan BN akan ditentang oleh seorang wakil pembangkang tempatan. Namun sehingga kini, pengarang masih belum dapat mengesahkan samada NGO ini telah berdaftar atau statusnya sama seperti SUARAM yang lantang bersuara tapi rupa-rupanya ibarat PATI.

Berdasarkan situasi dan suasana terkini politik negeri Sabah, segala kebimbangan yang sebelum ini amat dirisaukan oleh ahli-ahli NGO 1215 kini bakal menjadi mimpi ngeri bagi parti tempatan (STAR, SAPP & USNO). Tidak boleh dinafikan lagi, sejak dari keluarnya Dr. Jeffrey daripada PKR seterusnya menubuhkan UBF dan kini menyertai STAR, agenda perjuangan Borneonisasi yang menjadi landasan perjuangan STAR menjadi bayangan ngeri buat PR yang selama ini memperjuangkan isu-isu nasional. Buku Jingga juga tidak menyebut soal borneonisasi, hanya selepas isu Borneonisasi yang dibawa oleh STAR menjadi buah mulut masyarakat setempat, barulah Buku Jingga Edisi Sabah diterbitkan. 

Aktifnya gerakan PR memancing pemimpin tempatan untuk menyertai PR seterusnya merealisasikan  inspirasi menakluki Putraya Jaya telah menimbulkan kegusaran di kalangan penyokong STAR. Berdasarkan maklumat yang diperolehi kini, STAR mungkin diperuntukkan 2 kerusi Parlimen Sahaja. Jumlah ini adalah jauh lebih kecil daripada apa yang didambakan oleh STAR sendiri. STAR sememangnya tidak berminat dengan agenda Menawan Putra Jaya, STAR lebih komited dan konsisten dengan agenda Borneonisasi yang menjadi simbol penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.

"Jika PR ikhlas dengan pembangkang tempatan, PR seharunya memberi ruang dan peluang kepada pembangkang tempatan untuk menentang BN. PR cuma perlu memberi fokus kepada kerusi-kerusi Parlimen di semenanjung... Azroy"

Kenapa STAR, SAPP dan USNO berkeras untuk bertanding di 25 kerusi Parlimen negeri Sabah?. Jawapannya mudah, ini adalah kerana, STAR inginkan satu suara yang padu dan tidak terikat dengan mana-mana arahan terutamanya rakan Pakatan Pembangkang. Sekiranya PR Sabah menang, belum tentu lagi PR Sabah mampu untuk memperjuangkan agenda Borneonisasi seperti mana yang di bawa oleh STAR. Kenapa PR Sabah tidak mampu memperjuangkan Agenda Borneonisasi?. Jawapan yang boleh diberikan adalah, PR Sabah akan terikat dengan arahan PR semenanjung. Dari segi perjuangan, akan wujud Conflict of Interest di antara PR Sabah dengan PR semenanjung. PR semenanjung memperjuangkan isu-isu nasional (ISA, PTPTN, AUKU, Harga Barang....) manakala PR Sabah pula, baru menyenaraikan sebahagian daripada tuntutan Borneonisasi seperti apa yang telah diaspirasikan oleh STAR sebelum ini. Maka jelasla, PR Sabah akan terikat dengan arahan PR dari Semenanjung.

Dengan adanya 25 kerusi Parlimen kepada STAR, sudah tentu STAR berpeluang untuk menjadi King Maker di dalam PR. Suara akan menjadi lebih lantang dan tidak akan terikan dengan mana-mana arahan. Lihat saja apa yang berlaku pada PAS, Negara Islam dan Hukum Hudud sudah tidak kedengaran apabila Karpal membantah. Begitu juga keadaannya dengan Engku Aziz, yang dipecat daripada DAP hanya kerana pandangan beliau bahawa Bersih 3.0 tidak perlu diadakan.  Dr Hassan Ali yang meminta agar penyokong-penyokong PR tidak perlu menghadiri perhimpunan 901 yang dianggap lebih bersifat peribadi dan kotor, turut menerima nasib yang sama. Apa yang berlaku kepada bekas-bekas ahli politik PR yang telah dipecat membuktikan kepada semua rakyat Sabah bahawa, perlunya sebuah parti tempatan yang tidak terikat dan tunduk kepada PR semenanjung.


Nah apa kau rasa! Urin

By: DKM Sabah



Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.